Bab 1

47.4K 119 7
                                    

Ssssss....

Bunyi tumisan mula memenuhi ruang dapur itu sambil aku mengacaunya di dalam kuali panas itu. Bau semerbak tumisan mula menyinggah hidungku, membuat aku semakin lapar. Dari dapur itu dapat aku dengari suamiku sedang bersiap siap untuk ke tempat kerja. Mujurlah resepi nasi goreng yang aku tahu ini agak cepat dan mudah. Sengaja aku masak sedikit lambat kerana aku tahu suamiku suka makan nasi gorengku ini panas panas.

Selepas beberapa bahan kemudian, aku masukkan nasi lalu aku gaulkan bersama. Sekali lagi aroma dari kuali bertukar, menjadi aroma nasi goreng kegemaran suamiku itu. Suamiku, Ariff mengintai dari pintu dapur. Aku senyum kepadanya. "Kejap ye abang... Dah nak siap ni... Kopi abang dah siap dekat depan tu..." Kataku sambil aku meratakan kacauan nasi goreng tadi.

"Tahu sayang... Terima kasih..." Ucap suamiku sambil menunjukkan gelas berisi kopi yang dipegangnya. Aku senyum sebelum menutup api dapur lalu pinggan diambil, kemudian menyedok beberapa senduk nasi goreng tadi ke dalam pinggan lalu dihulurkan kepada Ariff. "Terima kasih sayang... Jom makan sekali?" kata suamiku.

"Jom..." Aku mengambil satu lagi pinggan, menyeduk sedikit untukku lalu aku ekori suamiku ke meja makan di hadapan.

Aku dan Ariff telah berkahwin selama 2 tahun. 2 tahun yang aku boleh katakana sungguh bahagia. Tipulah kalau aku kata tidak pernah bergaduh ke apa. Tetapi secara keseluruhannya, aku sangat bahagia.

Cuma...

Kami berbual kosong sambil masing masing menyuap nasi goreng yang dimasak tadi. Selepas habis, Ariff melihat jam.

"Ada lagi 15 minit..." Dia memandang aku nakal. Wajahku merah tahu apa yang difikirkannya. Lalu aku menampar tangannya lembut.

"Abang! Jangan nak gatal eh... Abang tu nak pergi kerja... Eeee..." Bebelku manja. Membuatkan suamiku ketawa perlahan. Kemudian tanganku dipegang. Aku tahu apa yang hendak dikatakannya.

"Jadi... Macam mana...? Sayang nak tak buat...?" Soalnya. Aku menggigit bibir bawah. Ini bukanlah kali pertama suamiku memujukku untuk melakukan "itu." Malah sudah setahun dia cuba memujukkan. Aku sentiasa memberi jawapan yang sama iaitu tidak.

Namun beberapa minggu ini hatiku terasa lembut dan cair, terasa semakin ingin mengalah kerana aku sebenarnya agak rimas dengan pujuk rayunya itu.

Suamiku merupakan suami yang paling sempurna yang aku boleh bayangkan. Cuma satu sahaja masalah Ariff. Dia mahukan fantasinya menjadi realiti, iaitu...

Dia mahu mengongsikan aku dengan lelaki lain.

Pelbagai cara dia lakukan untuk memujukku, menunjukkan aku video porn sharing, membacakan cerita dan pelbagai lagi. Aku menggigit bibir bawah.

"Yelah... Ayang ikut je kemahuan fantasi abang... Tapi dengan syarat..." Kataku. Aku dapat melihat sinar di dalam mata suamku. Gembira dengan jawapanku. Dan nampaknya dia sudah bersedia untuk menerima apa sahaja syaratku.

"Syarat pertama... Lepastu abang dah tak boleh sebut dah pasal tu... Sekali je tau..." Kataku. Suamiku mengangguk laju. "Setuju!"

"Ada lagi... Syarat kedua... Abang pilih lelaki mana... Tapi saya yang akan luluskan... Boleh?" Tanyaku. Ariff mengangguk lagi sebelum tangan yang dipegangnya tadi diambil lalu dikucupnya.

"Boleh sangat... Terima kasih sayang... Bidadari abang... Sangat..." Kata suamiku. Aku senyum nakal sebelum Ariff mengucup bibirku penuh kasih sayang. Sudah setahun dia mahu perkara ini berlaku, dan aku akhirnya memberikan jawapan yang dia mahu.

Aku berharap aku membuat keputusan yang betul...

********************

Dua minggu kemudian habis kebanyakan masa kami berdua digunakan untuk mencari calon yang akan merasmikan tubuhku selepas suamiku. Semua calon yang suamiku cadangkan aku tolak. Kebanyakannya kerana mereka terlalu tua, atau mungkin bentuk badan mereka tidak kena dengan taste aku.

💃『ᴀʀɪғғ』💃Where stories live. Discover now