Bab 3: Cedera

386 18 0
                                    

Maisarah menjenguk ke dorm sebelah. Apabila dia nampak Syafiqah keluar dari dorm dengan telekung, meluru dia kearah Syafiqah dan terus pegang tangan Syafiqah.

"Assalamualaikum selamat pagi! Lailahaillallah..." Maisarah goyangkan kepala kiri dan kanan sambil selawat. Tergelak Syafiqah bila Maisarah tiba-tiba selawat. Suara dia serupa macam nenek dalam Tiktok!

"Nanti kan dah siap solat, dah siap pakai baju awak tunggu saya boleh? Harini pengawas kena pakai baju sekolah jadi kena pakai vest tu. Lambat sikitlah..." Tanya Maisarah sambil muncungkan bibir. Syafiqah angguk kepala.

"Nanti saya tunggu tempat semalam."

"Tempat semalam?"

"Meja batu bawah lampu tulah."

"Ouh, baik!"

*************
Pagi perhimpunan, paginya lagi sukan. Disebabkan Maisarah dah pakai baju sekolah dia dah malas nak tukar baju sukan. Jadi dia hanya duduk tepi jadi penyokong. Terlompat-lompat dia menyokong kawan-kawan dia yang sedang main bola beracun.

"SYAFIQAH! GO! SYAFIQAH!"

"Apa yang susah sangat nak kalahkan dia ni?" Tanya Zamara yang sudah genggam bola sekuat hati. Syafiqah bukan main galak lompat. Disokong pula oleh Maisarah.

"Sebab ada orang sorak dia jadi sukalah." Kata Aisyah disebelah, menunjuk kearah Maisarah yang sampai terselak kain menyokong Syafiqah.

"Eh, sini bagi aku." Aina merampas bola ditangan Zamara dan dengan sekuat hati dia lempar kearah Syafiqah. Saat Syafiqah mahu mengelak, Ayuni membentes kakinya lalu dia jatuh terjelupuk atas tanah.

"Eh, oi!" Maisarah berlari kearah Ayuni dan tolak dia kasar. "Dia tak buat apa-apa pun kenapa kau bentes dia?!"

"Mana ada."

"Aku nampaklah! Ish, Syafiqah okey?" Maisarah duduk bertinggung sebelah Syafiqah. Apabila Syafiqah angkat muka, dagunya kelihatan berdarah malah seluarnya koyak bahagian lutut. Terbeliak mata Maisarah.

"Capika!"

******
"Ooo awak dah nampak macam gangster ada kapas dekat dagu." Kata Maisarah yang duduk melutut atas lantai sambil pegang lutut Syafiqah.

"Aduh, aduh!"

"Ah, maaf." Maisarah alihkan tangan dia. Cikgu rawat dagu tapi dia lupa rawat lutut sekali. Maisarah selongkar kotak kecemasan dan keluarkan plaster.

"Boleh buka seluar awak?" Pinta Maisarah.

"Buka seluar?"

"Maksud saya selak seluar ni ke atas saya nak tampal plaster!"

"Ah..." Syafiqah selak seluar dia keatas. Lututnya hanya calar tapi masih sakit. Sebelum tampal plaster, Maisarah sapu sedikit iodin barulah dia tampal plaster. Tersenyum Syafiqah sebab Maisarah comel sangat bila tampal plaster tu.

"Dah."

"Macam takde beza tapi terima kasih."

Maisarah ketap bibir. Dia peluk kaki Syafiqah erat. "Sedihnya! Kenapa diorang buat awak macamni? My cutie patootie got bullied again..."

"...entahlah."

Maisarah mencebik. Dia usap kaki Syafiqah yang berbulu halus itu. "Kaki awak ni macam takde bulu ek?"

"Adalah."

"Tapi halus je macam takde bulu. Bulu kaki saya lebat astaghfirullahalazim."

Syafiqah ketawa. Dia usap kepala Maisarah yang bertudung biru itu. "Saya taknak masuk kelas boleh...?"

"Boleh nanti saya bagitahu cikgu awak sakit."

"...saya taknak jumpa sesiapa pun. Saya malu."

Maisarah diam. Dia bangun dan melutut dihadapan Syafiqah lalu dipeluk Syafiqah erat. "...I understand."

Maisarah lepaskan pelukan. Dia tenung wajah Syafiqah lama sebelum dia cium bibir Syafiqah. Terbeliak mata Syafiqah. Ditolak bahu Maisarah dan lap bibir dia.

"Hey, apa ni?"

"Cium lah. Kan kita kan dah jadi girlfriend dan girlfriend?"

"Ermm..."

"Come on. Kiss me." Maisarah senyum. Dia muncungkan bibir dan pejam mata. Sabar dia menanti Syafiqah balas ciuman dia namun Syafiqah hanya letak tangan dia pada bibir Syafiqah. Itu pun Maisarah cium berulang kali sampai basah.

Aih.

"...awak ni peliklah."

"Saya tak pelik, saya cuma horny."

"Huh?"

"Maksud saya corny! Yang jagung...err..."

Syafiqah berkerut dahi. Dia usap pipi kuning langsat Maisarah kemudian tunduk kepala dengan pipi yang merah. Dia patut beritahu Maisarah perkara sebenar dari dulu lagi tapi sekarang semuanya sudah terlambat.

The Love Story isn't OursWhere stories live. Discover now