AYYARA duduk menghadap Hail yang memandang kosong ke arahnya. Hendak mulakan cerita pun Ayyara tak ada perasaan. Bila ingat balik, hatinya sebal. Orang lain yang buat orang lain yang kena."Waktu accident tu Myvi lama I tu baru saja beli. Tak sampai sebulan pun lagi. I pergi Mc Donalds and kereta I dicuri. I tak tahu macam mana pencuri tu buat dengan kereta I tapi bila I keluar dari beli makanan, kereta I dah hilang" cerita Ayyara bersungguh.
Hail diam. Tangannya digenggam.
"Lepastu I buatlah report. Menambahkan kerunsingan I lagi bila lepas beberapa hari daripada hari I buat report tu, polis bagitahu kereta I dah jumpa. Malangnya kereta I accident, total lost. Pencuri kereta I pun meninggal tempat kejadian, dan mangsa yang berlanggar dengan kereta I pun meninggal" cerita Ayyara sebak bila mengingatkan semula peristiwa tersebut.
Sudahlah Mr. Mike nya itu dibeli tunai tidak berhutang. Itulah wang hasil simpanan dia berniaga kecil-kecilan dahulu. Sedih betul kisahnya.
"You tahu siapa mangsa yang meninggal tu? Lelaki ke perempuan?" Tanya Hail persis polis mengambil keterangan.
"Perempuan. I dengar, arwah seorang doctor dan tunangan orang. Tapi bila I nak jumpa dengan tunang dia, orang macam taknak bagi I jumpa. Sedangkan I cuma nak minta maaf pada tunang arwah di atas apa yang dah berlaku. Tapi itulah..." Ayyara tidak lagi menyambung.
Hail menggenggam penumbuk dan mengetap rahangnya kuat. Dia semakin tidak tentu arah dengan perasaannya itu.
"Bukan you lah yang accident naik kereta tu?" Tanya Hail.
"Tak, kan I dah cakap kereta I kena curi. Dan yang buat kereta I accident tu pencuri kereta I. Apapun, I dah redha dengan apa yang dah terjadi. Kalau I nak marah pun, pesalahnya dah tak ada. Biarlah, itu urusan dia dengan Allah pula" ulas Ayyara lagi tenang saja wanita itu berkata.
Hail nampak tergamam. Wajah kacak itu nampak keliru dan sukar untuk ditafsir.
"Hey, are you okay? Kenapa ni Rick?" Soal Ayyara risau.
"I okay chagiya" sahut Hail perlahan bunyinya.
"I ingat ada apalah tadi. You ni!" Ayyara senyum. Berdebar juga bila Hail buat muka tegangnya tadi.
"So, kalau orang bagi you jumpa dengan tunang arwah yang meninggal tu you nak jumpa la?" Soal Hail tiba-tiba.
"Nak, I nak ucapkan takziah dan I nak minta maaf sangat-sangat pada dia dengan apa yang dah terjadi dulu. I tahu, hilangnya orang yang kita cinta bukanlah satu perkara yang mudah. Sangat sakit dan ambil masa yang lama untuk kita terima ketentuan yang bahawa orang yang kita sayang, kita cinta dah tak ada lagi dengan kita di dunia ni. Kan?" Ayyara angkat wajah dan kaget sebentar melihat wajah Hail yang kemerahan itu.
"Betul. Tapi tunang dia tu mestilah lelaki" terpacul soalan begitu dari mulut Hail.
"Tahu. Kenapa kalau dia lelaki?" Soal Ayyara masih bingung.
"Jangan lupa you tu isteri orang. Tak payah menggatal nak jumpa lelaki lain!" Selar Hail dan Ayyara berdecit lantas tersenyum sipu.
"Tak kuasa I nak menggatal Raja Hail Fayes. I know myself better than anyone does. Kalau I nak menggatal, dah lama dulu I gunakan kelebihan yang ada pada diri I ni. But I refuse to. Nilai seorang wanita tu tinggi" Ayyara mencebik.
"Habistu, you dengan papa itu apa?" Tambah Hail lagi. Masuk ke topik yang semakin panas.
Ayyara mengekeh suka. Entahlah, orang tak lalui situasi yang dia pernah lalui memang orang akan sedap mengata. Sedangkan, apa yang dia buat itu hanya Ayyara, Raja Khair Nadeem dan Yang Maha Melihat saja yang tahu niat dan tujuan sebenar.
"You rasa apa hubungan I dengan papa?" Tanya Ayyara kembali. Hail jelas nampak bengang.
"You jadi sugar baby papa kan?!" Hail menyelar. Ayyara senyum sambil menggeleng.
"Kalau itu yang you fikir, itulah jawapannya. I sugar baby papa—"
"Runa Ayyara!" Naik seoktaf suara Hail. Ayyara nampak tidak terkejut.
"Apa maverick?"
"Once ibu tahu, you boleh mati. Dan waktu itu sekalipun you isteri I, I akan berada di sisi ibu" jawab Hail menekan satu per satu bicaranya.
"You once said that you'll protect me at all cost, didn't you?" Ayyara mengulang semula ayat semasa Hail mengajak dia bernikah dahulu.
"I takkan bocorkan rahsia, tapi kalau ibu tahu sendiri, you tanggunglah akibatnya" jawab Hail senada.
Ayyara mengangguk mengeri sambil tersenyum perih. Sedikit-sebanyak hatinya tersiat. Untuk apa Hail jadikan dia isteri kalau membela isteri pun dia tak sudi? Atas alasan apa lelaki itu ajak dia berkahwin dahulu? Siap memeras ugut lagi.
YOU ARE READING
Dia Sudah Cinta [E-BOOK]
Romance"So, dengan kekurangan I sekarang pun I dah boleh agak you seorang yang macam mana Ayyara..."-Hail "Pardon?"-Ayyara Hail sendiri menunjukkan rasa kurang senang bila berkenalan dengannya namun Hail juga yang mengikat hubungan mereka. Kalau tidak suka...