"Jika nak berubah, jalan penyelesaiannya ialah percaya pada Allah dan rancangannya."
_______________________________________________
BUKU yang bertajuk Solat, ditutup rapat oleh Dilla. Dia baru sahaja menamatkan buku itu, anak matanya bergerak memandang jam di dinding.
"1 pagi... Dah lewat." ujar Dilla.
Dilla mula mengemas meja, buku-buku agama yang dia baca tadi disusun semula di rak.
Selepas dia berbincang dengan Kylie tadi, dia mula selidik tentang agama Islam. Dilla mahu mempelajarinya. Dilla dapat tahu bahawa penulis buku yang di baca adalah seorang ustazah. Ustazah Cahaya Raudhah.
Dan Dilla sudah menjadi semuanya tentang dia dan ingin belajar lagi daripada dia.
Dilla pergi ke bilik tidurnya, Kylie sudah lena dibuai mimpi. Kylie menyokong dirinya namun Kylie masih belum berminat dengan semua ini.
"Aku harap apa yang aku buat sekarang ni betul..." Dilla mengeluh perlahan.
___________
HABIS pembincangan mereka, orang-orang yang terlibat di dalam projek ini mula mengemas barang dan melangkah keluar. Hanya tinggal Atiqq dan Dilla sahaja.
"Dilla, tak nak balik ke?" tegur Atiqq.
"Saya nak duduk dalam bilik ini je sekejap, nanti saya keluar." jawab Dilla.
Atiqq mengangguk faham, dia mengerling ke arah Dilla yang sudah mengeluarkan satu novel daripada begnya. Atiqq senyum kecil, Dilla selalu membaca novel selepas mesyuarat selesai. Namun, ada satu yang Atiqq rasa lain, pakaian gadis itu kita terdedah seperti dulu, sekarang lebih tertutup.
"Dilla... Boleh saya tanya sesuatu?" tanya Atiqq.
Dilla angkat kepala, novel ditangannya diletakkan di atas meja.
"Tanya apa?"
"Awak nampak lain sekarang... Ada apa-apa berlaku ke?" tanya Atiqq.
Dilla diam sebentar, dia faham kenapa Atiqq bertanya seperti itu. Namun dia tidak akan memberikan matlamatnya kepada sesiapa pun buat masa sekarang.
"Nampak lain? Saya semakin cantik ke?" tanya Dilla semula.
Atiqq ketawa kecil, tidak sangka itu ditanya oleh Dilla.
"Bukanlah... Penampilan awak." ujar Atiqq.
"Oh... Tak tahulah, saya tengok orang-orang dekat sini kebanyakkannya semua pakai pakaian yang tertutup. Saya tahu sebab ramai yang beragama Islam... Tapi saya rasa segan nak pakai pakaian yang seksi, lagipun saya rasa lebih selesa pakai macam ni." balas Dilla.
"Yep, orang Islam wajib menutup aurat. Aurat lelaki, pusat hingga lutut. Aurat perempuan, seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian pula tak boleh ketat sehingga menampakkan bentuk badan." ujar Atiqq.
"Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan..." Dilla menyebut semula ayat Atiqq tadi, dia ada baca tentang itu di buku semalam.
"Atiqq... Boleh saya tanya sesuatu juga? Awak dengan papa saya bekerjasama untuk kerja sahaja ke?" tanya Dilla.
"Maksud awak?" tanya Atiqq semula.
"Awak tahukan papa saya tu siapa..." jawab Dilla.
Atiqq terus diam, dia merenung wajah Dilla yang tertanya-tanya akan jawapannya.
"Kalau saya terlibat, awak nak buat apa?" tanya Atiqq.
Giliran Dilla pula yang senyap, jika dia menanyakan soalan begini, pasti Atiqq akan bermain-main dengan teka-teki. Ia membuatkan Dilla berasa ingin tahu lebih lagi tentang lelaki ini.
YOU ARE READING
Her Last Love [Fatima Jayyana] | HIATUS
RomancePREKUEL HIS BABYPAU . . mereka tidak boleh bersama tetapi takdir mereka untuk bersama. •PERINGATAN• - kisah ini adalah ulang tayang untuk his babypau. - tahun bagi kisah ini adalah 1996, jangan pelik dengan jalan cerita. Start : 30/10/2023 [DILARANG...