AMORA COFFEE,KERUSI kayu berkonsepkan estetik itu ditarik dengan bantuan Yusuf pembantu peribadinya. Dengan teragak-agak Raja Hail Fayes melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut.
"Tuan nak buat pesanan?" Tanya Yusuf.
"Tak apa, cuma tolong panggilkan dia saja untuk aku. Aku nak berjumpa dengan dia" jawab Hail beriak tenang.
Runa Ayyara menarik kerusi bertentangan dengan Raja Hail Fayes. Teragak-agak juga dia mahu duduk di hadapan dua orang jejaka yang boleh dikatakan tersenarai dalam kitab idaman gadis.
"Busy ke?" Terus Hail menyoal dalam nada yang sukar untuk ditafsirkan.
Runa Ayyara teguk liur sendiri. Tidak senang duduk bila anak mata kelabu kebiruan itu tepat terarah pada dirinya. Tapi sayang, lelaki itu kurang satu nikmat pula.
"Y-you nak bincang apa lagi? Urm...tak sibuk mana tapi adalah kerja kena buat"Jawab Ayyara gugup.
"Faham. Tekak I kering. Apa cafe you ni akan bankrup ke kalau hidangkan I segelas air minuman?" Pedas, sinis dan tepat mengena pada tuan empunya cafe. Ayyara berubah muka.
"Oh, you nak air apa? I nak suruh staf buatkan" tanya Ayyara.
"Staf?" Soal Hail semula. Ayyara angguk.
"Yes. Ada masalah ke?"
Bibir Hail menyungging senyuman senget terpapar jelas. Mengundang rasa geram di hati Ayyara. Ayyara menjeling Yusuf di sebelah lelaki itu bagai meminta jawapan.
"Sia-sia buka cafe, buat air pun harapkan staf. Nak berbusiness, tapi apa pun tak tahu" kutuk Hail berhadapan.
Runa Ayyara mengetap bibir menahan rasa. Kalau tadi dia mampu bersabar. Namun setiap bait bicara lelaki tidak sempurna penglihatan di hadapannya itu bagaikan tukul yang meruntuhkan tembik kesabaran dalam dirinya.
Grukkk!
Kerusi kayu yang diduduki Hail ditendang kasar kononnya tidak disengajakan. Sedikit sebanyak buatkan hatinya puas. Hail senyum senget.
"Cik Ayyara!" Tegur Yusuf tegas.
Ayyara menjeling Yusuf tajam. Memberi amaran untuk tidak masuk campur dalam urusan dia dengan lelaki buta yang menjengkelkan itu.
"Amora signature coffee, kau pula Yusuf?" Hail membuat pesanan selamba.
"Iced americano," sampuk Yusuf.
Ayyara lantan bangun dan meninggalkan pesanan tersebut pada stafnya. Kemudian dia duduk semula mahu sudahkan perbincangan.
"Apa lagi yang you nak dari I Raja Hail Fayes?" Soal Ayyara terus.
Nak kata sudah lama kenal, mungkin iya. Ayyara kenal Hail pun kerana aunty Aria yang merupakan kawan baik uma Imtiyaz. Ibu angkatnya. Kata uma, dulu Hail masih dapat melihat, tidak buta. Namun disebabkan kemalangan tragis yang sekaligus meragut nyawa tunang Hail, Jasmeen mata lelaki itu juga turut mengalami kecederaan. Itu sebab, Hail hilang satu nikmat sekarang.
"Jadi isteri I" penuh selamba, Hail mengemukakan hajatnya membuatkan rahang Ayyara melonggar.
"Apa? You gila?!" Terkejut Ayyara dibuatnya.
"Maybe," jawab Hail mencebik. Ayyara pula berdecit.
"Sorry, I taknak. Kalau terdesak sangat, cari perempuan lain yang sudi hidup dengan you" Tolak Ayyara mentah-mentah.
"So, dengan kekurangan I sekarang pun I dah boleh agak you seorang yang macam mana Ayyara.." Sindir Hail.
"Pardon?" Kening sebelah terangkat. Sungguh, Ayyara tidak faham apa yang lelaki di hadapannya itu mahukan.
"Nothing. Be ready Ayyara..." Hail senyum sinis.
"You tak perlu nak ugut-ugut I!" Berdentum bunyi tepukan meja. Ayyara hilang sabar.
"Bila masa I ugut you. You kenapa Runa Ayyara?" Soal Hail dengan riak tidak bersalahnya.
"You tu kenapa Raja Hail Fayes?! Apa masalah you yang tiba-tiba datang nak ugut I macamni? You perlukan isteri, itu masalah you! Bukan masalah I. Dan kalau macam ini perangai you, I sejuta kali tak ingin!" Hambur Ayyara geram.
"Tarik balik kata-kata you atau dalam masa sepuluh saat, fun facts tentang you tersebar. One...two..."
Ayyara mengetap giginya dan mengepal penumbuk sendiri. Mata sudah berair menahan lahar amarahnya yang semakin memanas.
"...seven...eight.."
"Cukup Hail! I tarik balik kata-kata I. I akan jadi isteri you" sepatah demi sepatah Ayyara berkata. Mengungkapkan bicara sedemikian di hadapan lelaki yang disanjung tinggi seperti Hail bukanlah satu keputusan yang mudah.
Hail berkuasa, berpengaruh dan berduit daripadanya. Lelaki itu boleh buat apa saja asalkan dia dapat apa yang dia mahu. Itulah salah satu sikap Raja Hail Fayes.
"Good Runa Ayyara. Wise man said 'I will protect you at all costs' . So yea, I'll make sure that everyone no nothing about you. I promise" Hail senyum senget.
Runa Ayyara terkedu dan memandang lelaki cacat penglihatan itu lama tanpa tiak. Rahangnya rasa nak patah. Permainan apa yang Raja Hail Fayes ajak dia bermain ni?
"Yusuf, jom" sebelum berlalu pergi, Hail sempat senyum manis pada Ayyara. Tetap sama, gadis itu masih tergamam.
TBC.
YOU ARE READING
Dia Sudah Cinta [E-BOOK]
Romance"So, dengan kekurangan I sekarang pun I dah boleh agak you seorang yang macam mana Ayyara..."-Hail "Pardon?"-Ayyara Hail sendiri menunjukkan rasa kurang senang bila berkenalan dengannya namun Hail juga yang mengikat hubungan mereka. Kalau tidak suka...