LEWAT Runa Ayyara masuk ke dalam bilik tidur kerana rasa takut, berdebar, malu semuanya menjadi bercampur baur. Saat menjengul kepala ke dalam bilik, kelihatan Hail yang sudah berbaring di atas katil. Ayyara hela nafas lega."Kenapa Ayyara tak masuk bilik lagi? Intai apa?" Tanya Puan Aria sambil bibir menguntum senyum.
"H-hah? Err....hm na-nak masuk lah ni ibu. Selamat malam!" Sepantas kilat, Ayyara menghilangkan diri terus masuk ke dalam bilik luas kepunyaan suaminya.
Teragak-agak Ayyara naik katil bimbang kalau Hail terjaga dari tidurnya. Bibir bawahnya digigit seriau.
"Takut sangat dengan I kenapa? I tak makan orang, Runa Ayyara" tiba-tiba suara Hail bergema membuatkan mata Ayyara terbuntang luas.
"You tahu mana I takut? I beranilah! Ini, I tengah naik katil nak baring tidur sebelah you" Ayyara membalas dengan riak cuak.
"Iyalah tu. I rasa katil sebelah I ni satu per satu pergerakan. Nak boleh baring pun lambat" komen Hail.
Kalut Ayyara baring di sebelah Hail. Dia pandang siling berukir itu dengan dada yang seperti mahu pecah. Tak berhenti jantungnya membuat kerja.
Tiba-tiba lagi Hail menjalarkan tangannya di pipi Ayyara kemudian semakin turun kebawah sehinggalah ke pinggang. Ayyara semakin gemuruh.
"H-hail...you nak bagi salam malam ni jugak ke?" Tanya Ayyara.
"What a nice curve you have. You ni perempuan seksi ke?" Tanya Hail tiba-tiba.
"Yusuf tak pernah describe tentang I pada you ke?" Soal Ayyara semula.
"Dia cuma ceritakan yang you seorang perempuan manis, sopan dan pendiam orangnya. Tapi lepas I sentuh you tadi, I rasa nak tambah sikit point Yusuf tu. I rasa you seorang yang seksi dan menggoda"
"Tak! Mana ada! Hail...." Ayyara tutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Begitu direct bicara suaminya itu malam ini.
"Hug me chagiya..." arah Hail.
"Pardon?"
"I command you to hug me" ulang Hail. Teragak-agak Ayyara mahu peluk lelaki yang baru sah menjadi suaminya beberapa jam yang lepas.
"Be confident and hug" arah Hail dan Ayyara selamba memeluk tubuh kekar suaminya.
Wajah dirapatkan ke dada bidang Hail. Berpusu-pusu aroma maskulin itu menerjah masuk ke dalam hidungnya. Bergetar imannya. Dia tak rasa dia boleh tidur awal malam ini.
Diam sejenak, kemudian Ayyara rasa lehernya dibaham sesuatu. Nafas hangat menampar kulit lehernya. Tidak dapat mendongak, Ayyara hanya dapat membuat andaian sendiri di dada lelaki itu. Hail cium leher diakah?
"Hail, awak sebenarnya nak tidur atau tak?" Tanya Ayyara gugup.
Ayyara dapat merasa helaan nafas berat suaminya itu. Hail seperi leka dalam dunianya. Berapa kali dia mengucup leher Ayyara pun tidak tahu.
"Runa Ayyara my wife...." Seru Hail.
"A-apa?"
"Assalamualaikum, chagiya..." panggil Hail memberi salam membuatkan Ayyara tersentak dan terus memandang wajah bersih lelaki itu mencari jawapan.
Hail tidak pamirkan sebarang riak. Lelaki itu pandang kosong ke hadapan sambil tangan beruratnya membelai dan menggosok pinggang Ayyara.
"Ya, waalaikumsalam, maverick..." sahut Ayyara gementar.
Maverick, itu panggilan yang Ayyara pernah dengar bila rakan satu sekolah Hail memanggil dia sedemikian dahulu. Ayyara tertarik juga mahu menggunakan panggilan tersebut malam ini.
Hail mengekeh suka. Dia membelai rambut lurus Ayyara dan mengucup ubun-ubun isterinya itu seketika.
"Tapi I..."
"Jangan spoilkan mood I chagiya..." bagai mengerti apa yang mahu diperkatakan Ayyara, terus Hail memberi amaran. Ayyara mengunci bibir.
TBC.
YOU ARE READING
Dia Sudah Cinta [E-BOOK]
Storie d'amore"So, dengan kekurangan I sekarang pun I dah boleh agak you seorang yang macam mana Ayyara..."-Hail "Pardon?"-Ayyara Hail sendiri menunjukkan rasa kurang senang bila berkenalan dengannya namun Hail juga yang mengikat hubungan mereka. Kalau tidak suka...