𝐁𝐚𝐛 3

77 23 7
                                    

Di sisi Kaira pula. Dia sedang berpeluk tubuh, mulut sedikit muncung. 'Baju apa eh aku nak pakai untuk party hari jadi si Lea ni? Hmm...'

Mata sedikit memicing, melihat satu persatu baju yang dia ada. Cop! Mata Kaira terkunci dengan sehelai gaun dihadapannya, terukir senyuman dibibir. 'Baju ni je la.'

Kaira mengambil baju yang menjadi pilihan hati, gaun navy blue dan dia terus mengambil tudung shawl berwarna putih didalam laci rak.

"Cik Kaira, Tuan Alex dan Puan Diantha ajak breakfast," kata pembantu Kaira atau lebih dikenali sebagai Kak Aida.

Kaira menoleh ke kanan, bila masa pula dia buka pintu tu. Kaira senyum koyak. "Kejap, lagi lima minit saya turun." Tanpa melengahkan masa, baju dan tudung yang dipilih tadi diletakkan diatas katil, Kaira terus turun ke bawah untuk makan bersama, nanti sajalah gosok baju tu.

Suasana di meja makan sedikit tegang, dah macam tengah bergaduh. Mungkin sibuk fikirkan kerja. Kaira berdehem, dia cuba beranikan diri, rilek, mama dengan papa tak telan orang.

"Mm mama, papa, malam ni Kaira nak pergi party hari jadi Lea boleh?" tanya Kaira. Fuh! berjaya hidupkan suasana yang tegang.

Tuan Alexander mengangkat kepalanya, diberi satu senyuman manis, umur dah nak masuk 40 an, tapi senyuman, anak pun boleh cair! "Sure dear, jangan balik lewat sangat, ingat, awak tu perempuan," ucap Tuan Alexander dengan nada yang tenang.

Kaira senyum bahagia, laju dia mengangguk. "Thank you pa! Muah!" Kaira sambung habiskan breakfastnya, tak sabar nak jumpa bestfriend forever ever till jannah!

Selesai saja breakfast, Kaira terdengar banyak bunyi notifikasi dari telefonnya. 'Haih apa benda la yang bising sangat telefon ni.'

Selepas pinggan dicuci, tangannya yang basah dilap ke kain yang telah disediakan. Diambil telefon yang berada diatas meja.

'Minah ni rupanya.'

Eleanora anak orang 🌼
"Weh"
"Kairaaa"
"Woi kau buat apa tu sampai tak balas mesej aku? Sampai hati kau"

"Apa benda kau nak ni? Salam pun tak bagi."

Eleanora anak orang 🌼
"Hehe sorry, malam ni kau datang kan party aku?"

"Ye, takkan la aku tak pergi party bestfriend sendiri pula kan?"

Eleanora anak orang 🌼
"Setujuh bestod! Aku tunggu kau malam ni, baii"

Malam pun tiba, Kaira bersiap siap untuk ke party sahabatnya Eleanora

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam pun tiba, Kaira bersiap siap untuk ke party sahabatnya Eleanora. Dia sekarang berada di depan cermin, selfie la dulu.

'Cantiknya kau Kaira omagad!'

Pelbagai style diambil, tup tup dah setengah jam duduk depan cermin. Keira mengambil jam, dipakai di tangan kanan. Tangan menutup suis lampu bilik. Kaira berlari anak turun memijak anak tangga, nak cepat.

𝐃𝐢𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐮 [C]Where stories live. Discover now