THE WEEKENDS

59 4 0
                                    

enjoy your reading~























Macam biasa kalau tinggal di hostel, hujung minggu yang boleh balik itu memang ditunggu-tunggu. Balik hari Jumaat tapi hari Rabu sebelumnya lagi sudah sibuk fikir sampai di rumah untuk buat banyak benda.

Esok Khamis, Yoon Jaehyuk atau biasa dipanggil Jaehyuk sibuk siapkan tutorial, laporan makmal dan tugasan. Penat kena berjaga malam kerana kelas habis lambat tadi, selepas itu ada program pula.

Jaehyuk meletakkan pen dan mencari roti kerana sudah lapar. Dia melihat teman sebiliknya sudah tidur. Selepas kenyang memakan roti sambil membaca kisah seram, Jaehyuk cuba untuk sambung membuat kerjanya yang terbengkalai tadi.

Jaehyuk baru teringat untuk melihat jam kerana dia merasa sunyi semacam. Pukul 1:59 pagi, matanya segar tiba-tiba. Bukan sebab udara pagi tapi kerana otaknya sudah merewang memikirkan benda yang tak sepatutnya.

Dan juga dia baru saja baca kisah seram, tidak tenteram dibuatnya tapi nak buat macam mana, kerana esok Jaehyuk tidak mahu kena marah dengan pensyarahnya.

Bila sudah tenang, Jaehyuk memasang lagu kegemarannnya kuat-kuat sambil memakai earphone. Dalam setengah jam, semuanya baik saja dan dia sudah mengantuk gila jadi dia pun mengemas apa yang patut.

Tiba-tiba Jaehyuk mendengar seperti orang mengetuk pintu. Jaehyuk ini memang penakut jadi dengan paranoidnya dia bertanya, "Siapa tu?"

Dia mengetuk lagi dan Jaehyuk pun masih bertanya soalan yang sama dengan suara yang agak kuat, tetapi masih senyap.

Malas untuk berfikir banyak, Jaehyuk pun pergi menutup lampu. Bantal dan selimutlah yang berjaya membuat degupan jantungnya kembali normal.

Pusing kiri, pusing kanan, menelentang, meniarap, semua dia sudah buat tapi masih tidak boleh tidur juga. Tadi bukan main mengantuk tapi bila sudah baring tidak boleh nak pejam mata pula.

Jaehyuk pun bangun, minum air di dalam gelap. Sejuk juga malam ini. Dia pun baring semula dengan harapan senanglah untuk tidur. Tapi sama saja rupanya, masih tidak boleh tidur.

Dia rasa ingin ke tandas pula, lihat jam sekali lagi sudah pukul 3:10 pagi. Nak pergi toilet ke tak? Monolog Jaehyuk sendirian beberapa kali. Akhirnya, dia terpaksa pergi kerana sudah tidak dapat ditahan.

Jaehyuk membuka lampu cepat-cepat, buka pintu selepas itu menyarung selipar dan berlari ke tandas. Hanya bertemankan bunyi cengkerik di dalam tandas itu. Selesai semuanya, dia berlari semula ke bilik kerana koridor di sebelah kiri sangat gelap.

Dia masuk ke bilik dan terus saja mengunci pintu. Baru sahaja empat langkah mahu ke katil, terdengar kembali bunyi orang mengetuk pintu. Jaehyuk mengira tiga kali saja dia mengetuk, tak ingin dia bertanya siapa di situ.

Jika temannya yang mengetuk pintu sudah pasti dia akan menyebut sekali nama Jaehyuk tapi ini tidak hanya senyap saja. Jadi memang tidaklah dia akan membuka pintu itu.

Selepas itu dia cuba untuk tidur dan akhirnya setelah dia meletakkan kepalanya di bantal dia pun tertidur. Sedar-sedar saja, Jaehyuk mencari telefon bimbitnya kerana ingin mematikan alarm yang bising itu.

Sudah pagi rupanya. Selepas meminum air seteguk, Jaehyuk mencapai tuala dan pergi mandi. Seperti biasa pagi itu dia bersiap-siap dan menghabiskan roti malam tadi.

HORROR STORY ft. TREASURE ✔️Where stories live. Discover now