3

17 1 0
                                    

Who...?” Sapa gadis itu. Suaranya kedengaran begitu lembut ditelinga Athir. Sekali dipandang, Athir terpana. Wajah si gadis yang licin, bibir mungil yang memikat, rambutnya disanggul gaya "messy bun". Sekali dia teringat, gadis itu bukan muhrimnya. Pandangan tadi beralih pada lantai berkarpet merah.

Dadanya bagai terasa sesuatu, perlahan disentuh. Diurut perlahan dadanya. Agak sukar untuk dia tafsirkan perasaannya.

"There you are, Yura. Abang baru nak panggil, tau tau Yura dah turun." Kata Yareeq. Yura angkat kening.

"Kenapa nak panggil Yura?" Soal Yura. Yareeq hanya tersenyum. Seraya itu, Puan Aini dengan tangan berisi dulang menghampiri.

"Aih... Kawan abangnya datang laju aje turun." Kata Puan Aini sambil senyum senget. Yura tayang muka tak puas hati.

"Mana ada, Yura nak keluar." Katanya, Puan Aini mengeluh kecil sambil meletakkan dulang keatas meja.

"Ada tetamu ni... Nak pergi mana aje?" Soal Puan Aini pula. Belum sempat Yura membalas, Yareeq sudah memotong.

"Ma, kita ada tetamu. Tak perlulah gaduh anak beranak kat sini." Tutur Yareeq lembut.
Puan Aini akur. Sementara Yura mencapai kot baju yang agak nipis berjenama YSL.

"Yura nak pergi tasik." Rambutnya yang bebas tadi pantas disanggul. Selepas bersalaman dengan ibunya, dia terus ke luar rumah.

"Hati-hati!" Laung Puan Aini. Yura menyambut dengan laungan semula, "iya!".

   "Haa, Athir. Minum la dulu, aunty ambil biskut lagi." Belum sempat Puan Aini berlalu kedapur, Athir sudah menghalang.

   "Tak perlulah, aunty. Saya nak pergi hospital sebenarnya ni..." Kata Athir. Puan Aini mengangguk faham.

"Iyalah, habiskan air tu dulu."

Setelah habis, Athir mula pamit salam pada sahabatnya serta Puan Aini.

"Saya pergi dahulu. Terima kasih aunty untuk air teh panas tadi" kata Athir sambil tersenyum manis. Puan Aini membalas senyum Athir.

˖⭒☾˳·˖✶

Yura termenung jauh. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan dirinya nyaman. Cuaca pagi itu juga tidak terlalu terik. Telefon dicapai. Mahu telefon Naufal atau tidak? Yura mengeluh kecil. Rasa mahu bercakap dengan seseorang masih belum ada.

Tanpa dia sedar, seseorang sedang memerhatikan dirinya daripada jarak yang agak jauh. Lelaki itu menatapnya dengan pandangan yang menunjukkan dia seakan berminat dengan Yura.

Kakinya dibawa ke kerusi batu yang disediakan disitu. Yura menghela nafas. Cukup nikmat rasanya. Cermin mata hitam miliknya dipakai, matanya dipejam seketika.

˖⭒☾˳·˖✶

Dalam 5 minit, Yura celikkan mata. Risau juga kalau dia tertidur disitu. Cermin mata hitamnya dibuka, hampir terloncat bila terlihat seorang lelaki disebelahnya.

"Goddamn... Nasib saja aku tak ada masalah jantung." Tangannya laju mengusap dada. Jumpscared sungguh!

Pantas lelaki itu menoleh, Yura agak tergamam. Sejak bila lelaki itu berada disisinya? Terlihat muka separuh terkejut Yura, lelaki itu tertawa kecil.

"Wait... You lelaki yang dekat rumah I tadi kan? Since when you datang sini?" Soal Yura. Athir hanya tersenyum.

MADNESS OBSESSION [ ON HIATUS ] Where stories live. Discover now