ROSLAN dan LATIPAH ( Tipah) rakan satu sekolah yang di kenali sebagi Olahragawan dan Olahragawati sejak dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Walau pun secara peribadi mereka tidak lah akrab atau rapat ,namun penglibatan dan keunggulan mereka dalam beberapa bidang sukan menjadikan mereka bagai ikon bagi sekolah tersebut.Roslan aktif dan mewakili sekolah dalam permainan bola sepak,sepaktakraw ,bola tampar,badminton dan olahraga sementara Latipah (Tipah) pula aktif dan mewakili sekolah dalam bidang Bola Jaring,Bola Tampar ,Badminton dan juga Olahraga. Dalam bidang olahraga kedua dua mereka mengungguli acara lari jarak dekat iaitu 100 m ,200 m .4x100 dan juga lompat berpagar dan berjaya mewakili peringkat daerah ke Majlis Sukan Negeri baik di kategori bawah 15tahun mahu pun bawa 18 tahun. Bagi acara badminton mereka juga di ganding kan dalam acara Beregu Campuran yang membuat ramai rakan rakan mengatakan mereka adalah pasangan sejoli.Namun mereka tidak di takdirkanbegitu kerana masing masing membawa haluan sendiri setelah tamat peringkat sekolah menengah di mana Roslan meneruskan di tingkatan enam dan memasuki universiti sementara Tipah memasuki maktab perguruan dan menjadi seorang guru sukan yang terkenal di daerah tersebut.
Kisah mereka tidak lagi menjadi perhatian dan tumpuan selama lebih 20 tahun sehingga lah mereka bertemu semasa Reunion Batch mereka di sekolah sempena sambutan 20 tahun kumpulan mereka .Mereka berdua tidak terlepas dari usikan dan pertanyaan ,mengapa mereka tak terus jadi couple ? Ramai yang menyangka mereka akan menjadi pasangan suami isteri. Jawapan paling 'win' di beri oleh Latipah ialah "Macamana kita orang nak bercouple,asyik berlumba dan berlawan hari hari, siap gaduh lagi ". " Kita orang dah macam robot, hari hari kira fitness level dan target nak pecahkan rekod ajer" Sambung Roslan menyokong hujah Latipah .
Dalam kerancakan masing masing bercerita perkembangan mereka dari sejak keluar dari sekolah,Roslan tertarik dengan pencapaian Tipah yang kini menjadi pengusaha /peniaga sekolah memandu bersama suaminya .Mereka mengambil alih dari pengusaha sebelum itu yang tidak mampu untuk meneruskan perniagaan . Tipah sempat membuat tawaran exclusive kepada rakan rakan yang berminat untuk melabur dalam perniagaan nya yang mahu di kembangkan.
Roslan agak tertarik untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran dan prospek perniagaan Latipah dan sempat menghantar mesej sebelum majlis bersurai pada malam tersebut. Beberapa hari kemudian,Roslan membawa isteri untuk meninjau operasi perniagaan Latipah tanpa pengetahuan nya.Dia melihat dari jauh pejabat Latipah yang terletak berhampiran dengan komplek sekolah memandu dan kelihatan agak besar dan sibuk berbanding dengan sekolah memandu yang lain.
Akhirnya Roslan menghubungi Latipah dan menyatakan hasrat untuk membuat pelaburan ke dalam perniagaan Sekolah Memandu nya dan pada hari yang di tetapkan Roslan dan isteri bertemu Latipah dan suami di pejabat sekolah memandu mereka .Suami Latipah memberi penerangan di segi rancangan perniagaan,prospek dan cabaran yang mereka hadapi serta mengapa mereka memerlukan 'pelabur' untuk menambah modal dan mengembang kan kapasiti perniagaan sementara Latipah pula memberi penerangan mengenai pengurusan operasi yang di ketuai nya." Ingat kan dah cukup puas mengajar budak bersukan di sekolah ,rupanya kena mengajar orang memandu di jalan raya pulak"ujar nya berseloroh ketika menutup perjumpaan itu.
Berdasarkan keperluan semasa sekolah memandu tersebut,Roslan bersetuju untuk membuat pelaburan dengan menyediakan 2 buah kenderaan baru untuk di gunakan di sekolah tersebut dengan nilai saham di kira 30% daripada saham keseluruhan perniagaan tersebut .Roslan juga di minta dan di benarkan untuk menyemak pengurusan kewangan dan membantu di segi pemasaran dan pembangunan perniagaan yang menjadi forte nya .
Maka setiap bulan Roslan akan datang membantu menyemak urusan kewangan kerana mereka tiada kakitangan khas untuk tugas tersebut buat masa itu kerana tiada keperluan yang mendesak.Roslan juga cuba mengenal pasti 'pasaran' setempat yang boleh diceburi dan mendapati ada nya Koperasi yang berhampiran, golongan remaja yang makin ramai berminat dengan motorsikal dan juga warga emas yang masih sihat dn mampu memeilik kenderaan sebagai sasaran perniagaan sekolah memandu itu.
Dengan persetujuan Latipah dan suami,Roslan mengadakan perbincangan dengan pihak Koperasi untuk menawarkan pakej istimewa kepada ahli koperasi dengan pembayaran melalui koperasi .bagi remaja pula Roslan menjalin kerjasama dengan beberapa penjual motosikal untuk menyedia skim istimewa kepada pelajar lepasan sekolah memandu nya untuk mendapatkan harga belian bagi motosikal yang terpilih .Bagi warga emas wanita khas nya sekolah memandu menawarkan pakej belajar 'Dari Wanita untuk Wanita',di mana kelas pemanduan akan di kendalikan sendiri oleh Latipah untuk kaum ibu khasnya dan wanita lain mengikut masa yang di khas kan kepada mereka.
Dalam masa tiga bulan sahaja sekim sekim baru yang dibuat dan di tawarkan oleh Sekolah memandu itu telah menunjukan kesan positif di segi peningkatan jumlah pelajar dan permintaan yang dari ketiga tiga golongan sasar. Bagi Roslan ianya satu usaha yang berbaloi kepada nya yang datang setiap bulan ke Sekolah Memandu tersebut disamping urusan rutin dalam pengurusan nya.
YOU ARE READING
B 24 Rakan Kongsi Tipah #
RomanceLatifah ( Tipah) menjadi pengusaha sekolah latihan memandu yang berjaya dan perlu menambah kenderaan yang ada .Semasa Reunion tahun lalu dia mempelawa rakan rakan yg berminat untuk melabur dan rakan baik nya ROSLAN menawarkan untuk melabur dgn menay...