𝐁𝐚𝐛 4

67 19 2
                                    

Kaira mengeluh perlahan, "Dah lah baik aku mandi." Dia pun terus bangun dari katil dan meninggalkan Eleanora sendirian, bilik air menjadi tujuan utamanya sekarang.

Eleanora hanya melihat tingkah kawannya itu dengan kedua-dua belah tangan menekan katil. 30 minit berlalu tapi si Kaira tetap tak keluar-keluar dari bilik air, lama betul mandi. Eleanora dah puas menunggu tapi si Kaira tetap berada di dalam bilik air. Puas menunggu, akhirnya dia pun turun kebawah sambil menunggu Kaira yang sedang menyucikan diri atau tidur dalam bilik airnya tu.

Sambil kaki memijak anak tangga, mata meliar mencari sosok tubuh seseorang, 'Mana Mak Yah ni...'

Mak Yah atau nama sebenarnya ialah Rokiah. Wanita yang berusia 45-an, bekerja di rumah Kaira yang sudah genap 20 tahun.

Mata sedikit memicing di ruangan dapur. Nampak saja Mak Yah sedang sibuk membuat sesuatu di dapur, Eleanora berdehem sebelum memanggil Mak Yah.

"Mak Yah!" jerit Eleanora Mak Yah. Tangan melambai seraya kaki melangkah masuk ke dalam ruangan dapur.

"Allahuakhbar." Mengucap panjang Mak Yah dibuatnya, dada yang ditutupi dengan baju dan tudung sarung ditepuk perlahan. "Ye Lea, nak ape tu sampai kena menjerit?" tanya Mak Yah dengan senyuman tipis diukir.

Eleanora tersengih, "Takde apa-apa lah Mak Yah, saja je hehe." Dia melihat Mak Yah sedang menyiapkan makanan. "Mak Yah buat apa tu?" Eleanora ni pun satu, dah nampak pun pergi tanya lagi, haih.

Kepala diangkat sedikit, ditatap wajah Eleanora. "Tengah bekalkan makanan untuk Kaira ni ha," balas Mak Yah sambil menunjukkan bekal yang dipegang olehnya.

"Ohh, Mak Yah pergi la rehat, mari Lea tolong siapkan," ujar Eleanora tiba-tiba. Bosan, tak tahu nak buat apa.

"Eh takpelah... Lagipun, dah nak siap ni ha."

"Ala takpela, Lea tengah rajin ni, meh sini. Mak Yah pergilah rehat."

"Tapi..."

"Aik takde tapi-tapi, enjoy your rest Mak Yah," ucap Eleanora seraya tersenyum.

Mak Yah tersenyum tipis dan mengangguk perlahan sebelum dia berlalu pergi.

Eleanora menatap lama bekal itu sebelum disiapkan, tengah fikir nak letak apa lagi. "Patutlah Mak Yah kata sikit lagi, dah nak siap rupanya, ndak papalah, let's make a perfect meal," kata Eleanora sendiri.

Kaira yang baru sahaja selesai menyucikan diri turun ke dapur dengan baju berwarna ungu dibadan, iaitu baju pembimbing rakan sebaya untuk makan pagi.

Eleanora yang telah siap meletakkan bekal Kaira ke dalam beg kertas perasan tuan kepunyaan bekal dah siap mandi. "Ha dah siap pun sleeping beauty kita ni, kalau aku tak kejutkan, mesti bangun-bangun, matahari pun dah ada dekat atas kepala," sindir Eleanora dengan melakukan gaya yang dia katakan.

'Sabar Kaira sabar...' Kaira berdehem, "Sindir aku nampak, pagi-pagi lagi kau dah nak cari gaduh dengan aku eh, nasib aku ni budak baik, mana suka gaduh gaduh." Giliran Kaira pula membalas percakapan Eleanora. Dah nak mula perang dunia keempat.

"Budak baik bangun awal, bukan bangun lambat, ops," balas Eleanora sambil tersengih.

"Dah la baik aku makan dari layan perangai tak betul kau pagi-pagi ni."

"Wow, kalini aku menang." Eleanora ketawa terbahak-bahak. Memang kaki buli si Eleanora ni, kalau nak berkawan dengan dia memang kena ada kesabaran yang tinggi. Tapi apa salahnya mereka bergurau, Kaira pun melayan aje telingkah kawannya. Lagi pun mereka berkawan sejak sekolah rendah, dah rasa macam adik beradik sebab itu asyik bergaduh macam anjing dengan kucing.

𝐃𝐢𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐮 [C]Where stories live. Discover now