SUDAH malam, Ayyara masih belum pulang ke rumah. Timbul perasaan risau dan susah hati pula. Hail turun ke bawah dan membuka ke semua suis lampu yang belum dibuka. Kalau Ayyara pulang awal, sudah pasti isterinya itu yang bukakan semua lampu di ruang bawah."Macam mana you tahu di situ ada suis?" Sergah satu suara yang Hail kenali.
Tidak gelabah, Hail tenang saja menghela nafas.
"Naluri hati I. I dah lama duduk di rumah ni dan I dah lama buta" jawab Hail.
Ayyara mencebik dan mengangkat bahu. Dia pun sambung menaiki tangga sehingga berselisih bahu dengan Hail.
"Pergi mana lewat malam baru balik?" Langkah Ayyara mati.
"Cashier ada masalah short duit, jadi lewat sikit closing. Sorry sebab tak inform you" jawab Ayyara jujur sahaja.
"Memang lately ni pekerja you tak fokus buat kerja ke? Semalam short and harini short lagi?" Tanya Hail tidak berpuas hati dengan jawapan Ayyara.
"Diorang pun manusia Hail, diorang buat silap juga. I sebagai majikan, I kenalah ambil tahu apa yang terjadi dengan business I" jawab Ayyara tiada minat mahu berbahas tentang masalah cafe.
Tidak menunggu balasan daripada Hail, terus Ayyara berlalu naik ke bilik mereka. Fikirannya benar-benar serabut. Nak saja Ayyara menjerit sekuatnya biar berkurang sesak di dada.
Hail mendengus. Kenapa dengan isterinya itu? Ada masalah ke? Terlalu dingin dia rasakan saat Ayyara menjawab pertanyaan dia tadi.
"BUKAN dia yang drive time accident tu Kam. Kereta dia kena curi. Aku rasa nak hentikan semua ni" Hail bercakap telefon dengan seseorang.
Ayyara yang baru turun ke tingkat bawah tercuri dengar perbualan tersebut. Bunyi macam serius saja. Ayyara pun bersembunyi di satu sudut dan sambung memasang telinga.
"Aku dah redha dengan pemergian arwah Meen Kam. Sungguh, aku dah redha. Aku dah dapat bukti yang cukup dan tak ada satu bukti pun yang menyebelahi aku. Ayyara memang tak salah. Dia tak kenal pun siapa aku" Sambung Hail lagi.
Ayyara gigit bibir. Ada nama dia yang disebut Hail. Kenapa?
"Yes to be frank, aku dah tak ada dendam lagi pada dia. Tapi masalah yang lainnya sekarang macam mana aku nak bagitahu dia hal yang sebenar? Kau ingat dia boleh terima ke?" Hail menahan suara dari bercakap dalam nada yang kuat.
Ayyara masih di situ sehinggalah Hail tamatkan panggilan. Berkerut dahi Ayyara melihat Hail yang mudah sahaja menamatkan panggilan. Seperti orang normal saja.
Hati Ayyara tiba-tiba terdetik sesuatu.
Jangan-jangan....
HAIL mengejut Ayyara penuh berhati-hati untuk bangun. Ayyara terpisat-pisat bangun dan memandang Hail lama sehingga lelaki itu memandang ke arah lain.
"Itu jam loceng sebelah you tu dah lama bunyi. You tak bangun sudahnya I yang bangun" ujar Hail menutup rasa resah di hati.
"Sorry, you dah solat ke?" Tanya Ayyara.
"Dah, pergilah solat" arah Hail dan Ayyara gigit bibir.
"You solat apa? Jam baru pukul 5:10 pagi. Mana masuk subuh lagi" Hail tergamam. Habis tadi jam bunyi awal tu Ayyara kunci buat apa?
"Seriously?" Tanya Hail tidak percaya.
"Ya, Hail. Ini baru pukul 5:12 pagi. Awalnya you subuh" tidak dapat menahan, Ayyara ketawa lepas. Aduhla suami pun.
"Kalau macamtu you pergilah mandi dan bersiap-siap apa yang patut" Hail tutup rasa malu dengan duduk di birai katil membelakangi Ayyara. Tidak lepas Ayyara melebarkan senyumannya.
"I nak keluar dengan Yusuf ada hal di luar. You tak pergi cafe ke?" Tanya Hail yang sudah kemas disiapkan Ayyara. Meningkat terus peratusan kacaknya.
"Tak, I cuti. Alright kalau macamtu, hati-hatilah keluar. Jaga diri you" pesan Ayyara.
"Okay, you too. Jaga diri, jaga rumah. Apa-apa call" Ayyara angguk faham.
"Salam" Hail sua tangan kanannya dan Ayyara sambut menyalam dan mencium belakang tapak tangan tersebut seperti kebiasaan.
SEBAIK sahaja Hail dan Yusuf keluar, Ayyara pun meneruskan kerja-kerja siasatannya satu rumah. Pintu stor yang menyimpan barang-barang Hail itu, Ayyara masuk.
Ayyara senyum sinis melihat apa yang terbentang dihadapannya. Potret seorang gadis cantik bertudung.
Dr. Jasmeen Araina.
Masih tidak pudar di ingatan Ayyara akan seraut wajah jelita yang meninggalkan rasa bersalah di hatinya saban hari. Gadis di dalam gambar tersebutlah yang menjadi mangsa kemalangan melibatkan keretanya yang dicuri malam itu.
"So, kalau orang bagi you jumpa dengan tunang arwah yang meninggal tu you nak jumpa la?"
Ayyara mengetap bibir dan mengangguk faham. Setitis demi setitis mutiara jernih jatuh membasahi pipinya.
Bermakna, Hail dah lama tahu Ayyara lah orang yang dicarinya selama ini. Tulisan kaligrafi di bawah gambar tersebut pula menerangkan segalanya.
YOU ARE READING
Dia Sudah Cinta [E-BOOK]
Romance"So, dengan kekurangan I sekarang pun I dah boleh agak you seorang yang macam mana Ayyara..."-Hail "Pardon?"-Ayyara Hail sendiri menunjukkan rasa kurang senang bila berkenalan dengannya namun Hail juga yang mengikat hubungan mereka. Kalau tidak suka...