20| Mr Pirate's

137 12 0
                                    

SETELAH sebulan berlalu. Kini sudah tamat waktu Elea bekerja di syarikat ACR HOLDING. Dia mula mengemas barang-barangan nya yang ada di meja Putri.

"Elea..." Seru Sasya. Elea menoleh ke belakang apabila mendengar namanya di seru.

"Ya? "

"Bos panggil. " Ujar Sasya selepas itu dia berlalu pergi.

Elea berhenti sebentar dengan tugasnya mengemas  barang-barangnya. Dia mula mengatur langkah ke lift di mana lift tersebut akan membawanya ke tingkat ruangan kerja bosnya.

Tok! Tok! Tok!

Elea membuka pintu perlahan-lahan seraya kakinya melangkah masuk.

"Have a sit. " Pelawa Ayden. Elea melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan bosnya. Ayden. Di tengah-tengah mereka adalah meja.

Suasana hening seketika.

"Aku dah tolong kau cari kan kerja baru untuk kau. Ni lokasinya. Aku dah pernah maklumkan pada kau pasal sebelum ni kan? " Ayden menghulur sekeping kad kepada Elea.

"Dah and thank you carikan I kerja lain. " Elea menyambut huluran kad tersebut. Kad itu di baca sekilas.

"Take care dekat sana. " Pesan Ayden. Lelaki itu tersenyum nipis. Dari tadi dia tidak berhenti merenung ke dalam mata gadis itu yang berwarna hazel. Iya, mata itulah yang telah mencuri hatinya. Sungguh terasa berat dia hendak melepaskan.

"Kalau dah takda apa-apa, saya minta izin untuk pergi dulu. " Balas Elea sambil merenung ke dalam mata coklat milik Ayden.

"Sure." Balas Ayden ringkas. Dia berdehem kecil dan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Zina mata!

"Saya pergi dulu. Terima kasih sebab bagi saya peluang bekerja di sini untuk enam bulan ni. " Ujar Elea. Tubuhnya kembali berdiri tegak. Ayden turut bangkit berdiri.

"Jaga diri. Tugas kau kat sana sama sahaja seperti kat sini. Jangan jatuh hati pula kat bos baru. " Pesan Ayden namun di hujung ayatnya mula kedengaran perlahan.

"Erkk baik lah. " Elea menayangkan senyuman nipis. Selepas mendapat isyarat anggukan dari Ayden lalu dia terus melangkah keluar dari ruangan tersebut.

"See you until we meet again. " Bisik Ayden perlahan.















TENGKU ELEA perlu menunggu dalam kiraan dua minggu barulah dia boleh bekerja di tempat barunya.

Akhirnya, sudah pun tiba hari Tengku Elea bekerja di tempat barunya. Dia tanpa berlengah-lengah kan masa, terus saja dia bersiap untuk ke tempat kerja baharunya.

Setelah tiba di tempat kerja baharunya. Keretanya di parkir di tempat yang di sediakan. Dia dengan pantas berjalan dan melangkah masuk ke dalam ruangan mewah syarikat tersebut. Lebih kurang sahaja seperti syarikatnya yang lama. Dua-dua mewah!

"Tengku Elea? " Soal penjaga kaunter tersebut. Elea dengan pantas mengangguk.

"Awak boleh naik lift tu dan terus ke tingkat 35. Awak perlu lapor diri terlebih dahulu. " Ujar penjaga kaunter tersebut. Miss Venda nama yang tertulis di name tag nya.

Elea mengangguk sahaja. Langkahnya diatur menuju ke lift tersebut. Butang lift di tekan. Sementara menunggu lift. Ada susuk tubuh jejaka yang memakai face mask berwarna hitam berdiri di sebelahnya. Pasti mahu menunggu lift juga.

Entah mengapa Elea merasakan sesuatu perasaan aneh. Perasaan yang pernah di rasainya ketika dahulu pada enam bulan yang lalu. Bau wangian perfume jejaka tersebut mengingatkannya tentang seseorang yang sangat di ingatinya.

Mr Pirate's | Og Where stories live. Discover now