17| Mr Pirate's

139 14 0
                                    

NAK tahu something tak? Tengku Elea sudah pun bekerja hampir tiga bulan, masih tinggal sisa tiga bulan je lagi sebelum dia menamatkan kerjanya.

Kini dia tinggal di penthouse miliknya tersendiri dengan hasil duit gajinya setiap bulan. Manakala Erzan kini tinggal di penthouse nya tersendiri juga. Bila di tanya mana dia dapat duit untuk sewa penthouse malah jawapannya...

"Duit gaji Erzan bekerja dengan abang Ayden. "

Entah kerja sebagai apa dia pun tidak tahu. Katanya ada kumpulan tersendiri.

Pak!

Elea tersedar dari lamunannya yang lama tadi. Kepalanya di dongak ke atas memandang gerangan yang memukul mejanya tadi.

Shireen.

Shireen ialah pekerja baru di sini. Entah bagaimana dia mudah sungguh di terima masuk ke syarikat ini. Sedangkan Elea nak masuk pun, bukan main beralasan tiada kerja kosong bagai. Kata Ayden, yang Shireen pernah bekerja di sini dahulu. Dia berhenti sementara dan memohon bekerja di sini semula.

"Tolong aku siapkan kertas kerja ni!" Ujar Shireen berbaur arahan. Memang arahan pun!

"Asal pulak?!" Elea mendengus.

Sepanjang dia bekerja di sini, dia sudah menjadi mangsa buli wanita itu. Kadang kala dia di suruh membeli makanan buat wanita itu, bukan nak bagi duit pun! Adakala dia di suruh menyiapkan kerja wanita itu. Cuma Ayden masih tidak mengetahui pasal pembulian Shireen terhadapnya. Terhadap Elea.

"Kau ni macam tak biasa pula... Buat jelah!" Bentak Shireen. Elea akur sahaja. Fail yang di campak tadi di buka, matanya menilik setiap helaian kertas kerja tersebut. Dia tersenyum sinis.

"Kau selalu buli aku kan? Tak apa tak apa, tunggu pembalasan aku." Bisik Elea perlahan. Sinis kedengarannya.

Pen magic colour berwarna merah, biru, ungu, hijau, kuning, hitam, pink di capai. Kali ini baru dia berasa berani mahu membalas dendam.

Setelah 15 minit...

Akhirnya selesai juga kerja Shireen yang Elea di paksa lakukan. Dia tersenyum gembira melihat hasil kerjanya.

"Eiii cantiknya rainbow ni! Lepas tu siap ada rumah dan orang-orang lidi lagi! " Elea tersenyum gembira.

Dia tetap membuat kerja wanita itu cuma dia menulis menggunakan magic pen berwarna-warni dan menambahkan sedikit hiasan pada ruang kosong kertas tersebut.

"Kerja aku dah siap ke?! Bos Ayden dah panggil aku ni! " Shireen terus merampas fail di tangan Elea tanpa melihat isi dalam. Dia sudah gelisah apabila di beri amaran oleh bossnya untuk menghantar fail tersebut sebelum pukul lima petang. Sekarang sudah pukul 4:57.

Makin bertambah sinis Elea melihat gelagat Shireen yang terburu-buru. Kebiasaannya Shireen akan melihat dulu kerjanya tapi mungkin sudah terlampau biasa menyuruh Elea melakukan kerjanya sehingga dia tidak perlu risau lagi. Tanpa dia sedar bahawa sekarang lah dia perlu risau hahaha.

Tok!

Tok!

Tok!

"Masuk! " Laung orang dari dalam.

Shireen melangkah masuk. Kelihatan wajah Ayden bengis sekali. Mungkin lelaki itu sedang marah atau stress.

"Ni dia kerja boss. " Shireen meletakkan fail di atas meja. Ayden dengan pantas mengambil fail tersebut. Belum sempat ia hendak membuka. Pintu di kuak kecil. Elea tanpa rasa segan silu terus melangkah masuk dengan secawan kopi.

Mr Pirate's | Og Where stories live. Discover now