prolog ;)

4.2K 40 3
                                    

Puan Haidah menghelar nafas. Geram. Geram dengan kelakuan anak sulungnya. Tidak pernah nak berubah. Umur dah dua puluh enam. Perangai macam kanak kanak tadika. Berkali kali Puan Haidah menasihati. Namum kata kata Puan Haidah tidak ditelan. Lagi buat adalah.

Puan Haidah mencekak pinggang. Lengan baju yang agak panjang itu ditarik hingga ke siku. Mata memandang panas kearah anak sulunya.

"Ash. Berapa kali mama nak ulang? Sudah lah Ash. Mama penat. Penat sangat nak nasihat kamu!".
tengking Puan Haidah.

Ashrad Redhza menggaru kepala yang tidak gatal. Dia akui. Memang dia tidak pernah makan nasihat Puan Haidah. Semakin dinasihat. Semakin menjadi jadi perangai dia.

"Kalau mama penat. Apa kata mama pergi masuk bilik. Rehat". Sinis.

Nada seperti bergurau. Ternyata Ash malas hendak mendengar Puan haidah membebel. Bising.

Rambut yang pacak ditegakan keatas. Puan Haidah yakin ramai kaum hawa boleh tergoda dengan Ash. Terang terang Ash kacak. lesum pipit terselah di kedua dua belah pipi .Bibir yang kemerahan. tidak telampau putih. Tidak terlampau hitam. Tapi putih lebih jelas dilihatnya. Cuma perangai tidak seelok wajah yang dimiliki!

"Ni bukan masa buat lawak Ash. Mama Cakap betul. Mama dah penat. Adik kamu nak tunang dah. Kamu bila lagi? Kalau ada isteri tak adanya kamu bawak perempuan kehulur kehilir. Singgah hotel. Club malam. Heret dorang tidur sekatil dengan kamu. Bila nak berubah. Matanglah sikit. Agaknya kena kahwin dulu baru nak matang. Baru kenal haram halal. okay..." Puan haidah berhenti. Menarik hafas sedalam dalamnya.

"I want you find a perfect wife. Secepat mungkin. No excuse"

Puan Haidah berlalu.

'wife' ayat yang selalu mama ulang. Tapi susah nak dimakbulkan. Aku nak kahwin? layak ke? memang tak lah. Desis Ash.

Kerana Terpaksa.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang