"We going to meet again on February 3rd okay? We need to keep talking about you and your feeling before I diagnose you with anything. See you soon Syah, I hope to see you getting better in the future."
Pakar itu tersenyum, Syahin cuma mencuka tidak menghiraukannya. Segera dia melangkah keluar dari pejabat doktor itu bertemu dengan Mikael yang setia menanti di kawasan menunggu. Mikael perasan Syahin berjalan tanpa memandang ke kiri atau ke kanan meluru ke pintu keluar. Bingkas Mikael berdiri mengejar dia dan memaut lengan jejaka itu menghentikannya.
"Syah? Kenapa? Bila Dr. Ilya nak jumpa kau lagi?"
"Tak jumpa dah."
"Kau nak terus macam ni ke Syah? Kau taknak jumpa dengan Ayden?" Mikael sengaja menekan.
Berjurai airmata Syahin mendengar nama Ayden. Sudah berminggu sejak kali terakhir berjumpa dengan anak saudaranya. Syahin menggeleng lembut, dia tidak mahu terus diseksa tidak dapat bertemu dengan bayi itu. Itu satu-satunya perkara yang membuatkan dia terus menjalani kehidupannya, tetapi dia ditahan dari berjumpa Ayden yang kini sudah hampir berusia tujuh bulan.
"Bila lagi pakar minta kau jumpa dengan dia Syah?" Mikael bertanyakan soalan sama dengan intonasi memujuk.
"3 Februari." Syahin menunduk mengelap airmatanya.
"Thank you, Syah. Good boy." Mikael mengusap kepalanya menenangkan jejaka itu.
"Senang kalau kau bagi kerjasama Syah. Aku nak kau membaik, bukan makin teruk. Aku ada sesuatu untuk kau memandangkan kau tak melawan untuk datang ke sini hari ni."
Syahin tidak memandang, dia berjalan beriringan dengan Mikael menuju ke tangga untuk menuruni ke tingkat bawah hospital ini. Mikael memimpin tangannya, membawa dia ke kawasan parkir kereta yang menempatkan kereta mereka.
"Kita nak ke mana? Aku nak balik, tak larat."
"Adalah suatu tempat. Kau mesti suka."
Kereta dipandu Mikael meluncur laju meninggalkan parkir hospital itu menuju ke suatu tempat. Syahin tiada petunjuk ke mana mereka hendak pergi, tetapi dirinya cuma mengharapkan dia dapat balik ke rumah, atau lebih tepat ke bilik kurungannya berbanding pergi tempat lain. Badannya terasa lesu selepas usai sesi dengan psikiatri tadi. Pemanduan Mikael mengambil masa sehingga 1 jam lamanya yang menyebabkan Syahin tertidur di dalam kereta. Dia akhirnya berhenti di sebuah rumah atau lebih tepat lagi rumah Syahin dan ada seseorang menunggu mereka di hadapan rumah.
"Syah, Syah.. bangun. Kita dah sampai." Mikael mengejutkan jejaka itu dengan menepuk lengannya beberapa kali.
Matanya dibuka perlahan-lahan sesuai cahaya matahari yang menerjah. Dia segera duduk menegak memandang ke bangunan megah di hadapannya. Tali pinggang keledar yang membelit tubuhnya dibuka rakus dan dia laju membuka pintu kereta. Syahin akhirnya dapat pulang ke rumah selepas 3 minggu dikurung dan terkurung di dalam rumah Erma, tetapi seseorang yang berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya membuatkan dia bertindak agresif.
"KAU!" Syahin meluru ke arah sang gerangan itu. Mikael yang masih di dalam kereta terus berlari keluar menahan Syahin yang sudah dekat dengannya.
"Helo Encik Hilal." Elnaura memandangnya tanpa riak takut.
"Aku nak anak aku balik!"
Syahin menengking cuba meraih Ayden di dalam dukungan Elnaura tetapi dia sedang ditahan kuat oleh Mikael. Sang gadis mendekatinya menunjukkan Ayden yang memandang dan berketawa kecil terhibur dengan kelakuan Syahin.
"Kalau nak, bertenang." Elnaura cuma berdiri di hadapannya yang masih ditahan Mikael.
"Syah. Stop it now! Kalau aku tahu kau akan serang El, aku takkan berbincang dengan kaklong untuk benarkan kau kembali menjaga Ayden."
YOU ARE READING
Hilal's Code : Elnaura
CasualeSyahin Hilal merupakan seorang jejaka yang hidupnya penuh dengan onak duri. Dari kehilangan ibu ketika cuma berusia 3 tahun, dia menjadi mangsa kekejaman seorang bapa dan membesar dengan luka yang tak terubat bersama kakak dan ibu tirinya. Bertemu d...