Athir bergerak ke markasnya pada awal waktu tengahari itu. Teringat dia akan peristiwa semalam. Gadis itu tampak sangat lucu dan cantik sekali dimatanya.
Sesampai nya dia dimarkas, dia terus mendapatkan wanita malang itu.
"It's been a long time, right Amber?" Rambut wanita itu dicengkam kuat. Wanita itu menjerit kesakitan. Lagi kuat cengkaman Athir.
"Lepaskan aku lah gila! Kau nak apa?!" Amber masih berani mahu melawan. Athir mengetap rahang wanita itu.
"Kau yang buat aku jadi gila lah sial! Kau bunuh bapak aku, kau bolot harta bapak aku. Kau jauhkan bapak aku dan mak aku dengan sihir pemisah. Kau buat ayah dera dan pukul ibu hampir separuh mati! And now you ask me, what do i want?!"
Dengan pantas Athir mencekik leher wanita itu dengan kuat. Matanya menatap benci wajah wanita itu.
"Aku akan bunuh kau lah sial. Aku akan buat kau merana. Biar kau rasa betapa sakitnya ibu waktu tu. Kau tak layak hidup!"
Pantas tangannya mendarat pada pipi wanita itu. Sehingga terjatuh wanita itu dibuatnya."Pandai kau palsukan rekod kematian kau kan? Kau ingat aku senang senang percaya? Bodohlah aku kalau tertipu dengan helah kau!" Pipi wanita itu sekali lagi menjadi sasaran Athir. Amber sudah menangis kesakitan. Bibirnya pecah, pipinya bagai mahu terkoyak kulitnya.
"Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak mati atas tangan aku!" Kini pipi kanan Amber pula menjadi sasaran. Wanita itu menjerit kesakitan. Athir tertawa sinis.
"Sakit? Ini baru sikit... Jangan jadi lemah sangat. Aku belum puas seksa kau." Kata Athir sebelum dia tertawa sinis. Bagai tidak terkata perasaannya sekarang. Melihat wajah ketakutan wanita itu, dia semakin suka. Itu yang dia mahu!
Wanita itu didudukkan di atas kerusi semula.
Dia tertunduk lemah. Pipinya rasa sungguh berpijar.Athir kembali dengan beberapa batang besi yang tajam. Pisau Rambo setia didalam tangannya. Qalish dan Hafiz hanya menjadi pemerhati setia dibelakang. Kelihatan Amber mengangkat mukanya, mukanya menjadi pucat lesi apabila melihat barang seksaan tersebut.
"Kau nak buat apa ni, gila?!" Tengkingnya. Satu badannya kini menggigil hebat, tidak sedia dengan sebarang kemungkinan. Ketakutannya lagi menguasai diri pabila terdengar tawa sinis Athir.
"Qal, Fiz. Tied her up." Arah Athir. Mereka segera mengikat wanita itu diatas meja siksaan. Wanita itu meronta minta dilepas. Namun kudratnya tidak sekuat mereka. Selesai mengikat, meja siksaan itu ditegakkan.
"Lepaskan aku... Tolong lah!" Amber meronta minta dilepaskan. Dia menjerit supaya dia dilepaskan. Athir langsung mencapai besi yang tajam itu, terus ditusukkan lengan wanita itu.
Wanita itu menjerit kesakitan. Perit sungguh rasanya, dia terus menangis dan menangis.
Athir tertawa suka. Inilah saat yang dia nantikan."Sabar lah sikit, jangan cengeng sangat. Baru lengan..." Satu lagi besi dicapai, kini peha wanita itu menjadi sasarannya. Semakin kuat jeritan wanita itu. Sakitnya sungguh tidak terkata.
Puas dia meminta tolong, namun semakin kuat teriakkan nya, semakin suka Athir dibuatnya.
"Jeritlah sekuat mana pun, sampai anak tekak kau terkeluar pun... There's no one can hear or help you..." Tempat itu bergema dengan bunyi tangisan dan tawa.
Amber mencuba untuk meloloskan diri, dirinya meronta buat kesekian kalinya. Athir mula bosan dengan tindakan wanita itu. Laju tangannya mencapai besi dan ditusukkan pada dada wanita itu. Besi itu ditekan kuat kedalam.
Semakin nyaring jeritan wanita itu. Mulutnya bagai terkunci seketika. Tiada apa yang dapat dikatakan, cuma sakit yang mendatang.
Athir tertawa kuat. Darah yang mengalir membuatkan dirinya tidak keruan. Dia seronok melihat mangsanya diseksa sedemikian rupa.
![](https://img.wattpad.com/cover/353515902-288-k609470.jpg)
YOU ARE READING
MADNESS OBSESSION [ ON HIATUS ]
RomanceTuan Athir Hakimin And Yura Aiyana. "My love of my life"