2

3.1K 70 0
                                    

"Bye, jangan lupa tampal kertas tu okey"pinta Aisyah. Salah seorang kakak senior Amylia. Selesai berjabat tangan dia melangkah keluar dari bilik MPP bersama-sama Farie, rakan setugasnya bagi minggu itu.

"Nak balik terus ke?"soal Amylia kepada Farie.

"Balik jelah. Far lapar ni."balas Farie sambil mengusap-usap perutnya. Mereka hanya tertawa kecil. Dia juga sangat lapar daripada tadi. Tidak sangka pula dia meeting hari ini sampai pukul tujuh malam. Mereka terus jalan beriringan sehingga sampai ke kolej kediaman. Hari ini sahaja sudah sehari suntuk mereka berada di luar menguruskan sedikit urusan penting. Dua tiga hari ini dia sering keluar pagi dan pulang pula tengah-tengah malam. Masuk sahaja di dalam kamar dia melihat satu bungkusan beg di hadapan almarinya. Dari situ dia sudah dapat mengagak bahawa beg itu empunya Irdina. Dia yakin Irdina dan dua orang lagi rakan sebiliknya akan meninggalkannya malam ini. Seperti hari-hari cuti yang biasa. Meninggalkan dia seorang diri di dalam bilik itu.

Sesampai dibilik, dia tidak terus menanggalkan tudung yang dipakai. Sebaliknya terus menampal poster-poster program yang dikendalikannya dalam masa terdekat ini. Dia menampal dua kertas poster bersaiz A4 ditingkatnya terlebih dahulu sebelum naik ke tingkat seterusnya.

"Apa tu weh?"soal seseorang dari arah belakang. Ternyata itu ialah Bella, salah seorang kawan yang bukan berasal daripada kelasnya. Penglibatannya yang aktif dalam berpesatuan membuatkan orang-orang sekeliling lebih mengenalinya dekat walaupun mereka bukan rakan sekelas.

"Program Eskep. Datanglah"balas Amylia ringkas. Walaupun penat tetapi dia cuba sedaya upaya menjawabnya. Badannya terasa gemalai. Ikutkan kudrat memang dia sudah tak daya, namun digagahinya juga.

"Ouh.... Khusus untuk bebudak part 1 kan,"katanya sekaligus memulakan bicara.

"Ha ah. Khusus untuk part 1. Tapi dialu2kan je kalau nak datang."respon Amylia sambil tersenyum hambar. Bella sekadar mengiakan. Masing-masing meminta diri setelah melihat awan yang semakin bersembunyi dibalik kegelapan malam. Dari jauh Irdina memerhati sahaja kemesraan antara Amylia dengan Bella. Sangkanya, Bella tidak mengenali Amylia, kerana mereka tidak sekelas. Tetapi sangkaannya meleset. Pelik juga dia mengapa Amylia dikenali ramai orang. Bahkan kawan-kawan sekelasnya hampir mengenali diri Amylia. Sebut sahaja nama Lia, semuanya kenal. Dia mula curiga. Mungkin sebelum ini dia tinggal dirumah sewa. Jadi apa- apa aktiviti di dalam UiTM ini kurang mendapat tempat dihatinya sekaligus membuatkannya menjadi serba sedikit seperti katak di bawah tempurung.

"Auch!"Irdina mengerang kesakitan.

"Jangan manja sangat boleh tak?"Amylia menyinga. Sudahlah dia sudah lambat untuk menunaikan kewajipan solat maghrib. Si Irdina pula bukan main mahu mencari pasal dengannya.

"Kau ni dah langgar orang tak reti mintak maaf pulak"Perli Irdina. Dia memang sengaja membuat perilaku begitu. Dia faham Amylia sedang tergesa-gesa. Memang itulah saat yang dia nantikan. Nanti kau!

**

"Ika! Ika mana kau ni. Cepatlah"marah Irdina. Dia merampas lighter milik Ika dengan pantas.

"Cepatlah aku nak tengok jadi apa kat tudung dia ni"ujar Aini pula. Hisy, tak menyabar betul. Nantilah jap.

Beberapa saat kemudian Irdina menyalakan api lalu menghalakan kearah tudung yang diseterika oleh Amylia tadi. Habis separuh daripada kain tudung berbidangkan 50 itu hangit dan dimakan api. Dia tersenyum puas. Memang dia sengaja membuat onar. Aini dan Ika sudah kelihatan mengekek ketawa. Itulah, sombong sangat! Amik kau. Hari itu ternyata menjadi hari kemenangan milik mereka. Sesuai seperti apa yang direncanakan, Amylia sangat sakit hati diperlaku sebegitu rupa. Jauh disudut hatinya mahu membalas semua perilaku tidak senonoh Irdina, tetapi dia masih punya banyak perkara yang perlu diselesaikandaripada menghadapi manusia yang dianggap tidam matang seperti Irdina. Dia sekadar merengus kasar.

K.I.T.ATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang