BAB 9 : FACEBOOK

5.8K 33 0
                                    




Facebook, salah satu medium media social, satu wadah yang sangat popular ketika ini, sejak diperkenalkan pada 4 Februari 2004, lebih 10 tahun yang lalu, ia menjadi satu perantara kepada pengguna Internet dalam meluaskan jalinan sosial mereka. Majoriti masyarakat Malaysia memiliki akaun Facebook mereka sendiri, tanpa mengira bangsa dan jantina mahupun peringkat umur. Pelbagai info juga dapat diperolehi dari facebook, bukan hanya setakat menambahkan kenalan. Facebook tercipta dari ilham Zuckerberg, pelajar tahun kedua di Harvard pada masa itu, menulis perisian untuk laman web yang dikenali sebagai Facemash, bersama rakan sekelas Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz, dan Chris Hughes. Pada 4 Februari 2004, Zuckerberg melancarkan laman web baru bernama "TheFacebook." Dia menamakan laman web itu selepas direktori yang diserahkan kepada pelajar universiti untuk membantu mereka untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Keahlian ke laman web ini pada mulanya terhad kepada pelajar Harvard. Pada bulan September 2006, Facebook mengumumkan bahawa sesiapa yang berusia sekurang-kurangnya dan mempunyai alamat e-mel yang sah boleh menyertai. Menjelang tahun 2009, ia telah menjadi perkhidmatan rangkaian sosial yang paling banyak digunakan di dunia.


Perkenalanku dengan Cikgu Siti Noramalia bermula dengan Facebook, kebetulan kami sama-sama 'join group' yang sama iaitu group Rumahku Syurgaku, yang berkisar tentang kehidupan berumahtangga, petua, info dan lain-lain yang berkaitan termasuk hubungan suami isteri dan kekeluargaan. Detik perkenalan aku dengan dia berputik apabila aku post kan pendapat aku tentang perlunya tolerani dan persefahaman dalam hubungan suami isteri dan cara menghadapi situasi sekiranya suami atau isteri berlaku curang. Aku tuliskan berdasarkan pengalaman aku menangani isu yang pernah timbul ketika mana aku mendapat tahu yang isteriku curang dengan sepupunya. Namun, aku tidak menceritakan secara detail hal tersebut, hanya sepintas lalu. Maka, ramailah yang komen bersetuju dan tidak bersetuju dengan apa yang aku tulis, dan setiap komen tersebut, aku balas dengan memberikan rasional aku sendiri. Aku juga kaitkan kisah Cikgu Suriani dan Adnan bagi menyokong fakta penulisan aku itu jika ada yang mengaitkan tentang kecurangan suami.


Dalam banyak-komen itu, aku terperhatikan sutau komen yang agak emosional dan aku dapat jangkakan dia mengalami situasi tersebut berdasarkan gaya penulisannya pada setiap komen yang dibalas. Aku pula membalas penuh berhemah dan bersifat gentleman tanpa memihak pada sesiapa, secara umumya aku menasihati dengan cara yang baik. Melihatkan keadaan itu, aku memberanikan diri "PM tepi" padanya, yang ketika itu menggunakan nick name "Pasrah Tanpa Rela".


"Assalamualaikum Puan, maaf kiranya kehadiran msg ini menganggu Puan. Nama saya Badrul Hisham, saya terpanggil untuk msg Puan setelah melihatkan komen-komen reply puan pada post saya di Group Rumahku Syurgaku itu. Saya suka cara Puan reply komen-komen yang ada, saya menyokong apa yang Puan perkatakan. Saya harap, apa jua masalah yang Puan hadapi, Puan dapat atasinya dengan rasional. Maaf sekali lagi ye Puan. Assalamualaikum"


Aku menyusun ayat penuh hati-hati agar dia tidak terguris, dan menerima message aku itu di inboxnya. Berdasarkan pemerhatianku, aku yakin dia ada masalah dengan suaminya, namun aku tidak mahu terus menjurus bertanyakan hal itu. Ibarat menarik rambut, aku mesti berhati-hati bila berkata-kata. Hati perempuan tipis ibarat kulit bawang. Di samping itu, aku 'stalk" FBnya dan dia tidak memuat naik langsung gambarnya, hanya kata-kata hikmah, pesanan, dan madah yang diletakkan di FBnya, dan kesemuanya itu menjurus kearah kebahagiaan rumahtangga, hubungan antara dua insan dan kekecewaan. Hanya sedikit info yang boleh aku dapati dari FBnya itu, dia tinggal di Seberang Jaya.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 4Where stories live. Discover now