32| Mr Pirate's

150 11 0
                                    

TUGAS Elea sedikit terganggu apabila Ayden dari tadi tidak habis-habis memeluknya dari belakang dan mencium lehernya. Suaminya itu terlalu manja!

"Dah siap Elea? " Tanya Puan Ayra yang melangkah masuk kembali ke dapur.

Ayden pantas meleraikan pelukan. Jikalau ibunya ada, tidak lah dia mahu melakukan itu di hadapan ibunya.

"Tak lagi mommy. Ada orang ganggu. " Jawab Elea.

"Haihh biasa orang ni ganggu, kita kena halau dia keluar dari dapur ni! " Usik Puan Ayra.

Ayden tidak mengendah, dia berjalan kelilingi dapur tersebut. Apabila Puan Ayra mengalihkan pandangan ke arah lain, baru lah dia ambil kesempatan untuk mencium isterinya.

"Mommy boleh halau pengganggu ni keluar dari dapur? " Elea bercekak pinggang memandang suaminya. Malah, Ayden tersenyum sinis.

"Boleh! Pergi keluar sana! " Kata Puan Ayra berbaur arahan.

"Cepat sikit. Ayden nak bawa Elea ke rumah baru ni. " Ujar Ayden lalu melangkah keluar dari dapur. Dia tersenyum gembira apabila dapat mengusik isterinya.

"Ayden tu macam tak menyabar dah je mahu pergi ke rumah baru tu, ni nanti mommy pack dalam bekas supaya Elea boleh makan kat sana nanti. " Ujar Puan Ayra, dia tersenyum riang.

"Buat kuih pulak. " Tegur Cheryl yang tiba di dapur.

Puan Ayra lemparkan senyuman pada anak buahnya itu.

"Nah rasa ni. " Puan Ayra menghulurkan kuih tart nenas kepada Cheryl.

Cheryl menyambut dan merasai sedikir kuih tersebut. "Sedap! Pandainya mama buat! " Puji Cheryl ikhlas.

Puan Ayra tersenyum kecil. "Tu Elea yang buat bukan mama. " Kata Puan Ayra.

Mati senyuman di bibir Cheryl, dia segera mencapai tisu dan meluih kuih itu kembali.

Elea tersenyum hambar. "Kalau suka, makan je lah. "

"Tak sedap mana pun ! " Dengus Cheryl lalu melangkah pergi.

Puan Ayra dan Elea saling berpandangan sebelum mereka menghambur tawa kecil.














AYDEN menggepal penumbuk ditangannya apabila mendengar kata-kata dari dalam panggilan tersebut.

Halkumnya naik bergerak turun naik. Mukanya tegas tanpa sebarang reaksi.

"Lama kita tak jumpa kan Ayden? " Tegur suara dalam panggilan tersebut.

"Kau nak apa Farhan? " Soal Ayden mendatar.

"Aku nak mr pirate kembali beraksi. " Sinis Farhan dari dalam panggilan.

"Kau jangan nak cuba buat apa-apa! Cukuplah apa yang kau dah buat tiga tahun lepas! " Tegas Ayden bersuara.

Farhan ketawa sinis. "Maaf, tadi aku tak berapa dengar sangat. " Balas Farhan. Dia sengaja mengusik lelaki itu.

"Kau ingat aku tak tahu yang kau godam sistem syarikat aku dan sistem Royal's Killaz! " Jerkah Ayden perlahan, takut jikalau dia menarik perhatian yang lain.

Ayden segera berlalu masuk ke bilik tidurnya.

"Sorry." Sinis Farhan.

"Kalau aku tak dapat apa yang aku mahu kan tiga tahun lepas dan aku takkan bagi kau mengecap bahagia walau sekali! " Bentak Farhan.

Ayden diam menanti sambungan lelaki itu.

"Kau hancur kan bahagia aku tiga tahun yang lepas! Kalau tak disebabkan kemunculan kau! Aku pasti bahagia dengan apa yang aku miliki ketika itu! " Dengus Farhan.

Mr Pirate's | Og Where stories live. Discover now