Kejutan • 7

284 36 6
                                    

"Jika nak berubah, jalan penyelesaiannya ialah percaya pada Allah dan rancangannya."

_______________________________________________

KEHIDUPAN Dilla Natasya berubah sepenuhnya, dia sudah 5 hari menjalani hidup sebagai umat Islam. Ilmu pengetahuannya tentang Islam juga semakin bertambah kerana diajar oleh Ustazah Cahaya.

"Eh aku nak tanya, kau tak jumpa pun dengan Atiqq sejak 5 hari lepas, kan?" soal Kylie, dia melabuhkan dirinya di atas katil milik Dilla.

"Tak jumpa pun, aku kan minta cuti sebab nak teman kau jalan-jalan dekat Malaysia ni." Dilla berjalan ke arah almari baju, Kylie akan pulang semula ke Sepanyol. Tangan Dilla mencapai baju miliknya dan mengeluarkannya daripada almari. Hampir separuh bajunya diletakkan di atas katil, di sebelah Kylie.

"Kau buat apa? Nak balik Sepanyol juga ke?" tanya Kylie.

"Bukanlah. Kerja aku tak habis lagi dekat sini, macam mana nak balik? Baju aku ni aku nak bagi dekat kau. Ini semua baju sebelum aku jadi umat Islam... Kau ambillah." jawab Dilla.

Kylie terkejut.

"Kau biar betul? Banyak tau ni... Aku tahulah kau dah boleh pakai pakaian yang seksi ni, tapi kau boleh je kan pakai dekat rumah?"

"Tahu, baju aku ada banyak lagi baju. Yang ni memang aku nak bagi dekat kau." Dilla duduk di sebelah Kylie.

"Seganlah, kau bagi macam-macam dekat aku." ujar Kylie. Macam mana tak segan, kalau boleh semua barang Dilla, Dilla nak bagi dekat dia.

"Kau kawan baik, macam tak biasa kau ni. Ambil jelah! Tak baik tau tolak rezeki." Dilla mula bercekak pinggang.

Kylie menjeling manja. "Fine!"

Kylie memerhatikan Dilla, terlalu banyak yang berubah tentang Dilla. Namun dia hormati dan menyokong apa yang dilakukan oleh Dilla sekarang.

Rahsia Dilla juga dijaga rapi oleh Kylie, malah Brian juga. Hanya mereka berdua yang tahu Dilla sudah memeluk agama Islam. Rahsia Dilla tidak akan sampai ke pengetahuan papanya.

"Aku nak solat zohor sekejap. Oh, tadi Atiqq call aku, nak bincang hal kerja sikit." ujar Dilla.

"Bila? Nak ikut!" tanya Kylie dengan teruja.

Dilla tersenyum sinis, nak ikut sebab nak jumpa Addy lah tu.

"Petang nanti,"

"Bolehlah aku jumpa Addy, hehe!" Kylie tersengih.

"Esok kau dah kena balik Spain. Kau renunglah muka dia sampai esok. Buat ubat rindu." Dilla ketawa kecil.

"Ala... Aku tak nak balik, nak duduk sini." Kylie mula mencebik.

"Tak payahlah balik, duduk je sini" kata Dilla.

"Kerja aku macam mana? Aku bukan macam kau, tak kerja pun duit ada." ujar Kylie. Kylie tiada keluarga, dia membesar di rumah ibu angkatnya. Kata ibu angkatnya, ibu bapanya meninggal di dalam kebakaran rumah. Selepas umur Kylie meningkat dewasa, ibu angkatnya meninggal dunia. Sejak daripada itu, Kylie hanya ada Dilla. Keluarga Dilla yang banyak membantunya.

"Kerja dengan aku, boleh kau tinggal dengan aku, kan?" Dilla memberikan pendapat.

"Boleh ke?!" Kylie mula teruja.

"Kenapa pula tak boleh? Papa aku dah banyak kali tawar dekat kau tapi kau yang tak nak." balas Dilla membuatkan Kylie tersengih seperti kerang busuk.

"Sebab aku takut, nanti orang cakap apa kalau aku dapat kerja sebab aku kawan dengan kau." kata Kylie.

Her Last Love [Fatima Jayyana] | HIATUSWhere stories live. Discover now