"Jika nak berubah, jalan penyelesaiannya ialah percaya pada Allah dan rancangannya."
_______________________________________________
BEG besar ditebalikkan oleh Dilla, kesemua barang yang berada di dalam mula terjatuh di atas katil. Apabila isi beg itu sudah kosong, Dilla mencampakkan beg itu ke tepi.
"Ish! Mana ni?!" barang yang berselerak itu ditolak satu-satu ke tepi.
Katil Dilla sudah berselerak dan bersepah dengan buku. Bukan hanya di atas katil, malah di lantai juga.
"Aku tertinggal dekat library ke?" tanya Dilla, mahu menangis dia dibuatnya.
Jika benar, pasti sudah ada seseorang yang mengambilnya.
Dilla melangkah keluar daripada bilik lalu melangkah laju ke tingkat bawah. Kakinya menuju ke arah bilik kerja papanya yang terletak jauh sedikit.
Papanya suka tempat yang sunyi dan tidak bising agar tidak mengganggu waktu kerjanya di rumah.
Tok! Tok!
"Adelante. (Masuk.)"
Dilla memulas tombol bilik lalu terus masuk ke dalam. Kelihatan papanya sedang membaca satu fail di tangannya.
"Papa, tolong Dilla." minta Dilla, bibirnya sudah serupa itik. Muncung ke depan.
"Tolong apa? Why so sad?" tanya Diaz Rico. Fail yang berada di tangannya diletakkan di atas meja, dia memberi tumpuan penuh kepada anak perempuannya yang nampak sedih itu.
"Diari Dilla hilang, Dilla rasa Dilla tertinggal dekat library." adu Dilla. Kerusi kosong di hadapan meja papanya ditarik lalu Dilla melabuhkan dirinya.
Anak mata hitam milik Diaz Rico merenung wajah sedih anak perempuannya. Patutlah sedih sangat, hilang diari, memang anaknya sangat sayangkan diarinya kerana itu hadiah daripada mama.
"Nanti Brian pergi sana." ujar Diaz Rico.
"Sekaranglah, papa. Macam mana kalau ada orang ambil diari Dilla?" tanya Dilla.
"Don't worry, sweet daughter." Diaz Rico mencapai telefon miliknya lalu mendail nombor Brian.
Dilla hanya mendengar perbualan papanya dengan tatapan sayu, dia hanya mahu diarinya semula. Diarinya sangat pentigg baginya, setiap malam pasti Dilla akan menulis diari itu.
"Papa dah suruh Brian cari, nanti dia akan hubungi Dilla." ujar Diaz Rico.
Dilla mengangguk kecil dan mula berdiri. "Thank you, dad."
"Duduk balik, papa nak bincang sikit." potong Diaz Rico.
Seperti yang dikatakan oleh Diaz Rico, Dilla duduk semula dengan riak wajah ingin tahu. Jangan cakap yang papanya ingin dia bekerja esok, Dilla tak nak!
"Esok ikut papa jumpa kawan papa, Dilla kena ada dekat situ." ujar Diaz Rico.
Berkerut dahi Dilla, tidak pernah papanya meminta Dilla untuk menemani Diaz Rico berjumpa kawannya.
Atas sebab apa? Kerja? Kahwin?
"Siapa kawan papa tu? Dilla pernah jumpa ke?" tanya Dilla.
"Tak, dah banyak kali dia datang sini tapi Dilla selalu tiada. Bila kita Malaysia pun Dilla selalu tak ada." jawab Diaz Rico.
"Hehe...." Dilla tersenyum dengan rasa tidak bersalah, dia selalu mengelak daripada berjumpa dengan semua kenalan papanya.
Kerana apa? Kerana perbualan papa dan kawannya semua tentang kerja. Bosan!
YOU ARE READING
Her Last Love [Fatima Jayyana] | HIATUS
RomancePREKUEL HIS BABYPAU . . mereka tidak boleh bersama tetapi takdir mereka untuk bersama. •PERINGATAN• - kisah ini adalah ulang tayang untuk his babypau. - tahun bagi kisah ini adalah 1996, jangan pelik dengan jalan cerita. Start : 30/10/2023 [DILARANG...