BAB 21 : JEMPUTAN MAKAN MALAM

5.1K 42 0
                                    



Cuti sekolah selama seminggu bermula hari ini, dan hari ni adalah hari ketiga aku di rumah bersama suami dan anakku. Kerinduanku terubat setelah berbulan lamanya tidak bertemu, dan kepulanganku kali ini tidak diketahui sesiapa pun kecuali Suriani. Aku inginkan privacy kerana cutiku hanya sepuluh hari sahaja. Aku ingin habiskan masa berkualiti bersama suami dan anakku. Jiranku, Ustazah Nurul Huda dan anaknya pulang ke kampung, begitu juga gadis yang menyewa bilik di rumahnya itu. Adib, guru praktikal itupun turut balik kampung menghabiskan cuti bersama keluarga. Keluarga kami kembali bertiga. Sepanjang cuti ini, aku akan melayan suami dan anakku sebaik mungkin. Bukan selalu kami dapat bersama dek kekangan tugasku di sana.


"Eh kak!!!" terkejutku aku disergah dan dicuit bahu ketika aku sedang menikmati minuman di food court bersama anakku, suamiku ke tandas.


"Ikah!!" aku pula terjerit keriangan melihatkan kelibat yang sangat aku kenali, bersama seorang lelaki yang pernah aku jalinkan hubungan tidak berapa lama dahulu.


"Bila akak balik?" soal Syafikah terus duduk di kerusi di sebelahku sambil suaminya Faizal tersengih berdiri di belakang isterinya itu.


"Baru tiga hari" jawabku.


"Lama ke cuti kak?" soal Faizal pula


"Sepuluh hari je, minggu depan akak balik sana le" jawabku sambil menyuap makanan kepada Adam.


"Best la akak dah balik, mesti suka Abang Sham kan?" sambung Syafikah


"Hehehe, mesti la, kan akak kan?" Faizal mencelah


"Ehem!! tersedak abang, ngumpat yer" tiba-tiba suamiku muncul entah dari mana aku tak perasan.


"Eh, mana ada bang, sembang je" jawab Syafikah pantas.


Kami duduk berempat di meja itu, berborak kosong tentang kisah-kisahku di sana, kisah kerjayaku sahaja, bukan kisah gelapku. Hanya Suriani sahaja yang tahu akan kisah gelapku di sana selain suamiku sendiri yang memberikan keizinan. Dari situ, baru aku tahu yang Syafikah telah pun berjaya bertukar dan ditempatkan di sini, dan mereka juga telah memasuki rumah baharu.



"Kak, malam ni dinner umah Ikah ye" ajak Syafikah penuh pengharapan


"Datang ye kak, abang" sambung Faizal pula.


Aku memandang suamiku, dan dia angguk kepala menandakan dia OK. Aku pun senyum mengiyakan, dan kami diminta datang selepas maghrib nanti. Seronok aku lihat riak wajah Syafikah dan suaminya apabila kami bersetuju. Dan yang paling aku rasa lucu ialah reaksi suaminya, Faizal yang seperti tak karuan. Pasti dia teringatkan kisah kami bersama dahulu, dan aku yakin dia pasti akan memintanya lagi. Aku tahu, dan aku bersedia sekiranya diizinkan dengan syarat suamiku juga mendapat isterinya.


"Lain macam je diorang tu bang, seronok sangat nampaknya" kataku setelah kelibat mereka tidak lagi kelihatan

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 4Where stories live. Discover now