BAB 25

2.8K 91 1
                                    

"Baby, picitkan kepala abang" Naia menghampiri Haze. Punggung dilabuhkan di sebelah suaminya. Haze terus baring di atas riba Naia.

"Abang okay tak ?" Haze mengelus tangan Naia yang sedang memicit kepalanya.

"Okay..cuma sakit kepala sikit" Naia hanya diam. Tangannya masih mengurut kepala Haze.

"Abang tidur dulu okay ?" Haze menganggukkan kepala. Kepalanya dibaringkan semula ke bantal.

Naia memicit-micit kepala suaminya. Apabila melihat sudah terlelap barulah Naia berhenti. Naia melangkah keluar dari bilik apabila melihat suaminya yang sudah nyenyak tidur.

Kakinya menuju ke bilik air. Mahu mandi.

"Mak Kiah" Samsiah masuk ke dalam rumah Mak Kiah menggunakan pintu dapur.

"Haa Sam. Ada apa ?" Samsiah terus masuk ke dalam rumah Mak Kiah.

"Ni haa..Mak ada buat bubur durian" Samsiah meletakkan mangkuk yang berisi bubur ke atas meja.

"Susah-susah je" Mak Kiah hanya mengerling. Tangganya masih sibuk membasuh pinggan.

Samsiah memanjangkan lehernya. Mencari keberadaan Haze dan Naia.

"Mak Kiah, mana Naia ?" Soal Samsiah.

"Mandi"  Jawab Mak Kiah tanpa memandang ke arah Samsiah. Memang tadi Mak Kiah nampak Naia masuk ke bilik mandi.

"Dato, datin dan Nia ?" sekali lagi Samsiah bertanya.

"Keluar sekejap" Samsiah tersenyum sinis mendengar jawapan daripada mulut Mak Kiah. Peluang untuknya mendapatkan Haze semakin cerah,

Perlahan-lahan kakinya melangkah ke ruang hadapan. Matanya mengawasi setiap inci rumah untuk memastikkan tiada orang.

Matanya melilau mencari pintu bilik Haze. Sampai sahaja di depan salah satu pintu, Samsiah mencuba membuka pintu tersebut.

Klak

Perlahan-lahan daun pintu ditolak. Semakin melebar senyuman Samsiah melihat Haze yang sedang lena di atas katil. Kakinya terus melangkah ke atas katil.

Wajah Haze ditenung. Sesekali tanggannya naik menguis rambut Haze yang berjurai di dahi. Semakin lama, Samsiah semakin mendekatkan wajahnya dengan Haze.

"Abang patut pilih Sam daripada kahwin dengan perempuan tu" Ujar Samsiah. Tangannya bermain dengan juntaian rambut Haze.

"Mana baju aku ?" Naia mencari bajunya. Nasib baik dia masih belum mandi lagi, kalau sudah terpaksalah dia memakai kembali baju yang sama. Baru teringat, dia hanya sempat mencapai tuala tadi.

Kakinya melangkah keluar dari bilik air. Baru sahaja mahu ke ruang hadapan, matanya tertancap pada mangkuk bubur di atas meja.

"Nek, siapa yang bagi makanan tu ?" Rasanya masa nak masuk bilik mandi tadi tak ada pun mangkuk itu.

"Samsiah" Berkerut dahi Naia mendengar jawapan Mak Kiah.

"Mana dia" Mak Kiah mengerutkan dahi. Tadi ada Samsiah ni dah tak ada.

Naia sudah tidak sedap hati melihat reaksi yang dipamerkan oleh Mak Kiah. Kakinya dilajukan melangkah ke dalam bilik. Semakin tidak sedap hati apabila melihat pintu biliknya terkuat sedikit. Dia memang ingat yang dia menutup rapat pintu bilik sebelum keluar tadi.

Bam

Terhinjut bahu Samsiah yang mahu mencium Haze. Naia bagai tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Naia berlari ke arah Samsiah. Tudung Samsiah ditarik.

HAZE'SWhere stories live. Discover now