Take #42

152 14 4
                                        

"MANA MARIA?"

"MANA MARIA?"

"MANA MARIA!!!!"

Habis terbalik meja kopi di ruang tamu ditendangnya kuat. Bersepah segala gambar Maria yang berada di atas meja itu ke lantai. Cawan yang berisi air juga turut jatuh ke lantai dan mengenai gambar Maria yang ditangkap saat Maria memandu keluar dari perkarangan bangunan Fly High beberapa hari lepas.

Melihat gambar yang basah terkena air buat dia laju mencapai gambar tersebut dan mengelapnya dengan baju yang dipakainya. Dia mengelapnya dengan penuh hati-hati ibarat dia mengelap batu permata.

"Kau ke mana Maria? For years, I always know where you going. Tapi kali ni kenapa kau hilang tiba-tiba?" dia bercakap dengan gambar tersebut sambil mengusapnya lembut.

Ting!

Notifikasi berbunyi menandakan ada mesej masuk ke telefonnya.

Laju dia membuka dan membaca isi mesej tersebut. Dahinya berkerut.

"Phuket? Again? Do you like going there that much? Ah, baik aku book tiket cepat-cepat so aku tak miss the flight. Hotel yang hari tu pun nice juga. I should book there again."

+++

Phuket, Thailand

"Masalahnya, baik dia, baik Hui, dua-dua tak ada. Kemana diorang berdua ni pergi..." keluh Fiffy.

"Cuba call dia." cadang Jiha dan laju Fiffy bersetuju. Dia mengeluarkan telefon dari begnya.

"Kenapalah aku tak terfikir tadi." Fiffy ketawa sendiri sambil menanti panggilannya dijawab oleh Maria.

Panggilan pertama - diangkat oleh operator.

Panggilan kedua - pun tidak bersahut.

Panggilan ketiga - "Ya Fiffy, ada apa?"

Soalan Maria disambut oleh nafas lega dari Fiffy.

"Cik Maria ke mana?" soal Fiffy tanpa basa-basi.

"Saya kat pantai already. Come here lepas dah check in. Ada banyak aktiviti best kat sini." jawab Maria kemudian talian dimatikan sebelum sempat Fiffy membalas.

"Dia kat mana?" soal Jiha.

"Kat pantai already. I bet dia heret Hui directly ke pantai lepas turun dari flight tadi. Nampaknya kali ni Hui yang akan jadi mangsa dia." kata Fiffy kemudian dia ketawa sendiri.

+++

"ARGH!!!!!!!!" Jeritan Hui tidak diendahkan.

"WO HOOO!!!!!" Maria menjerit gembira.

Mereka berdua sedang menaiki parasailing sebagai aktiviti pertama di pantai itu. Sampai sahaja mereka ke Phuket, Maria mengheret Hui terus ke kereta sewa yang sedia menunggu di luar lapangan terbang. Sedang staf yang lain sibuk menaiki bas yang disediakan, Maria dan Hui sudah meluncur laju di jalan raya menuju ke pantai.

Parasailing mereka tamat dan mereka berdua kini sudah kembali ke tanah. Sebaik semua gear dicabut, Maria senyum kearah Hui dan berkata; "Next is banana boat."

Hui menggeleng dan mahu melangkah pergi tapi Maria laju memegang lengan Hui erat.

"Come on. Kau cakap Phuket is your dream vacation spot. Kita kena enjoy it to the fullest." Kata Maria sambil dia menarik Hui yang keberatan mengekorinya.

"But I never said about doing these activities. Also, siapa yang nak bayar ini semua? Think about the cost, the currency, hotel and even the flight ticket... ah, kat mana aku nak cekau duit nak bayar ini semua..." Hui dah masuk mood overthinking.

Love, Maria Anne ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang