3

170 24 0
                                    










BANGUN pagi itu, Ayyara bergegas mahu kemas katil yang sudah berselerakan. Hail diarah untuk bangun dan lelaki itu berdiri tegak seperti tugu di tepi katil. Hanya Ayyara yang giat mengemas tempat 'peraduan' mereka semalam.

Angkat sahaja bantal, ada kesan tompokan pada cadar membuatkan wajah Ayyara serta-merta merah membahang. Cepat-cepat dia menarik cadar dan menggulungnya untuk dibawa ke bilik basuhan.

Mujurlah, dapat suami cacat penglihatan. Kalau lah Hail boleh nampak, lagi berlipat ganda malunya tika itu. Sekarang pun, Hail boleh pula dengan wajah selamba seperti tiada apa-apa yang terjadi di antara mereka semalam.

"Ada apa-apa yang I boleh tolong?" Tanya Hail. Tiba-tiba pula baik hati nak menolong.

"Erm tak apa, I boleh buat. You pergilah mandi dulu. Sebelum semua orang bangun subuh, I nak pergi basuh cadar sekejap. Nanti I naik atas dan mandi. You nak I tolong you mandi?" Sambil berkata, wajah Ayyara masih tidak surut merahnya.

Hail senyum lucu.

"I bukannya baru buta semalam, chagiya. I dah lama tak boleh nampak, I dah biasa mandi sendiri" ujar Hail dan makin sakan wajah Ayyara membahang.

"O-okay, I turun dulu" bertempiaran Ayyara larikan diri. Dia taknak bersemuka dengan Hail lagi. Dia malu walaupun Hail tak nampak pun keadaan dia bagaimana sekarang.

Kalut Ayyara masukkan semua pakaian dan cadar yang kotor ke dalam mesin basuh. Bimbang kalau ada orang yang melihat apa yang dia basuh pada pagi itu.

"Puan, puan basuh apa?" Tegur Bik Hus yang nampak cemas bila Ayyara yang membuat kerja-kerja basuhan.

"Hah? Errr, haa...sa-ya...ba-basuh baju kotor!"

"Tak apa puan, biar saya saja yang basuhkan. Ini kerja saya. Puan tak perlu susah-susah" halang Bik Hus.

"Tapi tak apa bik, saya boleh buat. Bik jangan risau ya? Lagipun saya malu sebab ini pakaian saya" malu-malu, Ayyara mahu menjawab.

Faham akan maksud bicara tersebut, Bik Hus senyum kambing dan mengangguk. Pengantin baru, biasalah.

"Baik puan, kalau macamtu saya pergi siapkan sarapan dulu di dapur" Ayyara angguk laju. Lega!











         KE HULU ke hilir Ayyara mencari kunci keretanya yang hilang emtah ke mana. Sudahlah dia lewat pagi ini untuk ke cafe. Semuanya gara-gara terbabas tidur punya pasal. Punca terpaling utama pula adalah Raja Hail Fayes. Ajak tambah pahala kononnya.

"Runa Ayyara? Where are you?" Tanya Hail yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

"I ada ni depan you. Rick, I punya kunci kereta hilang!" Adu Ayyara yang sedang serabut.

"You letak mana semalam Ayyara?" Tanya Hail.

"I lupa. Aduh, I dah lewat ni!" Ayyara rasa nak menangis.

"Pergi minta kunci kereta I dekat Yusuf. Naik kereta I je lah" arah Hail yang turut bangun. Dia menapak berhati-hati menuju ke tempat gantungan kunci.

"Ini kunci apa?" Tanya Hail yang meraba kunci di penyangkut.

"Itu kunci rumah," beritahu Ayyara.

"Yang ini kunci apa?" Tanya Hail lagi.

"Itu kunci kereta I yang lama. Tapi kereta lama I dah tak ada. Kereta tu dah rosak teruk sebab accident" beritahu Ayyara lagi.

"Accident? Bila?" Tanya Hail terkejut.

"Dah lama dah. Rick, I pinjam kereta you boleh? I betul-betul dah lewat ni" lengan Hail Ayyara raih meminta pertolongan dan simpati suaminya itu.

"Ambil lah. Tak ada istilah pinjam dengan suami. But you owe me a story. Nanti cerita macam mana you boleh accident" tubuh Ayyara ditarik mendekat dan wajah Ayyara dikucup sebelum melepaskan si isteri keluar bekerja.

"Thankyou maverick. I pergi dulu. Jaga diri dekat rumah" tangan Hail disalam hormat sebelum pergi.


TBC.

Dia Sudah Cinta [E-BOOK]Where stories live. Discover now