1.5K 21 0
                                    

Sedar tak sedar sudah sebulan mereka digelar suami isteri tidak sioman. Papa memanggil mereka tidak sioman kerana dalam sebulan juga tidak pernah henti untuk bergaduh. Bergegar rumah disebabkan mereka. hehe. Adriana melihat jam dipergelangan tangan. Jam menunjukan Sebelas tepat. Baru sahaja Adriana ingin masuk kedalam Banglo dua orang lelaki yang berbadan tegap menghalang. Adriana sedikit takut. Iyelah takut apa apa jadi kat Papa dan mama didalam. Tiba kemunculan Ash. Adriana mengerutkan kening. Eyh baru balik.

"Apa ni?".

Soal Ash kepada Adriana. Adriana menaikan Bahu tanda tidak tahu. Tiba tiba lelaki tersebut membagi satu fail bersama pen kepada Ash. Ash menerima dengan baik. Tanpa melenggahkan masa terus Ash membuka isi fail tersebut. 'Kepada Ashrad Redhza Dan Adriana Hanan'. Sapa bagi sampai kitorang tidak boleh masuk rumah ni. Desis Ash.

Isi surat tersebut*

Arahan dari Dato' Kamal  Mustafa bin Bashah ;

-Ashrad Redhza dan Adriana Hanan haruslah tidur sebilik tidak kira apa pun yang terjadi.

-Dalam masa setahun, bermula dari hari ini, Dato' Kamal ingin seorang waris dari Adriana Hanan bersama Adhrad Redhza.

-Tiada istilah bergaduh diluar bilik

-Ashrad Redhza diarahkan mengambil alih syarikat Dato' Kamal dan haruslah menunjukkan hasil dalam enam bulan.

-Adriana Hanan akan dipindahkan ke syarikat Dato' Kamal dan menjadi setiausaha kepada Ashrad Redhza.

Jika anda ingkar dengan permintaan yang diberi segala harta anda akan dirampas. Hehe.
Seperti; Rumah, Kereta, telefon, Kad kredit, Aset-aset dan segala kemudaham yang lain akan dirampas.

Ash dan Adriana Sudah teserentak. Anak? sebilik? Aku dengan Ash Glup! "Janji apa papa buat ini" . Kami memberontak.

"Selagi kauorang tidak tanda tangan perjanjian selagi itu kauorang tidak boleh masuk"

Terdengar suara Encik Kamal menjerit dari celah-celah pintu berdekatan.

"Papa!!"

Kami menjerit tanda tidak setuju. Memang taklah kena duduk sebilik dengan buaya darat. Nanti tak fasal fasal kau kena jadi mangsa dia. Hesh ngeri! Omel Adriana.
______________

Bummmm!!!

Dentuman petir yang amat kuat sekali lagi mengejutkan mereka. Adriana sudah kebasahan. Sudah dekat sejam kami diluar. Ini sudah macam kes dera ini.

"A..aku t..ak  setuju"

Adriana menjongketkan kening. Dia cakap dengan Aku ke?.

"Aku lagi tak setuju".

Adriana bersuara. Ash sudah berpekuk tubuh sendiri. Adriana masih gagah. Sejuk tapi tidak menunjukan dia sedang kesejukan. Bukan macam Ash seperti perempuan.

Dummmmm!!

Sekali lagi dentuman yang sangat kuat. Ash berlari kearah dua orang lelaki tersebut dan terus meletakan tanda tanganya. Dua orang lelaki tersebut terus mengizinkan Ash masuk. Adriana sudah mencekak pinggang sendiri. Tak guna punya lelaki baik jadi pondan terus. Kata tak setuju. Tapi sekarang kau yang saing !

Dummmmm!!

Kali ini petir itu betul-betul kena didalan perkalangan kawasan banglo itu. Adriana berlari dan mendapatkan pen dan mendaratkan tanda tanganya. Huh! Terpaksa ok. Desis Adriana.

Setelah masuk didalam rumah. Adriana terlihat Encik Kamal Dan Puan Haidah sudah duduk diatas sofa. Ash pula berdiri didepan beliau. Mungkin sebab kami basah. Adriana melangkah kearah mereka. Dan berdiri disebelah Ash.

"Papa, Papa tahu tak ni macam kes mendera!".

Ash bersura. Kasar sedikit. Adriana menundingkan jari telunjuk kearah Ash dan membuat lentok muka tanda setuju dengan apa yang ash cakap.

"Papa bukan nak mendera kamu berdua. Tapi sampai bila kauorang hendak macam ni!".

Adriana memeluk tubuh. Ash mencekak pinggang. Sampai bila bila. Omel Adriana. Ash menrengus dan berlelu kebiliknya. Adriana hanya pandang kosong.

"Maaf kan papa ya Adriana".

Encik Kamal bersuara sayu. Adriana senyum tipis.

"Tak apa... Ana naik dululah. Nak ambil baju pindah ke bilik Ash".

Adriana ingin melangakah. Tetapi bibik lebih cepat bersuara.

"Tak apa non. Saya sudah letakan bagasi non di bilik tuan Ash."

Adriana senyum tipis

"Terima kasih".

Berjalan menuju kebilik Ash. Dugaan. Guman Adriana.
__________

Adriana menarik nafas dalam. Haish apalah nasib. Kena tidur sebilik dengan buaya darat antarabangsa. Waduh.

Adriana memulas tumbol pintu. Membulat matanya melihat Ash sudah baring tanpa berbaju. Hei! Mana aci tayang badan. lilitan tudung dibuka dan terus mencapai tuala untuk membersihkan tubuh yang sudah melekit. Usai mandi dan solat dia mengambil selimut yang berada di biliknya dan bantal. Dibentangkan dibawah sebelah kiri katil Ash. Hurmmm tidur bawahlah nampaknya. Adriana memjamkan mata. Ya allah adakah ini ujian yang kau beri. Aku mohon agar aku bahagia.




Kerana Terpaksa.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang