Kahwin? • 9

306 26 0
                                    

AKHIRNYA, Dilla Natasya atau namanya Fatima Jayyana dan juga Atiqq Rafiki akan dikahwin pada hari ini. Mereka berdua sekarang berada di dalam Masjid Basharat atau Sepanyolnya Mezquita Bashara, masjid ini telah dirasmikan pada 10 September 1982.

Hanya Addy yang menemani mereka berdua. Manakala keluarga Dilla menunggu mereka di luar masjid. Hanya ada beberapa oleh orang yang menguruskan perkahwinan ini sahaja yang ada di sini dan wali hakim.

Dilla mengenakan jubah berwarna putih dan juga memakai tudung berwarna putih. Dia duduk tidak jauh daripada Atiqq dan tok kadi yang akan mengahwinkan mereka nanti.

Atiqq pula mengenakan baju melayu bewarna putih, dan Addy berbaju melayu berwarna hitam.

Dilla tidak berseorangan, ada seorang wanita yang menemaninya. Wanita itu ialah ibu kepada Addy. Ibu Addy yang banyak membantunya.

"Ya he empezado (Saya dah boleh mula?)".

Dilla yang sedang termenung mengangkat wajah bila suara lelaki menyapa telinganya.

"Si (boleh)" jawab Atiqq.

Anak mata Dilla memandang Atiqq yang sudah menyambut tangan tok kadi di hadapannya. Dia masih tidak percaya. Hal ini terlalu cepat.

Ini kerana papa Dilla sendiri yang mahukan perkahwinan ini dilanjutkan, dan Dilla masih terkejut Atiqq terima dia dengan mudah.

Dilla mendengar dengan teliti apa yang disebut tok kadi dan kemudiannya giliran Atiqq.

"I accept Fatima Jayyana binti Abdullah as my wife in this nikah and marriage with the mahar of 20,000 Euro." lafaz Atiqq Rafiki dengan satu kali lafaz dan lancar.

Kedua-dua saksi mengatakan sah dan Dilla dan Atiqq sudah sah bergelar suami isteri.

"Alhamdulillah!"

Mereka yang berada di situ mula menadah tangan, Dilla hanya mendengar apa yang dibacakan oleh tok kadi itu.

"Felicidades (tahniah), Dilla." ucap ibu Addy.

Ibu Addy sudah lama menyenali siapa Dilla. Dilla sangat terkenal di sini. Jika seluruh negara Sepanyol tahu yang apa yangberlalu hari ini, pasti akan heboh.

Setelah lama Dilla dan ibu Addy bercakap, muncul Atiqq yang sudah melutut di hadapan Dilla.

"Tu marido (Suami awak)" kata ibu Addy lalu dia menjauhi Dilla dan Atiqq. Memberikan ruang untuk pasangan yang baru berkahwin itu.

"Assalamualaikum, wife." ucap Atiqq.

Perlahan-lahan anak mata Dilla bertembung dengan anak mata Atiqq. Berdebar, padahal Dilla yang nak kahwin sangat!

"W-Walaikumussalam, husband." balas Dilla.

Ternaik hujung bibir Atiqq, dia menghulurkan tangannya kepala Dilla.

Terpinga-pinga Dilla melihat tangan Atiqq. Ibu Addy sudah menerangkan semuanya semalam tetapi dia lupa bila Atiqq berada dekat dengannya.

"Sambutlah tangan saya, wife." ujar Atiqq perlahan.

Dilla mengemam bibir sebelum dia menyalami tangan suaminya. SUAMI. Ini pertama kali dia menyentuh Atiqq selama mereka berkenalan.

Semasa Dilla menundukkan wajahnya ingin mencium tangan Atiqq, dia dapat rasakan yang tangan Atiqq mengusap kepalanya. Cepat-cepat Dilla mengangkat kepalaya semula.

Lalu, giliran Atiqq pula. Dia merapatkan sedikit tubuh mereka lalu Atiqq menahan bahu Dilla yang seperti ingin ke belakang. Bibir Atiqq mula menyentuh dahi Dilla, terkaku tubuh Dilla bila dia mendapat ciuman daripada Atiqq.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Her Last Love [Fatima Jayyana] | HIATUSWhere stories live. Discover now