30| Mr Pirate's

131 11 0
                                    

ELEA kaku ditempatnya berdiri. Matanya merenung pintu hotel tersebut. Masih tiada kudrat hendak mengetuk pintu tersebut.

Elea menilik cincinnya dijari. Dia tersenyum nipis. Matanya kembali tertancap pada pintu hotel tersebut.

Dia malu! Ini malam pertamanya tidur bersama lelaki atau dikenali lebih sebagai suaminya. Perlahan-lahan tangannya naik mengetuk pintu bilik itu perlahan.

Tok tok tok. Orang kata ketuk biar tiga kali je kalau tak dibalas atau dibuka maksudnya tuan rumah tidak mahu kehadiran tetamu tersebut. Untung-untung dia boleh balik ke biliknya.

Pintu dibuka. Elea angkat wajah. Kelihatan Ayden yang tidak berbaju bersama tuala putih yang disangkut di lehernya.

"Lambatnya... " Ayden membuka luas pintu itu bagi memberi ruang isterinya masuk.

"Nak tidur luar ke apa? " Sinis Ayden apabila Elea masih berdiri kaku diluar.

Dengan pantas Elea melangkah masuk. Ruang di dalam bilik hotel Ayden sama sahaja seperti biliknya. Cuma bilik Ayden bagaikan penthouse. Hotelnya dilengkapi dengan dapur, ruang tamu berasingan dengan bilik tidur, tandas yang luas, dan private swimming pool.

"Pergi lah mandi dulu lepastu ke katil. " Ayden kenyit mata nakal.

Elea pandang tubuh Ayden yang tidak berbaju itu. Lelaki itu hanya mengenakan seluar track panjang berwarna hitam. Segala otot dan urat jejaka itu dapat dia lihat.

"Kau suka? " Sinis Ayden apabila mata isterinya dari tadi tertancap pada badannya.

Elea pantas menggeling kepalanya. Pandangannya dilempar ke arah lain. Dia terus menuju ke bilik mandian.

Ayden ketawa lucu dengan tingkah isterinya. Tiba-tiba pula isterinya terlebih malu selepas kahwin. Kakinya diatur ke katil. Dia berbaring sambil bermain telephone nya sementara menunggu Elea selesai mandi.

"Allahhh! " Elea meraup wajah. Wajahnya ditenung lama pada cermin.

Gugur jantungnya melihat Ayden begitu. Memang hot!
Elea pantas menanggalkan perhiasan di rambutnya, baju kahwinnya segera ditanggal. Akhirnya, dia mula membersihkan diri.

Lima belas minit menunggu...

Ayden letak telephone nya di tepi. Matanya memandang pintu tandas yang masih tertutup rapat. Lama juga dia menunggu isterinya selesai mandi.

"Kau dah siap mandi ke? " Tanya Ayden sesampai dia di hadapan pintu bilik air tersebut.

Pintu itu dibuka namun berkunci. Ayden pasrah.

"Sekejap! " Balas Elea seraya sedang memakai pakaiannya.

"Buka pintu. " Kata Ayden berbaur arahan.

Elea tidak peduli dengan kata suaminya. Sehingga dia selesai akhirnya pintu dibuka.

"Lamanya kau mandi. "

"Sorry." Elea sengih.

"Aaaahh." Elea tersentak apabila pinggangnya ditarik dan tubuhnya diletakkan di atas katil.

Ayden memanjat naik ke atas isterinya. Bau haruman Elea di bau dalam-dalam. Wangi! Dia suka akan bau isterinya!

Mula lah bibir Ayden menyiarap di seluruh leher gadis itu.

Nafas gadis itu jadi tidak teratur. Dadanya berombak kencang.

"Kau nervous? " Soal Ayden. Tangannya dilekapkan pada dada isterinya.

Bertambah sesak nafas Elea ketika itu. Dia pantas mangalihkan tangan Ayden dari tertancap di dadanya.

Ayden ketawa kecil. "Kenapa nak malu? "

Mr Pirate's | Og Where stories live. Discover now