BAB 4

369 56 9
                                    

18 tahun lalu...

Wajah mencuka Zayyad menanti ibu bapanya di hadapan pintu utama rumah singgahan. Sungguh masam muka anak sulung Dato' Malik pada ketika itu.

"This is not in our agreement," Zayyad membuka mulutnya apabila Dato' Malik menarik bagasi ke ruang tamu rumah inapan mereka. Dua buah bagasi itu milik kedua-dua orang tuanya yang sudah bercadang hendak meninggalkan Yusuf Zayyad berseorangan di pinggir bandar.

"Please talk to your mom. I don't want to get involve in this drama." Dato' Malik awal-awal lagi sudah angkat tangan mengelak diri dari perbalahan mulut yang bakal tercetus sesaat dua lagi.

Seorang wanita berdarah barat memandang Zayyad dari jauh. Dia sedikit hairan dek situasi tegang yang tiba-tiba sahaja mengikat atmosfera rumah inap desa mereka. Sebelum jam 11 pagi mereka bertiga harus daftar keluar dan merancang perjalanan yang seterusnya di mana Zayyad bakal dihantar ke rumah ibu Dato' Malik.

"I don't like to be in that school. You better put me in any 'cluster' school rather than that regular daily school." Zayyad bersilang dada tidak setuju. Mati-mati diingatkan bahawa dia akan turut ke Eropah pada hari ini. Surat lapor diri ke sekolah menengah harian terbaring di atas lantai berdekatan daun pintu.

Dayana berjalan menghampiri anak tunggalnya. "I’m sorry but I disagree with you about this. Just suit yourself here."

Setiba di sofa tiga serangkai, dia melabuhkan punggung. Wanita kelahiran United Kingdom itu menepuk ruangan di sebelah sebagai isyarat untuk Zayyad duduk seketika. Mata biru lautnya ada pada lensa Zayyad. Sekilas dipandang, rata-rata mengetahui bahawa anak tunggal Dato' Malik berdarah kacukan barat.

"I prefer not to say this... But to be honest, those kids and me are not in the same level. Just bring me to Europe with you guys. I passed my IGCSE examination with flying colours. Why should I take SPM? Examination again? On what purpose?" Sebelah tangannya berada di udara seiring dengan pertanyaan yang asyik dilontarkan.

Pepeiksaan IGCSE yang dimaksudkan Zayyad merupakan sebuah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berasaskan STEM. Yusuf Zayyad adalah antara pelajar cemerlang di sekolah asrama yang diduduki tahun lepas. Pantas sahaja untuk dia berasa sedikit 'jijik' tuk bergaul dengan pelajar sekolah harian di pinggir bandar. Cambridge Syllabus juga kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf dengan British GCSE dan International GCE O Level. Bukankah lebih baik jika dia terus memasuki kolej melalui fast track ini?

"Zayyad, my dear, papa and I have to settle down some business in United Kingdom. We don't want to bring you because it's gonna be so overwhelming. More over, it has been a while since you don't spend much time with Nekma. Both of us thinking this gonna be a great year for you to-"

"No! I want to go to Europe too. I can stay there with grandma." Zayyad membentak tidak setuju.

"Your grandma is in ICU. Nobody gonna take care of you." Dayana melirikkan mata ke kertas lapor diri yang dibuang Zayyad. Zayyad yang berdegil tidak mahu duduk masih berdiri. Membuatkan sang ibu meluruskan kaki sama. Langkahnya dibuka merapati remaja lelaki berkenaan. Yuzuf Zayyad sudah meninggi. Maka Dayana terpaksa melangut sedikit. Tangannya naik menyentuh dagu Zayyad yang mencuka.

Zayyad mencebikkan bibir. Dua lawan satu, tentu-tentu ibu bapanya akan menang. Jika dia mampu mempengaruhi Dayana, kemenangan akan menjadi miliknya. "You guys can take care of me or- Send me to any college? I'm pretty sure my application will be approved."

"I don't think so, Yusuf Zayyad. There's no any single colleges replying our application yet. At this time being, stay with Nekma. Unless, we received emails from any college. Understand?" Lembut pertuturan Dayana memujuk anak bujangnya.

TUAN ZAYYAD ✓ (new story)Where stories live. Discover now