ANISS tidak hadir ke sekolah sehingga hari Jumaat minggu itu. Uwais sedikit risau tentang kesihatan Aniss. Dia selalu menghubungi abah untuk mendapatkan khabar. Hendak chat Aniss namun takut mengganggu pula.
Di sekolah semua mempersoalkan mengapa wajah Uwais lebam-lebam. Namun Uwais lebih suka mendiamkan diri. Dan yang lebih bagus, mereka lebih tertarik dengan isu mengapa ustaz diberhentikan.
Uwais buat keputusan untuk melawat Aniss lepas balik sekolah hari ini. Selepas sahaja habis pdpc terus Uwais bergerak ke rumah Aniss. Dia minta alamat rumah dari abah.
"Assalamualaikum,"
Pintu dibuka oleh abah. Abah tersenyum sebelum menjawab salam lalu menjemput Uwais masuk.
"Aniss, ni Uwais datang. Keluar lah," Abah memanggil Aniss dari luar bilik.
Pintu dibuka. Aniss sudah kemas dengan memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat.
"Aniss seganlah, bah," jujur Aniss. Abah hanya mengusap kepala Aniss lalu melangkah ke ruang tamu. Aniss membontoti abah.
Wajah Uwais bersinar-sinar dapat berjumpa dengan Aniss. Rindu. Aik?
"Kenapa awak datang? Rindu ke?" Sakat Aniss bagi permulaan. Wajah Uwais sedikit memerah.
Abah dan Aniss perasan akan perubahan warna wajah Uwais itu. Abah dan Aniss berpandangan. Abah tersengih sambil mengangkat kening. Kali ini Aniss pula yang merona merah.
Sebab apa? Sebab sebelum ini abah pernah beritahu yang Uwais selalu cakap rindukan dia. Tapi Aniss cuba untuk tidak percaya.
Abah berdeham.
"Abah masuk dapur sekejap. Tengok apa yang ada. Kamu berdua sembang lah. Dah lama tidak jumpa, kan?" Kata abah dengan tersenyum bermakna. Bayang abah hilang.
Suasana kekok seketika. Senyap.
"Awak dah sihat ke?" Soal Uwais. Aniss beranikan diri pandang Uwais.
"Dah. Awak?" Aniss soal kembali.
"Dah baik sikit. Cuma itulah, lebam di lengan aje yang tinggal sebab dia pukul guna kerusi hari itu," panjang lebar Uwais membalas. Seronok bercerita pada Aniss.
Aniss terkedu. Kerusi? Sakit tu.
"Teruk ke? Saya nak tengok boleh?" Tanya Aniss prihatin buatkan hati Uwais tersentuh. Jantungnya pula buat kerja gila.
"Aniss nak tengok?"
"Haah. Tak boleh?" Soal Aniss polos. Uwais dalam hati, comelnya dia ni!
"Boleh." Uwais membuka bajunya. Terbuntang mata Aniss. Terus dia mengalihkan pandangannya.
"Kenapa awak buka baju?" Soal Aniss dengan suara yang bergetar. Malu!
"Err.. saya pakai dua lapis," jelas Uwais. Bertambah merah wajah Aniss apabila mendengar kenyataan itu. Apa yang dibayangkan pun tidak tahu. Aduh!
Aniss turunkan tangan yang menutupi wajahnya. Dia duduk di sofa yang dekat dengan Uwais. Aniss membelek-belek lengan Uwais yang nampak kebiru-biruan.
"Mesti sakit kan?"
"A little bit. But I did it for you. So, it wasn't so hurt," balas Uwais dengan nada romantik. Dia tersenyum bermakna.
Aniss terkelu. Tidak tahu mahu balas apa. Jantung tidak perlu kata, sudah seperti baru lepas berlari dua ratus meter.
"Kenapa awak datang balik sekolah hari itu?" Tanya Aniss kerana perasaan ingin tahunya tinggi. Perasaan tadi dibuang jauh-jauh.
"Saya tak sedap hati. Sebab itu saya patah balik. Saya bagitahu mama yang saya nak ambil barang di sekolah. Mama kata hari itu mungkin lambat sikit dinner nya sebab ada kerja."
"Lagi satu sebab saya dengar awak panggil nama saya." Kenyataan yang dijelaskan Uwais itu mengejutkan Aniss. Lagi. Sudah berapa banyak kali mereka ada instinct yang sama. Pelik.
"M.. macam mana?"
"Entah. Saya pun tak tahu. Mungkin takdir menyatukan kita," Lagi sekali keluar ayat manis dari mula Uwais. Dia tersengih.
"Err.. awak ni demam ke?" Soal Aniss pelik. Iyalah, sejak bila Uwais pandai berkata-kata ni? Uwais menggeleng yakin. Aniss hanya terkebil-kebil.
"Saya curious about something. Saya tanya awak ajelah. Boleh?" Aniss meminta izin. Sudah lama dia mahu tanya namun tidak terluah.
"Tanya lah," Uwais mempersilakan. Matanya tidak lepas memandang Aniss. Rindu katanya.
"Apa itu cinta?" Soalan itu dapat membuatkan Uwais terkedu.
"Awak nak tahu?" Aniss mengangguk laju. Jujur dia tidak pernah tahu macam mana perasaan cinta itu. Kalau setakat suka itu, tahulah. Tapi itu pun sekejap.
"Cinta itu, apabila awak rasa takut kehilangan seseorang itu. Awak selalu nak nampak dia gembira. Sakit bila dia sedih. Sayang yang tak boleh diungkapkan. Itu cinta bagi saya." Aniss diam. Khusyuk mendengar.
"Tapi, ia juga adalah satu perasaan yang akan buat awak tersakiti kalau kalah dengan perasaan itu sendiri," ayat terakhir itu membuatkan Aniss terkedu.
"Kalau menang?" Soal Aniss lagi. Banyak betul soalan dia.
"Kalau menang itu satu anugerah. Tak semua percintaan berjaya. Macam saya kalah. Tapi saya dah moved on. So, don't worry," balas Uwais dengan tenang. Aniss mengangguk-angguk.
"Kenapa pula saya nak risau? Itukan perasaan awak. Tak ada sesiapa boleh kawal kecuali awak sendiri," kata Aniss. Uwais hanya diam.
Ya. Tiada sesiapa boleh kawal selain diri sendiri.
"So, weekend ni jadi ye?" Uwais ubah topik. Aniss mengangguk laju.
"Baiklah. Esok saya datang ambil awak," ujar Uwais bersemangat. Aniss berkerut.
"Naik apa? Motor ke?" Aniss buat muka. Takkanlah dia nak naik motor berdua dengan Uwais? Tak manis nanti.
"Tak. Naik kereta," balas Uwais berwajah tenang. Aniss terkejut.
"Siapa drive?"
"Saya."
"Hah?" Terkejut beruk Aniss mendengar jawapan selamba Uwais. Uwais tersenyum senget. Yakin tahap ayah pin betul!
YOU ARE READING
THIS IS LOVE
RomanceKisah cinta sekolah menengah. Cliche, bukan? Mereka bertemu disebabkan satu kes yang agak melampau. "Saya minta maaf sebab tak tentu pasal awak kena jaga saya," Disebabkan seorang ustaz, mereka perlu menjaga satu sama lain. Atau lebih tepat Danish U...