03

31 0 0
                                    

Setelah kejadian malam itu setiap hari Angel akan ke kelas Luth Iman untuk menghantar Muffin yang di buat sendiri olehnya dan disertakan sekeping surat.

Harini ini merupakan hari yang paling germbira buat seorang Angelina Louise . kenapa gembira ? sebab harini beliau buat satu kek coklat Cadbury dan satu surat selamat tinggal untuk Luth Iman . Dalam surat itu ada seutas rantai yang mana loket itu bernama ANGEL .

setiap hari akan ada saja celoteh untuk kacau seorang Luth Iman setiap hari memang akan ada gangguan hidup bagi Luth Iman.

setiba sahaja Angelina di kelas terus dia pergi ke arah Hany yang tengah sedih gayanya .

" weyh aku nak cakap something ni " sedih suara Hany

" kenapa tu "

" aku kena balik Australia minggu depan hari jumaat " kata Hany

" aku akan balik German tiga hari lagi mummy daddy aku dah hantar barang ke sana dan aku yang minta untuk stay sini 3 hari lagi untuk ucapkan selamat tinggal dekat someone " ujar Angelina

" nanti kalau masing - masing dah besar kita jumpa la tau mana tahu kau kawin dulu ke " usik Angelina untuk hilangkan rasa sedih

siapa sangka hanya 7 bulan sahaja menetap di bumi Malaysia dan lagi 3 hari akan balik ke Negara asal . yang paling sedih terpaksa tinggalkan kawan baik yang satu kepala .

" kau dah bagi tahu ke dekat abang form 5 tu yang kau akan pindah " Tanya Hany

" balik nanti kita jumpa dia nak aku nak cakap yang aku ada dekat sini lagi 3 hari " ucap Angelina

Persekolahan berlalu seperti biasa dan harini terdetik hati seorang Angelina ingin berjumpa dengan si ' someone ' untuk beritahu bahawa dia akan balik German nanti .

Tetapi semua itu sia - sia sahaja bila mana Halwa mata melihat Luth Iman buang Kek coklat Cadbury yang dia buat pagi tadi .

serta merta halwa telinga disambut dengan ayat mematikan kata setra retakkan hati seorang Angelina yang taruhkan perasaan terhadap dirinya

" kenapa kau buang ? kau kalau taknak bagi aku je . " Tegur Haikal

" Aku tak suka coklat jadi aku buang lah lagi pun aku tengok macam tak sedap je sape je nak makan kalau rupa kek tu meriah macam takdak hari esok " jawab Luth Iman

hancur berkecai hatinya dan gugur jua mutiara yang kian bertakung di kelopak mata .

Haikal dan Luth Iman berjalan . sambil itu Luth Iman sedang membaca komik tiba - tiba langkahnya terhenti akibat Haikal tahan langkahnya .

" apahal kau berhenti gila kalah tersembam macam mana " bahu Haikal di tepuk dan matanya pelik kenapa Haikal masih terkaku disitu.

setelah kepala Luth Iman berpusing alangkah terkejutnya dia dengan kehadiran budak comot tu .

" sampai hati ya awak buang makanan yang saya buat untuk awak depan mata saya . Jiak saya tahu macam ni perangai awak saya takkan sesekali dekat dengan awak " sembur Angelina sambil sapu airmata yang masih berbaki

" awak dah buang kek tu dan awak hina lagi kek tu awak tahu tak awak cakap macam tu seolanh - olah awak cakao dekat saya " sambungnya lagi

serba salah , terkaku , terkejut dan tergamam akibat semburan yang diberi . dia tidak pernah nampak sosok tubuh Angelina yang sedih melampau dan harini dia berpeluang melihat muka merah itu .

Hatinya terasa amat sakit sehingga dia amik keputusan untuk beredar dari situ . lebih baik dia pendam sahaja perasaan suka terhadap Luth Iman.

setiba dia di rumah dia hanya berkurung dalam bilik . petang tidak keluar , sekolah tidak pergi . semuanya terasa seperti pasir sahaja masa yang dia lalui

CAPTAIN LUTH IMAN: I'M THE SINPER AND HIS MI AMOR Where stories live. Discover now