Bab 1

187 12 1
                                    

ANISS tertunduk merenung kasutnya. Bibirnya digigit kecil sebelum membuka mulut, "Awak.."

"Ya, kenapa?" Uwais yang sedang memakai kasut  mengangkat kepala memandang ke arah Aniss.

"Macam mana kalau ustaz Saiful tidak dikenakan apa-apa tindakan? Apa yang patut saya buat?" Soal Aniss. Kedengaran sayu suaranya. Hatinya gelisah sejak tadi. Dia sudah mula overthinking.

"Kita doa yang terbaik. Insyaallah Allah tolong kita. Kita berani kerana benar dan takut kerana salah," pujuk Uwais lembut. Tubir mata Aniss berkaca. Dia takut. Takut nasib tidak menyebelahinya. Dia trauma.

Ya, benar apa yang dikatakan Uwais namun jika takdir menentukan yang ustaz itu akan menang, bagaimana?

"Janganlah menangis, Aniss. Saya kan ada. I'll always stay by your side. Don't worry too much, okay?" Uwais cuba memujuk lagi. Aniss menyapu air matanya dengan kedua tapak tangannya. Cermin matanya dibetulkan.

Tidak lama kemudian, Aniss menguntumkan senyum nipis. Terasa sedikit lega dengan adanya Uwais disisinya.

"That's my girl. Macam itulah," ucap Uwais secara spontan dengan tersenyum manis. Tidak sedar dengan kespontanan itu.

"Siapa 'my girl'?" Aniss mengangkat kening sebelah. Mata dijengil kecil. Uwais menjeling ke tempat lain. Lehernya digosok perlahan. Terlepas pula!

Aniss ketawa kecil melihat Uwais yang malu-malu itu. Itu pun nak malu, bertanya aje.

Jam 11:30 pagi.

"Maaf menganggu. Perhatian kepada pelajar yang bernama Aniss Quela binti Azfar Qayyum, tingkatan 5A. Sila hadir ke pejabat sekarang,"

Pengunguman itu membuatkan hampir satu batch tertanya-tanya. Masakan tidak, Aniss Quela adalah pelajar terbaik dan bukan pelajar yang bermasalah. Mengapa pula dia dipanggil ke pejabat?

"Awak..." Aniss berbisik. Uwais tidak dengar namun perasan kewujudan Aniss disebelahnya. Uwais memandang Aniss.

"Temankan saya," ajak Aniss dengan suara yang perlahan. Uwais hanya mengangguk setuju.

Pelajar lelaki yang lain nampak kejadian itu memandang satu sama lain. Mereka perasan keakraban mereka berdua kebelakangan ini. Namun tidak tahu apa sebabnya.

"Cikgu, saya ikut dia, boleh?" pinta Uwais kepada guru yang sedang mengajar kelas mereka ketika itu. Guru itu berkerut tidak suka.

"Kenapa pula kamu nak ikut? Yang dipanggilkan dia seorang saja," soal guru itu sambil memeluk tubuh. Dia memandang mereka berdua atas bawah. Tak puas hati riak wajahnya.

"Please, cikgu. Saya memang kena temankan dia," rayu Uwais. Tidak tahu mengapa guru itu tidak menyukai mereka. Sudah lama sebenarnya.

"Cikgu, bagi ajela dia pergi. Dia tak ada bukannya kelas kena cancel," bidas Syakeer. Walaupun agak kasar sindirannya namun Uwais masih tersengih sambil memandang Syakeer. Thank you tho, Keer.

Guru itu mengeluh. "Hmm, pergilah." Sempat dia menjeling tajam mereka berdua. Uwais menunduk hormat pada guru dan Syakeer. Syakeer hanya mengangkat tangan dengan wajah kosong.

Lalu mereka berdua keluar dan menuju ke pejabat. Ini kali kedua Aniss menjejakkan kaki ke sini.

"Saya dah dengar penjelasan bagi kedua-dua pihak. Saya rasa semua ini hanya salah faham. Ustaz tersebut mengatakan yang dia tidak ada apa-apa perasaan pun pada kamu..."

"...Dan dia memang jenis yang suka ambil berat tentang pelajarnya. Dia juga mengatakan yang dia tidak pernah menyentuh fizikal kamu.."

"Adakah benar dia pernah menyentuh kamu?" Soal guru itu. Penjelasan itu langsung tidak memihak padanya.

Tubir mata Aniss sudah berair. Penglihatannya mula kabur kerana air mata menutupi anak matanya. Uwais sudah menggumpal penumbuknya. Dasar play victim. Ustaz itu provok!

"Tapi cikgu, Julia saksi. Dia ada bagitahu yang dia nampak ustaz sentuh Aniss, kan?" Jelas Uwais dengan sedikit menekan. Dia perlu tahan amarahnya.

"Tidaklah. Julia kata, dia tidak ada di situ. Dia tidak nampak apa-apa," balas guru itu.

Damn!

Rasa ditikam berkali-kali. Aniss akhirnya mengalirkan air mata yang sudah lama ditahan sejak tadi.

Uwais turut hampa dan wajahnya sedikit cerah berubah kemerahan menahan marah. Sakit hatinya mendengar jawapan guru itu. Tambahan pula, melihat air mata Aniss sudah mengalir deras.

"Cikgu rasa semua ini hanya salah faham. Jadi dia tidak boleh dikenakan tindakan." Putus guru itu lalu meninggalkan mereka berdua di luar pejabat.

Penglihatan Aniss menjadi gelap serta merta.

THIS IS LOVEWhere stories live. Discover now