𝐁𝐚𝐛 2

98 25 22
                                    

Keira keluar dari biliknya dengan baju blouse beserta skirt berwarna hitam. Tudung shawl berwarna cream dililit ke atas kepala.

Dia berdehem, melihat ke kanan dan ke kiri, lalu dia menutup pintu bilik dengan rapat. Kaki melangkah ke arah suis lampu dan kipas, nak tutup. Usai menutup, laju tangan mengambil sandal berwarna hitam, diletakkan ke atas lantai. Kaki kecil Keira menyarung sandal hitam itu.

Keira mengeluarkan kunci dari begnya, alang-alang Puan Aemelia masih belum pulang, katanya balik lewat, mungkin maghrib.

Pintu rumah, pintu kaca dan pintu gril ditutup beserta mangga disarungkan dan dikuncikan mangganya.

Keira mengerling jam di tangan kanannya, pukul 3:25 petang. Keira ternampak ada kerusi disebelahnya, dia pun apa lagi, duduklah kan.

Seperti yang dijanjikan, Anantasya tiba di hadapan rumah Keira tepat pada pukul 3:30 petang. Dia keluar dari perut kereta Honda Civic berwarna putih dan melihat Keira sedang leka termenung di hadapan rumahnya itu. Termenung apa entah.

"Keiraa!!" sergah Anantasya dengan suara yang kuat membuatkan Keira tersentak.

Keira memegang dadanya dan dia mengucap panjang, rasa nak terkeluar roh tadi. "Ish kau ni, terkejut la! Tak pandai bagi salam ke? Nasib aku tak ada sakit jantung tau! Kau nak kawan kau ni pendek umur ke?" Geram betul dia dengan perangai Anantasya ni. Ada karang orang hantar dia masuk Tanjung Rambutan.

Anantasya hanya tersengih bak kerang busuk, Keira memberi satu jelingan tajam kepada Anantasya.



1 Utama Shopping Centre

Seronok meluangkan masa bersama hingga Keira terlupa yang dia perlu pulang awal. Keira sudah gelisah kerana jam sudah menunjukkan tepat pukul enam petang. Dia tidak boleh berlengah-lengah lagi, dia tahu pasti dia akan dimarahi nanti. Dalam hati berdoa agar Puan Aemelia balik malam.

"Anan, aku kena balik sekarang, lewat dah ni," ujar Keira dengan nada yang sedikit cemas. Mana tak cemas, sekali Puan Aemelia marah, nyawa bakal melayang, tapi tak tahulah kan kalau Puan Aemelia dah bertaubat.

"Eh haahlah, dah lewat rupanya, okey-okey jom." Anantasya mengeluarkan telefonnya dari beg galas berwarna putih berjenama Polo, nak telefon Pakcik Ahmad, pemandu peribadi keluarga Anantasya. Anantasya dan Keira bergegas keluar dari mall itu.

Sesampainya di rumah, dia bersyukur kerana Puan Aemelia masih belum pulang.

"Bye!"

Keira menoleh ke kiri, diberi senyum tipis kepada kawannya, si Anantasya.

"Bye..."

Tanpa menunggu lama, dia terus membuka kunci mangga dan masuk ke dalam rumah.

Ting!

Keira mengeluh panjang, dia baru je duduk. Dengan perasaan malas, telefon yang berada disebelahnya dicapai. Dia membuka telefonnya dan melihat notifikasi, mesej dari Puan Aemelia.

'Oh ibu rupanya.'

Ibu
"Hari ni aku tak balik. Kemas rumah macam biasa. Pastikan aku balik esok, makanan dah terhidang atas meja makan."

"Baik."

Keira hanya balas melalui notifikasi dan dia terus menutup telefon. Dia mahu menyiapkan kerja sekolah yang diberi cikgu pagi tadi dan nak ulangkaji sikit, tak lama lagi dia akan menduduki peperiksaan SPM. Perasaan malas kena buang, dah habis spm, bolehlah rehat walau beberapa bulan aje, itu pun kalau dapat sambung belajar atau dapat tawaran kerja.



𝐃𝐢𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐮 [C]Where stories live. Discover now