8

101 17 2
                                    

Rizq

imbas kembali

' 3 '

Itulah nombor yang dilihatnya selepas membuka kertas cabutan nombor tempat duduk. Kemudian dia melihat ke arah Aralyn.

'Aduh.. budak pendek ni nombor tujuh lah pulak'

Rizq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menggigit bibirnya. Ini tidak boleh jadi. Dia mesti duduk di sebelah Aralyn.

Dia memandang semula ke arah Aralyn. Kemudian dia terlihat kelibat lelaki yang hampir menarik kerusi untuk mengambil tempat di sebelah Aralyn.

Dengan kelajuan cahaya tanpa bunyi derap tapak kaki, Rizq menarik lelaki tersebut ke belakang menjauhi tempat duduk sebelah Aralyn. Katanya mahu berbincang.

"Fahmi, kau nombor berapa ?" soal Rizq.

"Tujuh"

"Nak tukar ? Aku duduk sebelah Marissa" Rizq cuba memancing Fahmi.

"Kenapa kau tak nak duduk sebelah Marissa ? Tu Marissa kot.. semua orang nak duduk sebelah dia. Kenapa kau tak nak ?" soal Fahmi curiga.

'Banyak bunyi pula mamat ni'

"Sebab aku tak nak orang ship aku dengan Marissa" jawab Rizq.

Sumpah acah handsome.

"Ke kau ada-" belum sempat Fahmi menghabiskan ayatnya Rizq memotong ayatnya.

"Kau nak ke tak nak ? Kalau kau tak nak, aku offer kat orang lain" Rizq merengus dan mengangkat kaki acah mahu berjalan ke orang lain.

"Eh.. nak! Ambil ni.. bagi aku duduk sebelah Marissa" jawabnya sambil memegang bahu Rizq.

Pucuk dicita ulam mendatang. Rizq cuba menyorok senyumannya. Dia hanya mampu bersorak dan meloncat dalam hati.

'Yes !'

;

Tok! Tok! Tok!

Pintu kelas diketuk.

"Selamat sejahtera cikgu, saya ada pengunguman" kata pelajar yang barusan mengetuk pintu.

"Silakan" balas Cikgu Mira.

Pelajar tadi masuk dan menampal poster di papan kenyataan kelas sebelum menyampaikan pesanan.

"Kelas 5-1 telah dipilih untuk membuat persembahan teater tahun ini, jadi anda semua tiada pilihan selain menyertai persembahan ini. Peserta yang terpilih sila beri nama pada saya selewat-lewatnya besok"

"Kenapa tak pilih kelas 5-3 je ? Kelas sains mana buat performance" sahut pelajar lain.

Pelajar tadi hanya tersenyum seolah-olah menyeringai menahan sabar.

"Kelas 5-3 dah dua tahun buat performance, jadi tahun ini kelas 5-1 pula. Jadi, 11 orang pelajar yang terpilih sila datang ke bilik kelab teater pada pukul 2.30 pm."

"Kenapa tak su–"

Belum sempat pelajar itu menghabiskan ayat, pelajar tadi sudah menyapa manis Cikgu Mira meminta pamit sebelum beredar dari kelas.

Kelas 5-1 bising. Semua pelajar bersungut tidak mahu menyertai persembahan.

"Cikgu, kelas kita dahla 16 orang je.. jadi, lebih dari separuh yang kena join"

"Cikgu, kita ni kelas sains mana pandai berdrama ni.. belajar boleh la"

"Cikgu, kelas kita ni dahlah banyak subjek.. homework banyak.. bagilah kelas lain buat. Diorang bukannya banyak beban sangat pun"

"Cikgu, apa salahnya kelas 5-3 tu yang buat untuk tahun ke tiga ? Kelas diorangkan power bab ni"

Cikgu Mira bengang. Semua orang memanggilnya dan bersungut. Otaknya berserabut.

"Semua diam ! Cikgu tak kira, kelas kita tahun ni kena juga sertai ! Muktamad ! Jadi siapa yang nak sila tulis nama di hadapan sekali dengan watak yang awak nak"

Semua orang akur dan mengeluh. Tentu sekali semua orang berpusu-pusu untuk merebut watak yang senang dibawa. Tinggallah dua watak utama yang tiada siapa berani untuk mengambilnya.

"Jadi siapa nak jadi watak utama ?" soal Cikgu Mira.

Semua menunduk. Diam seribu bahasa.

"Saya"

Rizq mengangkat tangan. Dengan rela hati menawarkan diri sendiri untuk memegang watak utama.

"Okay watak heroin ? Ada sesiapa yang berminat ?"

"Cikgu, biar saya yang pilih siapa heroin saya"

Kemudian dia datang di hadapan untuk menulis nama dan juga nama heroin yang dipilihnya. Setelah selesai dia kembali ke tempat duduknya sambil menjeling Aralyn yang sedang lena sebelahnya.

'My cute little heroine'

Aralyn's Normal LifeWhere stories live. Discover now