His Love : 9

7.3K 350 10
                                    

Seperti yang dijanjikan Malique. Paginya mereka ke kubur arwah mama Tasneem.

Tasneem mengusap batu nisan yang tertera nama Puan Suraya. Diusap lembut batu itu. Matanya dikerdipkan lambat dek kerana tidak mahu mengalirkan air matanya.

Dia lemah. Dia mengaku yang dia lemah apabila melibatkan soal arwah mamanya. Tapi dia tak nak nampak lemah. Apa lagi ada Malique di sebelahnya.

Malique yang setia berdiri di tepi Tasneem hanya diam dan melihat perlakuan gadis itu. Dia tahu yang Tasneem sedang menahan sedih tapi Tasneem tak mahu kelihatan lemah di hadapannya.

"Ma.. Aneem rindu, mama. Tapi mama jangan risau. Ada papa dan umi jaga Aneem. Umi baik. Sama macam mama. Umi cantik sama macam mama. Aneem sayang mama dan umi." Ucap Tasneem seraya menitiskan setitik air mata di pipinya.

Lantas Tasneem menyeka air mata dia. Dia tak nak Malique tengok dia menangis. Sebab kalau dia menangis, nanti nampak buruk. Jadi dia tak nak Malique nampak version dia yang itu.

Malu lah dia. Jatuh saham.

Malique yang mendengar kata-kata Tasneem terus mengukirkan senyuman. Begitu besar ke rasa sayang Tasneem pada umi nya?

"Ma.. Aneem balik dulu. Nanti ada masa, Aneem datang lagi. I love you and happy birthday, mama." Tasneem mengusap batu nisan itu sekali lagi sebelum bangun dari cangkungannya.

Dia berpusing menghadap si jejaka yang tinggi lampai di sebelahnya ini. Terdongak kepala Tasneem memandang Malique.

Malique menjungkitkan sebelah alisnya sebagai tanda bertanya kenapa.

"Awak nak tinggal dekat kubur ke? Tak nak balik?" Perli Tasneem. Berdecit Malique geram.

"Aku ingat kau yang tadi nak tinggal dekat kubur. Lama nau. Berjam aku tunggu." Bidas Malique.

"Ish. Melampau sangat berjam. Padahal baru setengah jam. Tepi lah." Dengan selamba Tasneem menolak badan Malique.

Untung kawan tu tak tersungkur. Hampir-hampir dia nak jatuh dekat kubur orang lain. Malique memandang Tasneem dengan tidak puas hati.

"Eii perempuan ni. Geram je lah aku." Omel Malique selari menapak mengekori langkah Tasneem yang sudah jauh ke depan meninggalkan Malique di belakang.

Sesampai sahaja di kereta, Tasneem berbalik melihat Malique yang berjalan ke arahnya. Dia menyilangkan kedua tangannya di dada dan menyandar pada pintu kereta.

"Lambat." Komen Tasneem dengan wajah berkerut disebabkan cuaca yang terlalu panas.

"Aku cium kau karang." Terus Tasneem mengemam rapat bibirnya. Takut lah pula dengan Malique ni. Dah lah muka tu serius saja cakap macam tu.

Malique yang melihat reaksi Tasneem menyembunyikan senyuman. Kenapa lah Tasneem ni comel sangat? Geram dia tau.

"Sebelum awak cium saya. Papa dah gusti awak dulu." Malique membuat muka acah-acah takut.

"Kau tengok muka aku. Ada nampak aku kisah?" Malique mendekatkan wajahnya dengan wajah Tasneem. Hidung mereka hampir bersentuhan.

Terkebelakang diri Tasneem. Mata mereka saling bertaut. Detak jantung masing-masing tidak usah dikata. Laju sangat. Untuk beberapa saat saja mereka saling bertatapan sebelum Tasneem yang memutuskan pandangan itu.

"Jom lah balik. Lama-lama dekat kubur ni tak elok pula." Setelah itu, Tasneem membuka pintu kereta dan memboloskan dirinya ke dalam kereta.

Tersenyum senget Malique melihat sikap gegabah Tasneem. Tahu sangat yang Tasneem berdebar dengannya. Sama lah dia pun. Tak payah cakap orang sangat Malique. Cubit bibir tu nanti.

HIS LOVE [C]Where stories live. Discover now