LAITH - BAB 58🌶

33.5K 1.2K 127
                                    


DATO Laatif menggeleng melihat sengihan kambing anak sulongnya. Sedari tadi anaknya itu merengek meminta tolongnya. Mengganggu konsenstrasinya membaca surat khabar sahaja!

"Boleh la abi.. ajar la Laith ea?"

Dato Laatif berdecit. Diletakkan surat khabar diatas meja. Cermin mata dicabut lalu dipicit batang hidungnya.

"Yang Laith gatal sangat simpan diari lama tu dah kenapa? Kalau abi jadi Bunga pun abi merajuk juga bila orang yang kita sayang simpan nama perempuan lain dalam diari. Itu seolah-olah Laith belum move on dari cinta lama tau?"

Laith menggaru kepalanya. Aih. Niatnya ingin meminta tolong Dato Laatif tapi kena bebel pula..

"Alaa abi. Laith tak sengaja. Lagipun tu diari lama. Laith langsung tak ingat pasal tu. Laith lupa nak buang.."

Dato Laatif menjeling anaknya. "Muda-muda lagi dah lupa. Sekarang padan muka isteri dah lari. Abi sokong apa yang Bunga buat. Biar Laith hidup sendiri je. Buat dia sakit hati sangat kenapa?"

Laith memejam mata kejap. Abinya itu tidak pernah memihak kepadanya! Dari dulu lagi macam tu.. sebab tu Laith tak suka luah apa-apa pada Dato Laatif. Kerana Dato Laatif pasti menyalahkannya walaupun dia tidak bersalah dalam satu keadaan.

"Laith tahu.. Laith dah menyesal dah ni abi.. masuk harini dah tiga hari Bunga tak balik-balik.. dia pun dah tak datang syarikat. Laith yakin dia taknak jumpa Laith.. patut ke Laith pujuk dia di kampung?"

Laith runsing. Dia nak pujuk Bunga di kampung tapi dalam masa yang sama dia ingin memberi ruang kepada Bunga. Setiap masa dia menelefon dan mesej Bunga namun wanita itu hanya endahkan dia sahaja.. buntu Laith sekarang ni.

Dato Laatif menjeling. "Kenapa tanya abi pula ni?"

Laith sengih. "Sebab abi kan pandai pujuk umi.. Laith tengok umi cepat je cair kalau abi pujuk.. rajuk umi tak lama.. kan?"

Dato Laatif mengeluh. Dia mengangguk. Datin Mariana mudah terpujuk apabila dia meluahkan ayat-ayat yang manis.. nampak sahaja Dato Laatif ni seorang yang kasar. Tapi dengan isteri bukan main lagi lembut.

Tak macam Laith. Tak habis-habis dengan kasar dia bila dengan Bunga. Tak menarik langsung si Laith ni. Haih.

"Perempuan ni mudah je.. kadang-kadang dia merajuk sebab nakkan perhatian kita. Lagipu--aik? Dah kenapa bawak buku dan pen segala ni?" Tanya Dato Laatif dengan riak bingung apabila Laith mengeluarkan pen dan nota.

Laith sengih. "Nak catat tips abi.. cepat lah abi. Laith dah sedia ni."

Dato Laatif tergelak perlahan. Digelengkan kepalanya. Aih Laith tu. Dalam kasarnya ada nakalnya juga.. tak sangka anak dia tu nakal.. macam budak-budak sahaja perangai.

Eleh abi belum tengok lagi kenakalan Laith bila bersama Bunga. Hampir pengsan Bunga nak melayannya..

"Ok ok.. abi sambung.. Bunga tu lembut hati je orangnya. Abi tahu sebab sikap Bunga mesti mengikut Adnan. Cuba slowtalk.. bercakap sambil membelai dia.. usap sikit dia.. mesti dia terpukau nanti."

Laith menghentikan catatannya. Dia mengeluh. "Tapi Bunga menjauh.. orang kata best berkahwin sebab kalau bergaduh, boleh peluk terus. Tapi diorang tak tahu ke nak peluk perempuan yang merajuk ni seumpama bergelut dengan biawak? Susah tau nak peluk diorang kalau diorang tepis.."

Dato Laatif tergelak. "Kalau macam tu, Laith bawa la bunga untuk dia. Bawa coklat.. bawa apa yang Bunga suka.. mesti dia berlembut hati nanti.. jangan la pergi dengan tangan kosong.. be romantic and gentleman.."

Laith menggigit bibir. Dia mengangguk lalu mencatat. "Ok gak idea abi tu."

Dato Laatif menggeleng kepala dengan senyuman. Aih tiberr jadi doktor cinta demi anak menantunya..

*:・゚✧*:・゚✧

ENCIK Adnan senyum lebar kearah menantunya yang sedang mencabut kasut ditangga rumahnya. Dia sudah sedia maklum bahawa Laith akan datang memujuk Bunga. Laith sudah menghantar pesanan kepadanya tadi.

"Masuk lah Laith.. Bunga ada dalam bilik.. tak keluar-keluar budak tu.. ayah dah pujuk tapi tak jalan.. dia keluar masa nak makan je Laith. Risau ayah dibuatnya."

Laith menyalami tangan tua bapa mertuanya. Dia senyum kelat. Alahai my flor.. merajuk sampai macam tu sekali ya? Habis dipalau semua orang disebabkan dia..

"Kalau macam tu, Laith duk luar kejap. Laith nak pujuk Bunga dari luar sebab Laith yakin Bunga takkan buka pintu kalau Laith ketuk pun.."

Encik Adnan senyum tipis. Dia mengangguk. "Boleh.. ikut Laith la. Lagipun sekarang Laith bawa bunga dan coklat.. ayah pasti Bunga sukakan itu.."

Laith sengih. Diperhati sejambak bunga mawar serta coklat ditangannya. Bukan main berat lagi dia bawa ni semata-mata untuk memujuk sang isteri.

*:・゚✧*:・゚✧

Tersentak Bunga dari lamunan apabila ada satu bunyi di dinding kayu biliknya. Dia mengesat air mata dipipi. Bunga bangun dari duduknya diatas katil lalu melangkah kearah tingkap. Dibuka tingkap itu kerana ada bunyian seperti lemparan batu dari luar.

Berkerut dahinya melihat seseorang jejaka yang memegang sejambak bunga mawar yang besar dan mewah. Dia mengecilkan mata. Dia tak nampak wajah jejaka itu kerana jejaka itu menutup wajahnya.

Laith menarik nafas dan hembus perlahan. Dia membuka telefonnya lalu ditunjukkan video kepada Bunga. Bunga mengecilkan mata melihat tulisan di video itu.

'Abang minta maaf.. abang bersalah dalam hal ni.. tolong jangan jauhkan diri dari abang macam ni mi amor..'

Bunga membaca perkataan itu satu persatu. Dia mengeluh. Tahu la dia lelaki itu adalah suaminya. Dia berpeluk tubuh dihadapan Laith.

Laith menutup telefonnya lalu mengalihkan bunga dari wajahnya. Dia senyum kearah isterinya yang menayangkan riak cemberut.

"Bunga.."

"Apa awak buat ni tuan Laith? Balik la. Tak perlu datang sini. Pergilah kembali pada kekasih lama awak. Datang kesini untuk beritahu saya yang awak nak berkahwin dengan dia ke apa?"

Berkerut dahi Laith. Dia senyum tipis. "Sayang.. abang tak pernah ada niat nak kahwin lain.. abang datang sini nak pujuk Bunga.. kembalilah pada abang.. dah lama dah Bunga tinggalkan abang.. kesian abang tunggu Bunga tau?"

Bunga menggigit bibirnya. Kedengaran seksi pula Laith membahasakan diri sebagai 'abang'. Aih! Fokus Bunga fokus! Masih dalam mood merajuk!

"Tak payah membohong la. Pergilah pada dia. Jangan kacau saya lagi. Awak bukannya cintakan saya betul-betul pun. Awak permainkan hati saya je kan?"

Laith mengerutkan dahinya. "Siapa kata? Bunga tanya la keluarga abang tu.. tanya mereka keadaan abang bila Bunga tiada.. dah macam orang gila tau? Abang tak fokus masa bekerja sebab Bunga tiada.. please sayang. Abang merayu jangan merajuk macam ni lagi.."

Bunga mendengus. Dia menarik tingkapnya untuk menutup. Malas nak menghadap Laith. Benci.

"Bunga.. Bunga nak abang merayu dan melutut ke baru Bunga nak maafkan abang?" Tanya Laith dengan sayu. Terhenti tangan Bunga mendengarkan itu. Dia menggigit bibir. Mana mungkin dia mampu menahan jika Laith merendahkan martabat demi dia..

Sepatutnya dia yang melutut pada Laith kerana dia seorang isteri.. bukan Laith yang patut lakukan itu..

"Masuk. Panas dekat luar tu. Nanti awak demam."

Ujar Bunga mendatar lalu menutupi tingkap biliknya. Laith mengeluh. Diraup kasar wajahnya.

Susah juga nak pujuk Bunga kali ni.. kerana Bunga menjauh. Kalau Bunga duduk dengan dia, boleh la dia cium-cium serta peluk Bunga untuk memujuk.

Berkerut dahi Laith mendengar perkataan yang terbit dari mulut isterinya. Laith sengih. "Sakit? Dulu dia merajuk juga.. tapi lepas aku sakit, dia terus menggelabah kan? Apa kata kalau aku sakit? Mesti Bunga akan rawat aku kan?"

Laith sengih. Yes. Dah ada idea untuk menarik perhatian Bunga..

TBC🤍
Hehehehehe go Laith si gatal

VOTE AND COMMENT❤️

LAITH : THE TRUTH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now