ER|03

88 13 150
                                    

"Eh sekejap! Seingat aku, bukan ke dia bawah...," tidak sempat Marsya hendak menghabiskan ayatnya, Hazim terus memotong.

"Mey boh kelaker Maya (tak payah cakap). Ko dah tahu siapa dia sebenarnya," kata Hazim sambil tersenyum bangga.

"Hah? Apa benda yang kelakarnya Zim? Aku tak buat lawak pun. Aku nak cakap benda yang aku tahu tapi kau boleh cakap bulan mei teh boh kelakar," kata Marsya bengang. Dia hendak beritahu perkara yang dia tahu tetapi Hazim kata dia buat lawak.

Berkerut-kerut dahi Hazim mencerna maksud Marsya. "Hah? Bila masa pula ko...," terdiam seketika Hazim dibuatnya apabila berjaya mencerna maksud Marsya. Dia mengangukan kepalanya tanda mengerti.

"Apa yang kau angukan?" tanya Marsya hairan.

"Mey..., tak, tak, tak. Ko tak kata pun yang kau buat lawak. Aku cakap mey boh kelaker bukanya bulan mei teh boh kelakar. Maksud mey boh kelaker tu adalah tak payah cakap. Anda faham?"

Marsya membuat mulut bentuk O sahaja. "Jadi, siapa dia kalau kau tahu?"

"Heh! Dia adalah orang utan yang tersesat ke bandar lalu membuat kecoh dengan membunuh orang sebab rasa terancam," kata Hazim.

Terdiam dan tergamam mereka semua di buatnya.

"Wah, bijaknya kau Zim. Bijak sangat sampai aku terdiam, terkedu dan tak tahu nak cakap apa," kata Ayato dengan nada perli.

"Halah mo ni Ayato. Mo jeleskan sebenarnya? Siapa je tak jeles dengan kepintaran dan kebijaksanaan ko, betul tak?" kata Hazim berlagak.

"Lu tak tahu apa-apakan Zim?" soal Eri geram.

"Shh, mo diam Eri. Ko tahu yang ko ni bijak sebenarnya. Ahaks!" kembang kempis hidung Hazim apabila memuji dirinya sendiri. Dasar angkat bakul sendiri.

Arumi di berlakang sudah menepuk dahinya. "Banyaklah kau punya orang utan Zim. Sejak bila pula dia yang elok-elok tuhan cipta dia sebagai manusia boleh jadi orang utan? Fikir lojik dek akal fikiranlah."

"Mo tahu apa je Ar? Betulah apa yang ko cakap. Betul tak Marsya?" Hazim memandang tepat kearah wajah Marsya.

Marsya memegang dagunya lalu mengangukan kepalanya berkali-kali. "Wah Hazim, tidakku sangka kau ni sebenarnya...," dia diam seketika untuk melihat riaksi Hazim.

Hazim sudah tersenyum lebar sehingga ke telinga. Dia tidak sabar untuk mendengar kata-kata pujian daripada sahabat perempuanya itu.

"Aku tak sangkau yang kau ni sebenarnya..., bengap tahap bengong," kata Marsya mematikan senyuman Hazim.

"Dah kenapa pula?" tanya Hazim tidak berpuas hati.

"Bak kata Arumi, banyaklah kau punya orang utan. Dia tu manusialah. Sejak bila pula orang utan yang kebiasaanya dijumpai dekat Sabah boleh berada dekat sini? Berenang merentas laut ke apa? Uish! Kalau dia berenang, memang aku bagi tabik hormat 100 piring lah. Jauh tu dari Sabah nak sampai ke sini. Mesti akan ada berita mengenai orang utan memecah record dunia berenang dari laut sehingga tiba di Bandar Siburaya," kata Marsya dengan nada perli.

Cemberut terus muka Hazim. Dia berdehem. "Ehem! Ko sebenarnya nak uji melo (kamu 3 orang keatas) je. Tak payahlah marah. Gurau je."

Mereka semua kecuali Hazim mengelengkan kepalanya. Haih, tak nak mengaku salah sunguh!

"Jadi Marsya, siapa Silent Angel tu sebenarnya?" tanya Arumi ingin tahu.

"Oh! Dia bukanya penjahat untuk makluman ya. Dia juga tak pernah bunuh orang. Selama ini dia hanya beri tikaman dekat bahagian yang tidak boleh membawa maut. Dan kalau korang semua nak tahu, dia sebenarnya...," tidak sempat Marsya hendak menghabiskan ayatnya, Hazim terus mencelah sekali lagi.

01|| Ejen Rahsia: Pemulaan BaharuWhere stories live. Discover now