"Abang... comelkan anak Munirah ni..." aku menyandar ke bahu suamiku sambil suamiku menonton berita. Suamiku memandang ke arah handphone yang dipegangku. Ariff memberi sekilas pandang sebelum mengangguk. "Comel, comel..." jawabnya sebelum kembali melihat kaca TV berita sukan. Aku menjelir lidah sedikit kepada suamiku, merajuk manja dengannya yang layan tak layan.
Suamiku senyum sedikit sebelum tubuhku dipeluknya. Dirapatkan lagi tubuhku dengannya. Meredakan rajukku. Mungkin ini masa yang sesuai untuk aku menanyakannya? Fikirku.
"Umm... Abang... Saya nak tanya sikit boleh?" soalku. Suamiku mengangguk. "Boleh, tanyalah sayang..." jawab suamiku memandangku. Aku menggigit bibir bawah. "Urm... Abang teringin nak anak?" soalku.
Suamiku seolah terkejut sedikit dengan soalanku itu. Namun dia menarik nafas dalam. "Siapa je taknak anak, sayang..." jawabnya perlahan. Aku senyum nakal sebelum tanganku meraba pehanya. "Ummm... Nak try lagi...? Saya tak makan pil harini..." kataku nakal. Suamiku senyum sebelum wajahku dipandang. Dahiku dikucup perlahan.
Pelik.
Biasanya kalau aku nakal sedikit pasti suamiku sudah menerkamku. "Er... Kenapa abang?" soalku. Suamiku menarik nafas dalam sebelum dia memusingkan tubuhnya menghadapku. Tanganku dipegang kedua duanya sebelum dikucup. Aksi romantis itu membuatkan hati berbunga dan pada yang waktu yang sama, risau.
"Urm... Abang... Abang ada benda nak bagitahu sayang... Benda yang sepatutnya abang bagitahu first day abang tahu benda ni... Abang minta maaf sangat sangat sebab rahsiakan perkara ni dengan sayang..." Katanya memegang tanganku erat. Membuatkan aku lebih takut.
"Er... Kenapa ni abang...?" soalku.
"Urm, apa pun abang cakap... Sayang janji sayang akan stay dengan abang...?" katanya dengan raut wajah serious. Aku perlahan mengangguk. Maksudkannya.
"Janji, abang..." kataku. Suamiku menarik nafas dalam lalu tanganku dipegang lebih erat.
"Lepas setahun kita kahwin dulu, abang pelik kenapa kita tak ada anak lagi... Walaupun kita dah 'try' hari hari..." katanya. Aku mengangguk. Memang selepas kahwin dahulu aku dan Ariff kuat melakukan hubungan seks.
"Lepastu... Abang terbaca... Mungkin salah seorang daripada kita yang... Ada masalah... Jadi, sebelum abang cakap dengan sayang, abang ingat abang nak check diri abang dulu... So abang pergi check..." katanya. Hatiku berdebar mendengar.
"Dan... rupanya problem dia abang... Walaupun air mani abang banyak... Pekat... Tapi sperma abang doktor kata lemah... Susah nak sampai rahim sayang..." katanya perlahan. Matanya kini jatuh ke bawah. Aku menggigit bibir bawah.
Rasa sedih? Ya... Kecewa? Ya... Tetapi sebagai seorang isteri, aku masih rasa bersalah dan kasihankan suamiku itu. Lalu perlahan aku tarik kepala suamiku ke dadaku. Aku belai rambutnya. Dan aku rasa suamiku sedaya upaya menahan air matanya dari jatuh kerana dia mula diam.
"Urm... Abang... The only thing yang sayang terkilan ialah... Abang simpan sorang sampai sekarang.... Sayang kan isteri abang... Kita boleh ikhtiar sesuatu..." kataku. Suamiku tidak menjawab. Cuma tangannya yang bergerak, memeluk pinggangku.
Kemudian aku teringat sesuatu. Setahun selepas kahwin? Waktu yang suamiku mula memujukku untuk melayan lelaki lain?
"Urm... Abang... Habistu... Ada kena mengena ke masalah abang tu dengan... Kenapa abang suruh sayang 'layan' lelaki lain...?" soalku. Suamiku perlahan mengangguk di dadaku.
"Urm... Sebelum kahwin lagi abang dah ada fantasi tu... Tapi bagi abang... Fantasi fantasi je la... Sampai la abang tau abang tak subur... Abang rasa macam... Sayang layak dapat lagi baik dari abang... Tapi abang terlalu sayangkan ayang..." jawabnya. Aku menggigit bibir bawah.
YOU ARE READING
💃『ᴀʀɪғғ』💃
RomanceBaca dengan tenang. Jangan kelam kabut. Cerita yang ditulis adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jangan tiru aksi yang ditulis. Jaga tingkah laku dan diri. Jangan harrass perempuan atau lelaki tanpa izin rela mereka...