Bab 1

24 2 1
                                    

"Awak okey?"

Jejaka itu memandang sesiapa saja yang bersuara. Airmatanya masih mengalir, dia masih menekup telinganya.

"Kejap saya ada sesuatu."

Sang gadis yang bercakap dengannya mengeluarkan sehelai selimut nipis dari dalam beg tangannya dan terus menebarkan ke atas kepala jejaka tadi.

"You'll be fine. Now breath in, breath out. Saya tahu awak overwhelming dengan situasi sekeliling."

Kawasan di dalam pusat membeli-belah tentu-tentunya bising dengan pengunjung dan aktiviti yang dianjurkan. Tersilap pertimbangan jejaka itu menghadiri pusat itu pada hujung minggu di mana sedang adanya program berlangsung. Gadis itu tahu, barangkali dia jadi panik dengan keadaan bising dan sesak.

"Mari, pegang tangan saya, kita pergi dari sini, jauh dari sesak orang ramai. Awak perlukan air untuk bertenang juga."

Jejaka itu cuma terus-menerus menangis membuatkan gadis itu mengambil lengannya yang terdedah, masih dibawah selimut nipis miliknya berjalan dari mata-mata manusia yang kehairanan. Siapa saja tidak hairan? Dia diselubungi selimut, ditutup pula kepalanya di tengah-tengah sesakan orang. Sang jejaka itu sempat menangis dan menjerit kecil sebelum terduduk di antara ramainya manusia.

Gadis itu membawanya sedikit jauh dari keadaan bising, dudukkannya di sebuah kerusi besi di hadapan sebuah kafe restoran. Jejaka itu sudah hampir bertenang sepenuhnya, masih kedengaran esakan tangisnya yang bersisa.

"Dah okey? Dah bersedia nak keluar dari bawah selimut?"

Kepalanya statik, tidak menggeleng tetapi tidak juga mengangguk. Gadis itu segera perlahan-lahan mengalihkan selimut tadi mendedahkan jejaka itu pada cahaya lampu dan matahari.

"Dah okey sikit, kan? Nak minum air?"

Jejaka itu mengangguk kecil, tekaknya terasa kering selepas menjerit dan menangis. Gadis tadi menghulurkan sebuah botol air mineral yang sudah dibukakan kepadanya dan jejaka itu meneguk sedikit membasahkan tekaknya.

"Siapa nama awak? Kenapa boleh ada dekat sini sendiri?"

Jejaka itu cuma mendiamkan diri untuk beberapa lama. Membuang pandangan jauh ke satu sudut tanpa menghiraukan pertanyaan gadis tadi.

"Awak?"

Gadis itu memetik jarinya beberapa kali sehingga jejaka itu kembali ke realiti. Dia mengangguk dan menelan air liur sebelum menjawab soalan tadi.

"Saya Imran, tadi datang nak pergi ke bookstore, tapi tak tahu pula hari ini ada program dekat sini. I'm kinda normal, tapi cepat panik bila terlalu bising macam tadi. Terima kasih ya, cik.."

"Saya Elnaura."

"Cik Elnaura. Maaf sangat - sangat kalau dah menyusahkan cik. Saya tak tahu sangat - sangat yang saya boleh kena serangan dalam keadaan macam tadi. Biasanya tiada masalah sangat pun. Mungkin sebab saya dah kelam-kabut."

Jejaka bernama Imran tadi seperti berseloroh sendiri. Dia tidak memandang Elnaura yang cuma tersenyum melihat gelagatnya.

"Ya tak apa Imran. Awak dah okey sekarang. Bertenang, jangan kelam-kabut. Tak ada apapun yang akan terjadi."

Barulah dia sekali lagi membuat percubaan bernafas secara teratur. Tubir matanya kelihatan bertakung lagi, Imran sekali lagi berasa seperti akan menangis.

"Awak masih nak pergi bookstore? Kalau mahu, saya boleh temankan, saya tak ada aktiviti apa-apa juga."

Imran mengangguk. Dia berdiri, tetapi kakinya masih lemah-longlai. Masih belum cukup tenaga nak berjalan. Dia kembali terduduk dan memandangkan Elnaura yang tersenyum.

Hilal's Code : ElnauraWhere stories live. Discover now