BAB 48

2.1K 109 2
                                    

"Grandpa, Naia balik dulu. Nanti grandpa datang lah Malaysia" Ujar Naia. Tercebik-cebik bibirnya. Rasa tidak mahu pulang ke Malaysia.

"Of course I will. Cucu-cucu grandpa kan ada dekat Malaysia jadi grandpa tetap akan datang sana" Tuan Mike mengusap kepala cucunya.

"Promise ?" Naia mengeluarkan jari kelingkingnya, Tuan Mike tersenyum sebelum jari kelingkingnya turut bertaut dengan jari Naia.

"Promise"

"Adik, my turn" Noah bersuara. Naia mencebik. Sempat tangannya memukul lengan Noah baru sahaja Noah mahu membalas Tuan Mike sudah bersuara.

"Noah" Naia menjelirkan lidah ke arah Noah. Noah menjeling sebelum memandang ke arah Tuan Mike.

"Jaga diri grandpa" Tuan Mike angguk. Bahu cucu lelakinya ditepuk.

"I will. Noah jaga diri juga. Grandpa akan serahkan Black Thron pada Noah tak lama lagi. So prepare your self" Noah angguk. Tangan Tuan Mike disalam. Kini giliran Haze pula. Haze mendekati Tuan Mike.

"Jaga diri Haze, jaga cucu grandpa baik-baik" Haze angguk. Tangan Tuan Mike disalam. Tuan Mike menepuk bahu Haze.

Naia berlari semula ke arah Tuan Mike, tubuh Tuan Mike ditarik ke dalam pelukkan. Tuan Mike membalas pelukkan cucunya.

"Jaga diri okay ? If anything happen let Haze, Noah or grandpa know okay?" Naia angguk. Pelukkan dileraikan.

"Naia sayang grandpa, selamanya" Anak mata Naia bergetar. Sedaya uapaya air mata ditahan supaya tidak jatuh ke pipi.

"Granpa pun sayang cucu-cucu grandpa" Tuan Mike mengusap kepala Naia.

"Take care granpa, Naia tak nak hilang grandpa" Kata-kata Naia membuatkan Mike mengalirkan air mata. Mike mengesat air matanya.

"Noah dan Naia harta dunia akhirat grandpa. I will take care of my self. Dont worry" Kali ini Mike turut meraih Noah untuk dipeluk bersama. Dahi kedua cucunya dicium.

"Grandpa jauh dari kamu berdua. Noah jaga adik ya ?" Noah angguk. Bahu Mike ditepuk.

Pengumuman untuk penerbang mereka sudah berkumandang. Dengan tidak rela naia melepaskan pelukkan. Naia melambaikan tangan ke arah Mike. Air mata mula mengalir. Beginilah keadaan semasa Naia pulang ke tanah air. Mike membalas lambai cucunya. Air matanya yang mengalir diseka.

Sampai sahaja di mansion milik Haze, Haze terus mencempung tubuh isterinya. Naia mengerutkan dahi sedikit apabila dirasakan tidurnya diganggu. Haze mencium sekilas dahi isterinya. Langkahnya disambung.

Naia diletakkan di atas katil. Haze mengelus rambut isterinya. Pipi Naia dicium sekilas. Kakinya terus melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan menukar pakaian. Selesai sahaja tubuhnya dibaringkan disebelah isterinya. Tubuh isterinya ditarik ke dalam pelukkan.

Naia meraba-raba ruang disebelahnya. Dahinya berkerut apabila merasakan suaminya tiada di sisi. Naia terus duduk, badannya diregangkan. Selepas itu kakinya melangkah masuk dalam bilik mandi.

Naia meyarungkan baju lengan panjang bersama seluar slack. Perfume disembur ke badan. Rambutnya diikat poni. Selesai sahaja Naia terus melangkah turun. Tiba di anak tangga terakhir barulah dia nampak wajah kacak suaminya.

"Morning my baby" Haze mendepakan tangan. Naia terus melangkah ke arah Haze. Tubuh suaminya dipeluk. Seperti biasa, Haze akan mencium dahi dan kening isterinya.

"Morning abang"

Deheman Alden menghentikan percintaan antara Naia dan Haze. Kacau je si Alden ni. Haze berdecit sebelum menjeling wajah Alden. Alden hanya tersengih.

HAZE'SWhere stories live. Discover now