"MANA Julia?" Uwais menyoal kasar sebaik sahaja menerjah masuk kelas 5B itu. Seisi kelas memandang satu sama lain. Mereka mula berbisik-bisik. Kes apa sampai Uwais nak jumpa Julia?
"Aku tanya, mana Julia?!" soalnya lagi dengan nada naik seoktaf. Terdiam semua.
"Julia pergi lari ke tandas rasanya selepas dia dengar awak cari dia." Seorang pelajar membuka mulut tentang perkara itu. Mungkin pelajar itu tahu yang Julia cuba lari. Gosip cepat tersebar, berapa saat saja satu sekolah boleh tahu.
Uwais berdengus kecil. Nak lari rupanya perempuan ni!
"Okay, thanks," ucap Uwais lalu melangkah pergi. Senyuman tidak sempat dikuntumkan. Bukan masanya untuk senyum.
"Babe.. aku bercakap dengan Uwais! Oh my god! " menggeletis gadis tadi. Rakannya hanya menggeleng pasrah melihat rakannya yang terlalu teruja.
Siapa saja yang tidak teruja apabila dapat bercakap dengan Uwais? Uwais merupakan pelajar tokoh. Team bola tampar. Segak pula tu! Memang semua excited lah jawabnya.
Uwais duduk di tangga sementara menunggu Julia keluar. Sudah dekat lima minit dia menunggu. Namun nampaknya seperti tiada hasil.
Tiba-tiba seorang gadis berlalu untuk pergi ke tandas. Tidak silap, Allanis nama dia. Uwais menahannya untuk meminta bantuan segera.
"Allanis, tolong saya boleh?"
"Tolong apa?" tanya Allanis bersahaja. Tidak bernada. Allanis memang bersikap begini jika dengan semua orang kecuali dengan Ayyaz.
"Tolong cakap dekat Julia yang saya dah masuk kelas dan tak cari dia dah. Cakap saya dah masuk kelas," jelas Uwais. Allanis curiga namun hanya mengangguk. Bukan masalah dia.
Di dalam tandas.
"Julia, kau di dalam?"
Tiada balasan.
"Julia?"
"Hmm.. kenapa?" Julia membalas setelah lama membisu. Nasib waktu ini hanya dia dan Allanis sahaja di tandas. Tak adalah terkantoi.
"Oh, orang yang cari kau tu dah blah dah. Dia dah masuk kelas," kata Allanis tanpa teragak-agak. Tiada bunyi seperti menipu.
"Seriously? Betul ke?" Julia sedikit lega. Namun Julia masih teragak-agak.
"Betul. Kau nak aku tendang pintu bilik air ni dulu ke, baru nak keluar?" Allanis mengeluarkan aura tegasnya.
"Ish.. yalah." Julia pasrah.
Julia keluar. Baru sahaja hendak turun tangga, tiba-tiba terserempak dengan Uwais. Dalam hati Julia sudah memaki seranah Allanis. Dia tipu aku ke?
Mata Uwais mencerlung tajam memandang Julia. Perlahan-lahan Julia mengangkat kaki mengundur selangkah.
"Kau jangan nak lari." Uwais memberi amaran. Tidak berbudi bahasa sudah Uwais apabila dia dalam keadaan marah.
Akhirnya Julia menyerah diri. Jantung tidak perlu kata. Rasa nak tercabut sebab takut.
"Kenapa kau tak cakap apa yang kau nampak beberapa hari lepas? Kenapa kau menipu?" Soal Uwais bertubi-tubi. Marah.
"A..aku.." tersekat-sekat percakapan Julia.
"Aku apa?!" Uwais tidak dapat bersabar. Akibat terkejut, terus lancar percakapan Julia.
"Aku tak nak kena benda yang sama!" Jelas Julia dengan sedikit terjerit. Air matanya mula menitis. Uwais sedikit terkedu mendengar alasan Julia itu. Dia mengeluh kecil.
"Di.. dia ugut aku. Dia kata kalau aku bagitahu nanti aku pun akan terima nasib yang sama. Aku tak nak. Aku takut," sambung Julia. Air matanya mengalir seperti air terjun apabila teringat wajah lelaki yang menakutkan itu.
Uwais menyelak rambutnya kebelakang. Dia mengeluh berat. Aku nak SPM, macam-macam pula ujian!
"Uwais, aku minta maaf. Tak ada niat pun nak khianat kau orang. Aku nak minta maaf dekat Aniss tapi aku takut. Kau tolong sampaikan, boleh?" ujar Julia lagi dengan mengelap kesan air matanya. Masih tersedu sedan.
"Kenapa kau tidak bagitahu awal-awal? Kau tahu bahaya, kan. Ustaz tu dah melampau. Ini sexual harassment namanya!" Uwais mula rasa nak mengamuk. Membara-bara api kemarahannya.
"Aku minta maaf," pohon Julia sekali lagi sambil tertunduk. Dia tak mampu nak lakukan apa-apa selain tutup mulut daripada merepot.
"Dahlah. Aku maafkan kau. Pasal Aniss kau jangan risau. Aku rasa dia faham kalau dia dengar cerita ini," ujar Uwais mendatar. Kedengaran beberapa kali Uwais mengeluh berat.
Julia menghembus nafas lega. Setelah itu, Uwais bertemu dengan Aniss untuk memberitahu hal itu.
"Semua faham?" Tanya Saiful, ustaz bagi matapelajaran Pendidikan Islam. Ya, dia ustaz yang dikatakan Aniss itu.
Semua memberikan respon faham kecuali Aniss yang hanya menunduk memandang buku. Boleh tembus rasanya kalau diikutkan berapa lama Aniss hanya memandang buku.
Terasa setiap kali air peluh yang mengalir di tubuhnya. Dia gementar. Takut. Marah. Semua perasaan itu bercampur baur.
Terkoyak segaris senyuman dibibir Saiful. Dalam matanya penuh dengan baraan api yang membara apabila memandang Aniss. Nafsu.
Uwais nampak akan setiap tindak tanduk ustaz Saiful itu. Mereka hanya memerhati tanpa membuka mulut. Baru sahaja kaki ustaz itu mahu melangkah ke meja Aniss, Syakeer bersuara.
"Ustaz! Kalau tak mandi wajib lepas berjunub sah tak solat?" Syakeer merasakan itu adalah soalan paling bodoh dia pernah ajukan. Rasa nak hantuk kepala sendiri ke dinding. Serta merta perhatian Saiful beralih pada Syakeer.
"Sudah tentu lah tidak, Syakeer. Selama ini kamu buat kamu tak mandi wajib ke?" Soal Saiful sambil tersenyum sinis. Syakeer dalam hati sudah memaki seranah diri sendiri.
Syakeer menggaru-garu kepalanya. Buat muka tak bersalah. Satu kelas ketawa mendengar soalan yang diajukan oleh Syakeer.
Pada masa yang sama terbantut niat ustaz Saiful untuk pergi ke meja Aniss apabila..
Kring!
Loceng berbunyi tepat pada masanya. Tanpa sedar Aniss tersenyum lega. Lega sangat!
Seusai memberi salam, semua mengemas meja untuk pulang. Ada yang sudah bersalaman sesama sendiri. Ada yang mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan masing-masing. Macam esok tak berjumpa gayanya!
"Uwais, nanti lepas semua dah keluar. Tutup pintu." Tidak tahu kenapa itu yang telinga Aniss tertangkap. Secara automatik Aniss menoleh pada Uwais. Tinggal mereka berdua sahaja di dalam kelas. Syakeer sudah tinggal bayang-bayang.
Merasakan ada yang memandang, Uwais menoleh. Mata mereka bertembung. Aniss terkelu seketika.
"Dah siap kemas ke? Kalau dah jom balik," ajak Uwais bagi menghilangkan rasa janggal. Aniss tersengih.
"D.. dah. Jom!"
Kaki baru sahaja ingin melangkah keluar, tiba-tiba mereka berdua ditegur.
YOU ARE READING
THIS IS LOVE
RomanceKisah cinta sekolah menengah. Cliche, bukan? Mereka bertemu disebabkan satu kes yang agak melampau. "Saya minta maaf sebab tak tentu pasal awak kena jaga saya," Disebabkan seorang ustaz, mereka perlu menjaga satu sama lain. Atau lebih tepat Danish U...