𝐁𝐚𝐛 5

74 21 0
                                    

Pagi itu kelas riuh mengalahkan pasar malam, ada yang berlari dan ada yang melompat macam babun walaupun umur dah menginjak 17 tahun. Perangai masing-masing memang minta terajang, haih... Keira pula sedang mencari sosok seseorang, dia menolah ke kanan dan ke kiri, tetap tak nampak figura yang dicarinya. Mana pergi lah mamat ni.

Keira bangkit dari kerusinya, kedua tangan menekan meja, mata terkunci pada seorang jejaka dihujung kelas. Rakan karib jejaka yang dia cari. Khair Zuhilmi, seorang pembimbing rakan sebaya.

"Khair!" lantang Keira bersuara, kuat. Lantaklah, orang lain memekak mengalahkan pasar malam tak apa pula.

Khair yang sedang menikmati kerepek ubi yang baru dia beli di koperasi tadi mengangkat wajahnya, dipandang wajah cantik gadis yang memanggilnya. Dia tak silap dengar kan? Keira panggil dia tadi? Fuh! Crush ajak borak memang yang dia harapkan dari dulu.

Kerut seribu dahi Keira, dah kenapa pula mamat ni termenung? Ada apa apa ke dekat muka aku? Terus disapu mukanya. Keira hela nafas berat, kaki bergerak melangkah ke meja Khair. "Khair? Khair!" Satu tepukkan bergema dimeja Khair membuatkan Khair terkejut.

"Opocot babi terbang." Laju kedua tangan menangkap kerepek ubinya yang hampir mencium bumi. 'Nasib baik kerepek aku tak jatuh.' Diletakkan kerepek ubi itu diatas meja. Mata kembali tatap wajah Keira. "Ye ye pahal?"

"Mana Syed?"

Terbentang raut wajah yang kepelikan, "Syed? Asal dengan dia?"

"Pasal miting lepas rehat nanti ha."

"Oh... Syed keluar pergi koop, tunggu jelah dia lagi lima minit. Bukan lama pun dia pergi beli makanan."

"Tak. Ni betul-betul urgent. Aku pergi dulu, thanks for the information Khair, nanti aku belanja kerepek favourite kau tau. Bye."

"Okay thank you, bye!" Terukir senyuman di bibir, rezeki jangan ditolak. Ini pun memang salah satu asbab kenapa dia suka dengan Keira, Keira tu pemurah sangat, tolong sikit mesti dia akan belanja, kadang-kadang orang tak nak pun dia paksa untuk terima apa yang dia bagi.

Tapi bila teringat balik, dia nak pergi koperasi asbab nak jumpa Syed. "Sakitnya hati bila crush nak jumpa lelaki lain... Ehh, dia jumpa sebab benda penting, pergi kau syaiton, dasar hasut aku tuk benci Syed, hushh." Gumam Khair perlahan, kerepek ubi disuap ke dalam mulut. Nasib makanan ada, boleh mengunyah dengan hilangkan stress. Member sebelah tengok je perangai pelik si Khair ni.

"Aku rasa aku tak ikut meeting pengawas nanti, aku ada amali biologi," kata Keira dengan kerepek ubi ditangan, dah janji nak bagi Khair tadi.

Syed yang berjalan disebelahnya melihat Keira sambil mendengar semua celotehnya, dipandang semula ke hadapan, ni kalau jalan tak pandang depan, ada yang jatuh dalam longkan karang.

"Awal betul amali kau, cikgu baru bagi kerja tu dua minggu lepas kan?" Tak silap Syed, amali biologi start bulan depan. Cikgu bagi masa satu bulan untuk prepare bahan-bahan sebelum amali.

Keira mengangguk tanda setuju, "Ye tapi aku nak cepat selesaikan amali ni before exam penggal. Madam Fatihah pun on je kalau aku nak buat terus. Aku malas nak serabut dengan exam penggal lagi, amali lagi."

Syed angguk tanda faham, nampak gaya dia seorang sajalah yang pergi miting pengawas nanti. Dalam kelas 5 Orkid, hanya Said dan Keira yang memegang jawatan pengawas dan jawatan itu jawatan tertinggi iaitu ketua dan penolong pengawas. Kisah sebenar, Keira hanyalah exco pengawas, tapi asbab Qarina tak dapat hadir ke sekolah asbab kemalangan yang tak dia jangka selepas sahaja beberapa minggu pelantikan ketua dan ahli jawatan lain dilakukan.

Keira terus dilantik menjadi penolong ketua pengawas. Keira pun awal-awal bila dapat tahu yang dia kena jadi penolong ketua pengawas, dia terpinga, kenapa dia? Dia awal-awal memang nak tolak, dahlah tahun ni spm, malas betul nak fikir benda lain, jadi exco pengawas pun dah beratkan kepala. Tapi itulah, dah amanah dari guru pengawas dengan sementara saja jadi penolong pengawas, tak apalah...

"Tapi. Kalau aku siap awal amali, aku join." Tambah Keira sebelum mereka berdua masuk ke dalam kelas.

"Faham, by the way, goodluck amali."

Keira tersenyum koyak, ibu jari kanan diangkat dan ditunjukkan kepada Syed. Kaki Keira melangkah masuk kedalam kelas 5 Bukhari. Syed turut ikut masuk dari belakang.

"Khair Zuhilmi!"

"Babi terbang, ehh jangan buat aku terkejutlah Keira, tahu kan aku ni melatah main lepas je. Astaghfirullah..."

Keira ketawa kecil, seronok juga eh buat orang melatah, eh berdosa! Kesian dia. "Hehe sorry... Nah kerepek ubi," ujar Keira sambik menghulur plastik kecil berisi kerepek ubi.

Bulat mata Khair melihat kerepek ubi kesayangannya, laju tangan mengambil kerepek itu dari Keira. "Perghh, maafmu diterima!"


Tok! Tok!

"Masuk."

Pintu bilik miting itu dibuka, kelihatan kepala seorang gadis menonjol sedikit, Syed perasan itu kawannya, Keira. Bukan budak ni kata dia ada amali ke tadi?

Keira yang sedang melihat bilik itu sudah ramai. Dia terus masuk ke dalam bilik meeting itu tanpa ragu-ragu, buat apa nak takut, kita tak buat salah pun, kan kan? Pintu bilik mesyuarat itu ditutup perlahan.

Keira berhenti disebelah Syed. Meja yang betul-betul menghadap semua pengawas sekolah. Keira perasan Syed memandangnya, tatapan yang hairan. "Apa?"

"Kata amali."

"Madam ada relief."

"Ohh... Ok."

"Aku nak cakap sikit boleh? Tapi nantilah, lepas kau siap bercakap."

Syed mengangguk mengiyakan percakapan Keira. Dia terus sambung percakapannya yang tergantung tadi. Keira menarik kerusi yang ada dihadapannya dan dilabuhkan punggungnya ke atas kerusi itu. Tangan kiri yang memegang buku nota A5 dibuka dan dibaca helaian kertas yang dia tulis tentang isu yang berlaku diantara pengawas sekolah.

Usai selesai Syed memberi ceramah kepada ahli pengawas, tak ada lah ceramah, hanya teguran dan nasihat yang dari cikgu dan dia sendiri sahaja. Keira menoleh ke kanan, melihat Syed dah selesai berbicara, Keira bangkit dari kerusinya. Tangan kiri memegang buku nota. Keira menghembus nafas perlahan, "Okey semua, boleh dengar?"

Semua penghuni di dalam bilik itu mengiyakan soalan Keira.

"Then, okay. Saya dapat tahu yang ada sewenang-wenangnya tak lakukan tugas yang kami bagi. Susah ke tugas yang saya dengan Syed suruh buat? I don't think the work is hard."

Panjang lebar Keira berucap, lepaskan segala yang dia tulis di buku nota A5 dia tu.


Keira menanggalkan kot makmal yang dia pakai untuk amali tadi, baru aje siap selepas 2 jam tersuguk dalam makmal dengan amali yang Madam Fatihah beri. Badan dihempaskan le kerusi di luar makmal, nak rehat kejap, penat.

Ting! Ting!

Bunyi notifikasi dari telefon milik Keira mengganggu fikiran Keira, orang baru nak rehat. Tangan diangkat dengan penuh rasa malas, dikeluarkan telefon itu dari poket baju.

Anantasya
Ada dekat mana dho?
Tak balik lagi ke nyah sampai tak on wasap, biasa kau lah yang selalu mesej aku dulu.

Besar hela nafas dihembus, tangan menekan notifikasi dari Anantasya itu.

Baru siap amali sayangku... Kenapa, kau nak tolong buat amali aku ke ha?

Bulat mata Keira apabila melihat jam di telefon bimbitnya. Tangan mengambil kot makmalnya itu, dia terus bangkit dari duduk, nak balik. Ingat awal lagi dalam pukul dua petang, rupa-rupanya dah pukul dua empat puluh petang.

𝐃𝐢𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐮 [C]Where stories live. Discover now