Bab 4

15.4K 55 2
                                    

"Ummu, masuk bilik saya sekejap." Encik Razli, bossku memanggilku dari telefon meja. "Baik, boss" jawabku sebelum meletakkan ganggang telefon. Aku kemudian perlahan menolak diriku bangun lalu menuju ke bilik bossku itu. Encik Razli sedang mengemas beberapa helaian kertas di atas mejanya lalu diletakkan ke tepi ketika aku masuk.

"Duduk." Katanya. Aku menurut lalu duduk di kerusi yang tersedia di mejanya itu.

"Okay... Saya ada benda nak minta tolong awak ni..." katanya serious. "Ya?"

"Urm.. Awak tahu kan Syaza, staff yang selalu pergi meeting untuk seal deal tu cuti seminggu ni?" soalnya. Aku mengangguk perlahan. Mengagak ke mana perbualan ini akan pergi.

"Ya... Saya tahu... Kenapa ya?" Soalku.

"Boleh awak pergi meeting esok? Dengan Dato' Fared? Gantikan Syaza esok?" Soal Encik Razli.

"Er... Tapi saya tak tahu sangat pasal projek tu Encik Razli..." kataku sedikit gelisah.

"Takpe... Ni..." Encik Razli mengambil sebuah binder setebal 1 inci setengah lalu ditolak kepadaku.

"Awak ambil ni, study sikit... Ni semua Syaza dah present minggu lepas. Minggu ni untuk tawar menawar akhir sahaja. Rasanya dia akan setuju. Tapi bacalah, supaya awak tahu..." katanya meminta.

"Urm... Kalau macam tu... Okay boss..." kataku.

"Meeting esok dekat Johor Bharu. Saya lepaskan awak balik awal harini supaya awak boleh plan. Esok meeting pukul 10 pagi ya... Saya akan text awak alamat bila Dato Fared dah confirm." Kata Encik Razli lagi.

Aku senyum sedikit sebelum mengangguk.

"Baik boss..."

****************

Baju terakhir yang aku pilih aku letakkan bersama ke dalam luggage kecilku. Suamiku kemudian keluar dari bilik air bersama perkakas mandi yang dah siap disusun di dalam beg kecil lalu dihulurkan kepadaku.

"Terima kasih abang..." Kataku sebelum aku letakkan sekali ke dalam luggage. Beg luggage itu aku tutup lalu zip, setelah pasti semuanya ada.

Suamiku duduk di sebelah ku di tepi katil itu lalu rambutku dia tarik perlahan ke belakang, mendedahkan wajahku. "Betul ke taknak abang hantar?" Soalnya. Aku menggeleng perlahan. "Takpe abang... Abang pun kerja esok... Hantar saya sampai airport je kejap lagi ye? Hotel pun saya dah booking..." kataku lagi.

Suamiku mengangguk faham. Perjalanan dari KL ke JB biasanya mengambil masa dalam 4 jam. Dan untuk suamiku ulang alik, semata.

"Kalau macam tu, jomlah mandi?" soal suamiku. Dan aku dapat mendengar nada nakal di dalam suaranya.

Aku menepuk lengannya. "Iyela tu mandi..." dan suamiku ketawa kecil sebelum mula mendukungku, membawaku ke bilik air itu.

*****************

Pagi esok, aku tiba 5 minit awal ke ruang makan hotel 5 bintang itu. Aku hanya order secawan kopi bersama set roti bakar. Dan serentak dengan pelayan menghantar makananku, Dato Fared datang. Aku bangun dan kami bertukar salam, sebelum kembali duduk.

"Ah, berikan saya cappuccino dengan... samalah. Set roti bakar..." Pesan Dato Fared. Pelayan tadi mengangguk lalu meninggalkan kami.

"Encik Razli kirim salam kat Dato' dan dia minta maaf sangat sangat dia tak dapat gantikan Syaza..." kataku memulakan perbualan.

"Eh takpe saya faham... Jadi boss untuk sebuah syarikat macam syarikat kamu tu memang sibuk... Saya bersyukur yang dia hantar Syaza atau hari ini, kamu..." katanya. Aku senyum balas.

💃『ᴀʀɪғғ』💃Where stories live. Discover now