6

74 17 2
                                    

Rizq

"Weh, Rizq.. kau dapat tak soalan nombor tujuh ni ?" soal Faris.

"Dapat"

"Apa jawapan dia ?" soal Faris sambil meninjau modul Rizq.

"C. 78.53 N"

Kemudian Faris sambung membuat tugasannya. Tidak dinafikan, kelas tambahan fizik pada waktu petang memang patut dibatalkan.

Ramai pelajar yang tersengguk-sengguk ketika menjawab soalan. Bila disergah guru, pandai pula menjawab sedang berzikir. Haihlah pelajar zaman sekarang.

Rizq meletakkan pen. Kelihatan seperti dia seorang sahaja yang sudah menyiapkan latihan. Dia melihat sekeliling mana tahu ada yang sudah siap juga.

'Oh.. dia pun dah siap'

Rizq tersenyum sendiri seperti kerang busuk sambil menjeling Aralyn yang tidur. Tahulah dia apabila Aralyn tidur bermakna gadis itu sudah siap menjawab soalan.

"Faris, kau dah siap ke ?" soal Rizq memandang Faris yang baru sahaja meletakkan pen.

"Baru siap.. fuhh, lenguh jari aku" rungut Faris.

Rizq memandang Faris lama sebelum bertanya soalan.

"Weh.. kenapa korang panggil dia Dora ?" soal Rizq sambil bermain dengan pen.

"Kau tengoklah rambut dia tu.."

Rizq memandang ke arah Aralyn yang sedang lena dibuai mimpi. Kaca matanya di tanggal dan diletakkan di sisi.

"Tak macam Dora pun aku tengok.. macam Edna adalah" Rizq ketawa kecil.

"Edna ? Edna mana ni ?" Faris menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Edna The Incredibles.."

Faris termenung sejenak. Mungkin sedang menyelongkar benaknya memanggil kembali memorinya tentang kartun The Incredibles.

"Eee.. jahat doh kau" giliran Faris pula yang ketawa.

"Tak.. kau tengok eh, Edna pakai spec bingkai hitam, rambut pendek.. badan dia pun pendek. Accurate kan ?"

Faris hanya ketawa mendengar fakta yang diberikan oleh Rizq sebentar tadi. Ada betulnya juga.

"Yang kat belakang tu dah siap ke ? Gelak-gelak macam beruk mak yeh"

"Dah cikgu !"

Serentak Rizq dan Faris menjawab. Tahu panik.

🎀

Aralyn

"Haih.. penatnya. Badan penat, otak penat.. " Aralyn baring seketika di atas katil sambil membuang pandangan ke siling.

Dia kemudian bangkit dari perbaringan dan masuk ke kamar mandi untuk menyegarkan tubuhnya yang lesu. Selesai sahaja mandi, Aralyn langsung ke almari baju. Dia hanya memakai baju kelawar senteng dengan tuala kecil di kepala membaluti rambutnya yang basah.

Perutnya berkeroncong memainkan lagu metal. Aralyn memulas tombol pintu untuk turun ke bawah mencari makanan.

Aralyn menyanyikan lagu Dondang Sayang sambil menyelongkar peti sejuk seperti tidak makan setahun.

"Apa tu ? Mochi ke tu ? MOCHI KE TU ??!!" Aralyn meloncat-loncat seperti beruk.

Dia gembira melihat makanan kegemarannya aman di dalam peti sejuk.

"Mampus kau, Nopal.. memang tak aku nak tinggalkan kau mochi ni.. muehehehe"

Aralyn menyumbat mochi ke dalam mulutnya sambil mengambil sebekas mochi untuk dibawa naik ke bilik.

Saat dia menutup pintu peti sejuk, muka Raykarl terpampang di hadapannya sambil memegang mug. Aralyn tersedak mochi yang dipudat ke dalam mulutnya tadi.

Tanpa berfikir panjang, Aralyn terus memecut laju mendaki tangga menuju ke bilik. Berdegup kencang jantungnya.

"Time aku selekehlah kau nak muncul out of nowhere kan ?" rungut Aralyn.

Dia menukar bajunya sebelum masuk ke bilik Naufal. Sempat dijenguknya Raykarl yang sedang membancuh air. Manalah tahu tiba-tiba Raykarl sudah berada di dalam bilik abangnya. Naya dibuatnya.

"Weh, mak mana ?"

"Lepak rumah Makcik Milah" jawab Naufal langsung tidak lepas pandangannya pada skrin komputer.

"Apahal Raykarl ada dalam rumah kita ?" soal Aralyn separa berbisik.

"Lepak ah.. apa lagi ? Dah dia member aku, suka hatilah aku nak bawa dia balik rumah. Bukan betina pun si Raykarl tu" jawab Naufal matanya masih tertancap pada skrin komputer.

"Aduu.. kau pahal suruh dia turun bawah buat air sendiri ?" soal Aralyn.

Sebenarnya dia geram bercampur malu. Sudahlah pakaiannya tidak ubah seperti bibik terserempak pula dengan Raykarl. Ini semua salah Naufal.

"Dah dia haus.. aku suruh la dia bancuh air sendiri" jawab Naufal bersahaja.

"Kau tuan rumahkan ? Buat la air untuk dia"

"Tak, kau apa masalah kau ni ? Kau ni daripada tadi tau! Susah sangat, kau je la pergi buatkan air untuk dia. Kau pun tuan rumah juga. Sibuk sangat.. pahal kau suka dia ke ?"

"Eee.. diam ah kau! Mampus ah nak suka ke apa ke" Aralyn merengus kasar sambil memulas tombol pintu bilik Naufal untuk keluar.

"Cakap je lah kau suka si Raykarl tu!" sengaja Naufal meninggikan suaranya.

Aralyn keluar dari bilik Naufal tetapi sekali lagi terserempak dengan Raykarl di muka pintu sambil memegang mug berisi air Nescafe.

Aralyn terdiam, terkejut lalu terkentut sebelum cepat-cepat berlari ke biliknya (gurau je dia tak kentut pun).

"Sial punya Nopal.. agak-agak mamat tu dengar tak ? Haih.."

Aralyn's Normal LifeWhere stories live. Discover now