Chapter five

1.1K 130 16
                                        

"AKU dah sampai. Korang tunggu kat mana?" Ucap Acha sembari mematikan enjin vespa tuanya. Pandangan Acha langsung disapa dengan susuk tubuh Puan Marissa dan Qadree di muka pintu utama. Agak jauh berjarak dengan kedudukannya tuka ini. Terdapat beberapa tetamu yang sudah berada disitu. Majoriti, orang dewasa kerana majlis diadakan adalah majlis ulang tahun kedua orang tua Noah Armani.

Kedua figura tersebut kelihatan sedang berbicara, tidak hanya mulut- tangan Puan Marissa turut bergerak. Mencubit cubit tubuh anak lelakinya- Nawal Qadree. Geram mungkin, pasti adalah perangai tak semengah Qadree sehingga mendapat cubitan exclusive.

"Kiyowo, (comel)" Spontan Acha.

Gadis berbaju kurung putih itu, sudah berdiri di samping Vespa miliknya. Sebelah tangan membimbit hadiah ulang tahun, sebelah lagi memegang telefon bimbit kerana ingin memaklumkan Lala Juwita bahawa dia sudah sampai dirumah kediaman keluarga kekasihnya, Noah Armani.

Ceh! kekasih sangat,

Tut.. Tut..

Dahi berkerut. Bunyi itu datangnya dari objek ditepi telinganya. Kaki yang baru saja melangkah setapak, berhenti ditempatnya. Dijatuhkan telefon bimbit ke depan muka. Padam. Refleks terlepas helaan nafas berat Acha.

"Battery dying,"

Pasrah.

Acha melanjutkan langkahnya kembali. Senyuman manis disediakan, agar terlihat manis di depan bakal mak mertua- eh! doakanlah, manatahu masin..

Tiba saja Acha. Dia langsung disapa mesra oleh Qadree. Begitu juga Puan Marissa. Ramah sungguh. Kedua keduanya menyapa dengan senyuman indah.

Qadree menilik penampilan Acha lalu berkata, "Eh! Eh! Pakai baju putih ni, nak nikah ke?"

Puan Marissa langsung menyiku perut Qadree sambil membesarkan bola mata. Ketawa. Ada ada saja anak terunanya bila mengusik Azfa Natasha. Automatik senyuman gadis itu berubah. Dari manis kepada senyuman kekok. Segan mungkin, duga Puan Marissa.

Qadree sudah tersenyum senyum. Hobi mengusik Acha, tona muka Azfa Natasha berubah macam udang kena panggang. Merah betul muka. Mata dikenyitkan sekali dan bersuara lagi.

"I've to go, kena bantu papa. Bye.. bye, cacanya Noah!" Qadree melambaikan tangan kepada Acha dan berlalu pergi. Sempat terlompat kecil, kerana mengelak dari kena cubitan ketam Alaska dari tangan mamanya. Ngeri. Mujur sempat elak! Hahaha.

Acha hanya membalas lambaian Qadree dengan ala kadar. Kalau mama dia takde, memang aku pijak pijak mulut tu! Hilang saja bayang Qadree, Acha terus mendekat kepada wanita kesayangan Noah Armani. Dicapai tangan Puan Marissa lalu dikucup hormat.

"Aunty Rissa, sihat?" Soal Acha sekadar ingin tahu.

Puan Marissa mengangguk lembut, "Alhamdulillah sihat. Ibu mana? datang sorang je?"

Hadiah ulang tahun yang Acha bawa dari rumah, bertukar tangan. Di sambut lembut dengan wanita itu, terpersona Acha melihat kecantikkan alami ibu kepada Noah Armani.

Neutral cantik. Outfit yang wanita itu kenakan, cukup simple tapi nampak elegant dan classy ditubuhnya. Kalau tak salah, Noah pernah beritahu yang mama dia bekerjaya sebagai fashion designer. Jadi tidak mustahil jika fashion yang beliau kenakan nampak mahal dan mempunyai aura tersendiri. Sama seperti Noah dan adik beradiknya yang lain. Pakai simple macam mana pun, masih boleh tangkap gambar lawa lawa. Lainlah aku, kalau tak bersiap macam gelandangan.

Acha menjawab soalan Puan Marissa. "Sihat. Ibu Acha minta sampaikan salam dengan Aunty. Tak dapat datang sebab ibu tak berapa sihat, kaki lenguh nak keluar lama lama."

LA LA ONETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang