ER|02

13 4 0
                                    

Nafas yang terasa mengah cuba di kawal sehabis baik. Satu badanya kini dilumuri dengan warna hijau.

"Mana kau nak menyorok hah Arumi?" satu suara garau menerjah gegendang telinganya.

Dirinya yang kini menyorok diberlakang tong kosong cuba sedaya upaya menyorokan dirinya daripada dilihat oleh jejaka tersebut.

"Aduh, apahal aku kena lawan kapten pula ni?" bisik Arumi perlahan.

"Kalau kau nak jadi ahli pasukan terhebat yang mampu menumbangkan kesemua musuh, kawal degupan jantung dengan pernafasan kau tu Arumi. Terdapat sesetengah musuh yang mempunyai deria pendengaran yang sangat tajam mampu mendengar bunyi degupan jantung seseorang lagi-lagi apabila seseorang itu berasa cemas dan seumpama denganya," kata jejaka tersebut.

Tap! Tap!

Bunyi tapak kaki semakin menghampiri. Berkali-kali Arumi meneguk air liurnya yang terasa kelat dan payau.

"Dan salah satu musuh kau yang boleh dengar bunyi itu adalah aku sendiri Arumi," kata suara tersebut lalu mengacukan pistol yang dipegang olehnya. Picu pistol ditekan lalu sebiji bola berwarna hijau keluar mengena kepala Arumi.

Terkedu Arumi sebentar. Sejak bila pula kaptenya itu berada dihadapanya?

"Sampai disini sahaja latihan untuk hari ini. Kau boleh bersurai," kata jejaka tersebut. Kapten Qaiser Al-Iman.

Arumi hanya mengangukan kepalanya. Dia terus keluar dari bilik latihan setelah mengucapkan terima kasih kepada Kapten Qaiser.

Baru sahaja dia keluar daripada bilik latihan, Hazim dan Ayato mengajukan soalan kepadanya.

"Macam mana Ar? Kali ini dah berapa kali kau kalah?" tanya Ayato seakan memerli.

"Haih mo ni Ayato, tak baiklah cakap macam tu dekat kawan kita ni," kata Hazim sambil menepuk bahu Arumi.

Arumi memandang kearah Hazim dengan pandangan terima kasih kerana memahami tetapi pandangan tersebut hanya diendahkan oleh Hazim.

"Dah tu, aku nak cakap apa? Dah itu kenyataan," kata Ayato sambil mengerutkan dahinya.

Hazim menayangkan senyuman sinis. "Heh! Sepatutnya mo kena cakap macam ni," bahu Arumi dipeluk erat. "Arumi mo kalah lawan kapten lagi ke?"

Arumi mengangukan kepalanya.

"Alolo. Tak kesian pun. Padan muka mo Ar sebab kalah lawan kapten. Itulah, siapa suruh memandai sangat cabar kapten. Dah kalah jangan nangis ya. Muahahahaha!" Hazim gelak jahat lalu melepaskan pelukan di bahu Arumi. Dia menghampiri Ayato yang turut tergelak lalu menepuk telapak tangan Ayato.

Cemberut terus muka Arumi. "Kurang asam punya kawan."

"Amboi..., sakan gelak ya?" tanya seseorang dari berlakang Hazim dan Ayato.

Terkejut mereka berdua dibuatnya lalu menoleh keberlakang mereka. "Marsya? Eri?"

"Lu orang berdua ni memang tak makan saman ka? Tak baik tau lu orang gelakan Arumi," marah Eri, gadis berbangsa Cina Indonesia.

"Alah, tidey gurau je," kata Hazim sambil tersengih macam kerang busuk.

"Korang ni. Nak bergurau pun ada adabnya. Jangan sampai ada yang terasa hati," tegur Marsya lembut tetapi tegas.

"Baiklah, kami faham." Hazim dan Ayato hanya mampu akur sahaja.

"Wei Arumi, semalam lu nak beritahu misi terbaharu yang komander dengan laksmana beri. Apa dia?" tanya Eri.

"Uhuk!" terbatuk kecil Hazim dan Ayato mendengar soalan daripada gadis Cina itu.

"Aik? Korang berdua ni dah kenapa?" tanya Marsya hairan.

"Eh! Tak ada apa-apa?" kata Hazim dan Ayato serentak.

Marsya memandang curiga kearah dua orang jejaka itu. Hmm, mencurigakan.

"Erm, sebenarnya misi yang kita dapat kali ini bukanya mudah. Misi kali ini seperti yang aku pernah cakap dekat komander dengan laksmana, kali ini kita dapat misi menempah keranda."

"Apa dia? Beritahulah cepat," desak Eri tidak sabar ingin tahu.

"K..., kita perlu tangkap Silent Angel dan bawa dia menghadap komander dengan laksmana," kata Arumi. Entah kenapa terasa sukar untuk dia beritahu misi kali ini.

"Hah? Komander dengan laksmana dah hilang akal ke? Ini silap haribulan kita mati disembahyangkan secara halimunan sebab mayat kita tak ditemui," kata Marsya.

"Kenapa pula komander dengan laksmana nak itu budak?" tanya Eri hairan.

Arumi menjongket bahunya. "Entah. Katanya untuk kebaikan dan keamanan dunia ni."

"Eh sekejap! Seingat aku, bukan ke dia bawah...,"

***

"Nak apa kau panggil aku kesini hah?" tanya si 'dia' dingin sambil memeluk tubuh menyandarkan tubuhnya di dinding dengan kaki bersilang.

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30 an memandang kearah si 'dia' yang sentiasa memakai topeng untuk melindungi indentitinya.

"Silent angel atau patut ke aku panggil kau malaikat maut?" seru lelaki tersebut.

Kedengaran si 'dia' atau lebih tepat lagi Silent Angel berdecit kasar. "Jangan panggil aku dengan nama tulah. Aku tak suka. Entah jenis cita rasa para netizen zaman sekarang. Dah tak ada idea ke apa nak bagi nama gelaran tu dekat aku? Entah siapalah yang bijak pandai sangat buat nama gelaran tu."

"Why? Takkan kau tak suka kut," kata lelaki tersebut.

"Eh pak cik, dah berpuluh tahun aku berkhidmat dengan kau, tak akan kau tak tahu lagi cita rasa aku macam mana? Netizen ingat aku ini perempuan yang ada wajah cantik macam bidadari jatuh dari pokok kelapa ke? Eh, mereka pun tak tahu aku ni lelaki ke perempuan, sesedap mi goreng mamak je letak nama Silent Angel."

Lelaki dihadapanya itu tergelak kecil. "Hahaha. Well, apa boleh buat. Kau terima jelah nama gelaran tu. Sesuai apa dengan kau."

"Tch! Bagilah nama yang sedap sikit untuk aku dengar. Ini tak, nama gelaran tu buat aku nak muntah je tahu tak," rungut Silent Angel.

"Example? Contohnya?" tanya lelaki tersebut sambil menjongketkan kening.

"Bagilah nama macam pewira negara ke.... Kungfu human ke.... Kan sedap untuk kita dengar," kata Silent Angel.

Tergamam dan terkebil-kebil lelaki dihadapanya itu. Hujung bibir kirinya ternaik sedikit. Tak tahu dia hendak cakap apa sekarang ini. "Lagi teruk cita rasa kau."

Walaupun wajahnya terlindung disebalik topeng, dapat dia agak bahawa Silent Angel sedang menjeling tajam kearahnya.

"Tch! Malas nak layan. Jadi, kenapa kau panggil aku ke sini, Inspektor Haimi?"

"Heh! Aku ada dengar tentang perkembangan kemahiran kau dari Tuan Arsyad. Aku just nak ucap tahniah je. Jadi, kau bolehlah bangga sebab aku ucap tahniah dekat kau," kata Inspektor Haimi sambil meraup rambutnya yang terjunyai keberlakang.

"Itu je?" tanya Silent Angel dingin.

Terkejut Inspektor Haimi di buatnya. 'Ceh! Bukanya nak cakap sama-sama.'

"Kalau tak ada apa-apa, aku nak keluar. Banyak lagi tugas aku yang tertanguh," usai berkata sedemikian, Silent Angel terus keluar dari pejabat Inspektor Haimi.

"Kau tak pernah bunuh orang buat masa ni, betul tak?" tanya Inspektor Haimi secara tiba-tiba mematikan langkah Silent Angel.

"Tak ada. Aku cuma cederakan mereka sedikit je. Selebihnya aku serahkan dekat polis. Kenapa tanya?" tanya Silent Angel tanpa memandang kearah Inspektor Haimi.

"Tak adalah. Sekejam-kejam kau ni, aku tak sangka kau masih berlembut dengan mereka."

Silent Angel hanya diam seketika sebelum bersuara. "Membunuh orang berdosa. Aku tak nak di azab dekat akhirat kelak kerana bunuh orang. Harap maklum."

Selepas berkata sebergitu, dia terus meninggalkan pejabat Inspektor Haimi. Membunuh? Itu bukan cara dia walaupun dia sering kali berlawan mengunakan pisau.

01|| Ejen Rahsia: Pemulaan BaharuWhere stories live. Discover now