ER|04

19 4 11
                                    

Amaran keras! Bab ini mengandungi aksi pembunuh yang mungkin akan mengerikan beberapa orang readers. Bab ini juga turut mengandungi bahasa kesat. Mohon para readers tidak terikut-ikut akan bahasa kesat tersebut.







Mata yang terpejam terbuka perlahan-lahan. Arumi memandang kearah sekitarnya. Tempat asing yang tidak pernah dia lihat. Baru sahaja dia hendak melangkah, pergerakanya tersangkut. Tanganya terasa sakit seakan-akan dicengkam dengan sesuatu.

Kepalanya di dongak. Tanganya bergari dan digantung diatas kipas yang bergerak perlahan.

"Apakah?"

"Kau dah bangun Arumi?" tanya satu suara sambil menghampiri Arumi.

Jejaka tersebut terus menoleh kearah pemilik suara tersebut. Membulat terkejut matanya ketika ini.

"Kau..., SA?" tanya Arumi terkejut.

Disebalik topengnya, si dia mengerutkan dahinya. Kepalanya disengetkan kekiri. "SA? Apa maksud kau?"

"Singkatan untuk Silent Angel," beritahu Arumi.

Si dia atau lebih dikenali sebagai Silent Angel hanya mampu mengangukan kepalanya tanda mengerti.

"Kenapa aku ada dekat sini hah? Aku tak ada salah apa-apa pun," kata Arumi.

"Tak ada buat salah? Heh, kau merepek apa hmm? Kau dah gangu kerja aku, itu kau kata kau tak ada salah?" kedengarn sinis kata-kata yang dilontarkan oleh Silent Angel.

Berkerut hairan dahi Arumi mendengar kata-kata Silent Angel. "Aku yang merepek ke kau yang merepek? Sejak bila pula aku gangu kerja kau hah?"

Walaupun wajah terselindung disebalik topeng, dapat Arumi lihat mata susuk tubuh misteri dihadapanya ini sedang menatapnya dengan pandangan tajam. Meremang bulu roma Arumi dibuatnya.

"Arumi..., Arumi.... Haih, yang kau pergi masuk kedalam hutan tu sebab apa? Sebab kau tahu aku ada dekat situ bukan?" tanya Silent Angel.

"Manalah aku tahu. Aku tersesat dan aku tak sedar bila masa aku berada dekat dalam hutan." Arumi cuba membela dirinya.

"Haih, what ever Arumi. Tapikan, dah alang-alang kau ada dekat sini, apa kata aku persembahkan satu persembahan," kata Silent Angel sambil memberlakangi Arumi.

"Persembahan?" tanya Arumi hairan sambil menjongket keningnya.

"Ya, persembahan yang akan dipenuhi dengan darah dan jeritan yang tersangatlah merdu untuk kita beedua dengar," kata Silent Angel lalu mengambil sebaldi ais yang hampir cair yang terletak di tepi meja.

"Apa maksud kau?" tanya Arumi. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati ketika ini.

"Kau cuma perlu diam dan tengok sahaja kalau kau tak nak turut serta dalam persembahan ni," kata Silent Angel lalu menghampiri seorang lelaki berkumis yang diikat sama seperti Arumi cuma rantai tangan lelaki tersebut mempunyai paku.

Arumi hanya mampu berdiam diri. Jantungnya usah dikatakan, degupan jantungnya umpama baru sahaja kena kejar dengan seekor harimau.

Silent Angel menyimbah sebaldi ais tersebut ke wajah lelaki berkumis itu.

"Uhuk! Uhuk!" terbatuk keras lelaki tersebut apabila disimbah air berais.

"Selamat pagi...! Dah puas tidur?" tanya Silent Angel dengan nada ceria.

"K..., kau..., apa yang kau nak dari aku?" tanya lelaki berkumis tersebut dengan nada ketakutan.

Silent Angel memegang bahagian dagu topengnya. "Hmm, kau yang cari pasal dengan akukan? Sepatutnya kau tahulah apa yang aku akan lakukan terhadap sesiapa yang gangu aku. Dengan aku mudah je. Kau tak cari pasal dengan aku, aku tak akan sesekali gangu kau. Tapi sekali kau cari pasal dengan aku, aku akan pastikan kau selamat sampai ke rahmatullah."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

01|| Ejen Rahsia: Pemulaan BaharuWhere stories live. Discover now