1.6K 21 1
                                    

"Allahuakbar Ash, Syaf !!! "

Ashrid melekup bibir. Air mata mengalir. Serentak itu Adriana dan Ash tersedar. Bulat mata Adriana melihat Ash yang baring disisinya. Adriana menggeleng beberapa kali. Tak mungkin mimpi Adriana mimpi. Ash masih lagi dengan keadaan mamai. Tidak tahu apa yang terjadi.

Ashrid berjalan laju kearah Ash. Diangkat abangnya Dan menumbuk kuat.

"Kau memang tak guna Ash. Sampai bakal tunang aku pun kau nak heret. Kau sedar tak Ash ni siapa".

Ash masih lagi dengan keadaan sendiri. Sesekali matanya tertutup. Dia benar tidak tahu apa yang terjadi. Adriana mencapai tudung dan melilit dengan tergesa gesa. Melihat dua beradik bergaduh mebuat dia rasa takut dan bersalah.

"Kau kenapa".

Acuh tak acuh. Ash mengelap pipinya yang terasa ada cecair yang mengalir dari bibir. darah pekat.

"Kenapa kau tanya aku? Kau sedar tak itu siapa?"

Suara Ashrid semakin kuat. Ashrid menundingkan jari telunjuk kearah Adriana. Air mata Adriana mengalir. Ya allah aku benar benar tidak tahu apa yang terjadi. tiba tiba kemunculan Remy di muka pintu. Remy kaku. Salah dia.

"A..a..aku ta..tak tahu apa yang berlaku. Sumpah".

Ash menaikkan tangan kanan sambil menggeleng. Walaupun perangai agak liar. Tapi dia tak akan buat kepada bakal adik ipar sendiri sebegitu. Berjumpa pun jarang bertegur sapa. Walaupun kenal sejak kecik dan berpisah.

"Tak guna punya abang".

Sekali lagi tumbukan singgah dipipi kiri Ash. Ash tidak mampu melawan. Adriana kaku. Benar tidak tahu apa yang terjadi.

"Arid.. Ana memang tak tahu apa. Ana jujur. Sumpah tak tahu apa".

Adriana memulakan bicara. Takut apabila melihat dua beradik bergaduh. Remy hanya diam. Dia akui salah dia. Memanh dia ingin memerangkap Adriana bersama dengan dia tapi lain pula jadi.

"Tak tahu apa kau cakap? Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri yang korang baring bedua atas katil !! itu kau kata tak tahu? "

Ashrid meyindir. Hatinya benar benar merasa panas memanah. Adriana menggeleng. Tapi macam mana semua ini boleh berlaku? desis hati Adriana.

"start from now...kita putus"

Rengus Ashrid. Dan berlalu. Lebih lama disini lebih marah dia dibuatnya.

"Ashrid !!".

Adriana menjerit dan ingin mengejar. tiba tiba jatuh. Air mata menitis ke lantai. Menggengam kain baju kurungnya. Diketap gigi sekuat mungkin. Meraung. Ash cuba mendekati Adriana. Adriana menggelak

"Kau jangan dekat dengan aku".

Marah Adriana dan berlalu. Ash mengundur kebelakang. digosok rambutnya yang agak serabai. Buntu. Tidak tahu apa yang terjadi. Dia imbas semula ingatanya namun sia sia. Lupa.
__________

"Astagfirullahhalazzim, Ash macam mana boleh terjadi !"

Jerit Puan Haidah. Lantang. Encik Kamal diam. Dia tidak mampu membuat apa apa. Perangai anak sulungnya semakin menjadi jadi. Lebih teruk. Selagi nampak wanita cantik mulalah ada tanduk setan di kepala. Pening dengan tingkah laku Ash ini.

" Ash tak tahu apa mama. Ash lupa"

terang Ash sungguh. Benar dia tidak tahu apa. Hanya samar samar sahaja.

"Boleh percaya ke kamu ni Ash. Mana Ana mesti tengah sedih sekarang".

Puan Haidah memicit kepala sambil berjalan kekiri kenan. Tidak tahu apa yang ingin buat selepas ini. Tak ke naya Kalau dapat berita yang Adriana mengandung anak Ash. Eish. Keluhan Puan Haidah.

"Biar dia sedih. Baru dia tahu yang Arid tengah sakit hati sekarang"

Ashrid memulakan bicara. Penuh sinis. Dia tidak akan maafkan gadia yang tidak bermaruah seperti Adriana.

"Yang kamu ni Ashrid. Kenapa buat keputusan terburu buru. Lain kali kalau nak putus bincang dulu. Adriana mesti sedih tu".

Puan haidah gelisah. Kekiri kekanan. Bosan dengan perangai Anak sulung dia, Ash. Buat perangai memanjang.

"Abang!! Jangan lah harapkan Aida sorang. Bagilah Cadangan sikit!"

tengking puan Haidah sedikit kuat. Encik Kamal pantas memandang isterinya. Dia bingkas bangun dari duduk. Ingin memulakan bicara.

"Macam inilah. Kita satukan Ash dengan Ana".

Keluhan berat Encik Kamal. Puan Haidah pantas memandang suaminya. Cadangan yang bagus. Ashrid ternganga. menggeleng beberapa kali. Ashrad pantas berdiri dari duduk. Berjalan karah Encik Kamal.

"No! Adriana itukan bakal tunang Arid. Biar Arid ajelah kahwin dengan dia!"

Bentak Ashrid. Dia tidak setuju dengan cadangan Papanya. Tidak sesekali menizinkan abang sendiri kahwin dengan bakal tunang sendiri.

"Iye ma..Biar Ashrid aje yang kahwin dengan Adriana. Ash mana layak".

Ash menyokong Adiknya. Tidak mungkin dia akan berkahwin. Maksudnya kena pikul tanggungjawab sebagai suami? ouh no! Guman Ash.

"Arid belum tunang lagikan? Kamu nak Adriana mengandungkan anak Ash?"

Kuat suara Puan Haidah. Ashrid, Ashrad diam. Sepi. Tidak mampu berbicara. Ash menundukan wajahnya ke lantai. Tidak tahu apa hendak membalas.

"Kita buat pernikahan Ash hujung minggu ini".

Puan Haidah berlalu. Encik Kamal mengikut Jejak isterinya. Ashrid memandang Abangnya dengan wajah penuh benci, marah dan berlalu. Ash memejam mata seketika. Menghempaskan tubuhnya diatas Sofa ruang tamu. Macam mana aku pikul bertanggungjawab sebagai suami? haishhh. Ash mengeluh. Berjalan kearah tangga menuju kebiliknya.

Kerana Terpaksa.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang