Bab 5

7 0 0
                                    

"Kau sengaja, kan? Aku bagi kau masa bukan untuk kau buang masa."

Hadirnya jejaka bengis itu ke taska hanya semata untuk bertanyakan jawapan sang gadis berkacamata. Memang sengaja Elnaura menarik masa untuk dirinya memberi jawapan. Sudah 2 minggu sejak pertemuan terakhir mereka. Gadis itu banyak menyembunyikan diri selain ke luar negeri untuk bercuti selama beberapa hari menenangkan fikirannya.

"Encik Hilal, this is a place that made for kids, which mean no violence even while talking. Minta tolong jangan berkata kasar atau tinggikan suara dan ikut saya."

Elnaura mengarahkan Syahin untuk berganjak dari pintu utama taska ke pejabat miliknya. Syahin cuma memandang masih dengan pandangan tajam, mendengar arahan Elnaura berjalan ke pejabatnya. Melewati kawasan dapur taska, Elnaura berhenti mencari Hanum. Menjenguk gadis itu ke dalam pantri khas penjaga taska mendapati Hanum sedang meminum air.

"Kak Hanum, boleh bancuhkan kopi untuk tetamu kita?" Pinta Elnaura sopan.

Hanum cuma memandang dengan senyuman nipis mengangguk menerima arahan. Segera wanita 30-an itu keluar dari pantri berjalan ke arah dapur menjalankan tugasnya. Elnaura kembali ke hadapan Syahin meneruskan perjalanan mereka dan jejaka itu cuma mengikutinya tanpa bersuara. Daun pintu dikuakkan dan Elnaura memberi ruang kepada Syahin untuk memasuki ruang pejabat terlebih dahulu sebelum dia mengikuti belakangnya menutup pintu.

"Jadi encik cuma ke sini untuk menghambur saya lagi, kan?" Suara Elnaura ditekankan.

Syahin mengangkat bahu. Secara jujur, sememangnya amarah terasa membuak kerana masa yang diberi disia-siakan oleh seseorang yang sepatutnya cepat membuat keputusan dan memberikan kata putus. Sudah 2 minggu dia terpaksa menghantar Ayden ke rumah Erma dan dia merasakan dirinya amat menyusahkan wanita itu.

"Aku bagi kau masa, kau tak follow-up, tak bagi jawapan yang sepatutnya dan kau seen semua texts aku. Kau tak rasa ke aku boleh burukkan nama kau lagi, by up a new bad statement through social media? I guess by the time, you won't anymore be the new daycare director." Syahin mengugut.

"Please Encik Hilal, you're just a crazy and attention seeker man. Can't you wait for the answer? You asked me to take care and only focus on your son, then you dared to push me?"

"Aku? Attention seeker? Yes, I am. And as I'm still here I want to hear your answer right now. Don't ask me for more time. I gave you 2 weeks already and you wasted it. So, give me your answer now!"

Elnaura memandang tiada kerdipan. Dia sedikit ketakutan memandangkan dirinya baru saja dijerkah seorang lelaki gila. Ikutkan hati, mahu saja dia panggil pihak berkuasa tetapi dia tak akan lakukannya memandangkan mereka berdua berada di dalam taska dengan kehadiran kanak-kanak. Elnaura berfikir panjang sebelum memberikan keputusannya.

"Kalau nak sekarang sangat, baik. Saya ada beberapa syarat dan harapnya semua syarat yang saya berikan diterima sepenuh hati tanpa bantahan."

"Say so, I will follow as long as you give me your answer." Syahin menyilang tangannya menyandar ke sofa.

"Baik, pertama saya tak mahu ke rumah encik walaupun encik memerlukan perkhidmatan saya. Bukan di rumah, hanya di taska saja saya akan menjaga Ayden. Keduanya, ada cas tambahan memandangkan saya takkan mampu nak selesaikan atau bagi komitmen secukupnya pada kerja hakiki saya kerana fokus saya adalah anak encik. Dan ketiga, don't ask me to be your wife, macam mana sekalipun keadaan memaksa encik."

Syahin terkedu, syarat ketiga Elnaura membuatkan dia terfikir panjang. Dia tak pasti bagaimana gadis itu boleh berfikir sejauh itu, pengakhirannya dia cuma mengetawakan Elnaura.

"Your third condition seems not going to be happen. You're not even my type dear. Aku ikutkan semua syarat kau. Jadi capai kata setuju dari kau?"

"Kalau encik yakin, saya bersetuju." Elnaura mencebik mendengar kata-kata lagaknya.

Hilal's Code : ElnauraWhere stories live. Discover now